hye sume! apa khabarmu di sana?? baik?? sihat?? semoga dibawah naunganNya ye. .aq kat sini cam biasa la migrain xbenti. .mesti ade jek masalah. .walaupun da buat bnyk bnd tok bntu aq hilangkan sakit ni tapi tetap tak dapat buat sesuatu dengan baik. .btw....
aq yakin bahawa Allah sentiasa bersama aq n bantu dalam apa jua yang aq ingin lakukan. .sebab ape?? sebab aq dah usaha segala. .makan ubat, jumpa doktor, rawatan tradisional?? sume dah buat n itu merupakan usaha aq. .selebihnya adalah kerja Allah. .
bila berkata tentang yakin, semestinya ada kaitan dengan khusyuk. Khusyuk itu bermakna asyik. Khusyuk di dalam solat bermakna asyik dengan Allah SWT. Syarat untuk asyik adalah yakin. Sesiapa yang khusyuk ketika solat adalah mereka yang yakin bahawa mereka SEDANG bertemu dengan Allah SWT.
Untuk meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT, kita perlu sentiasa berada dalam kesedaran tertinggi. Setiap saat ingat Allah SWT. Setiap apa yang kita lakukan, kita ingat Allah SWT. Kita melihat semua yang berlaku dalam hidup seharian kita ini merupakan aturan Allah SWT yang sangat teliti. Kesedaran tertinggi membuatkan kita lebih yakin dengan Allah SWT dan keyakinan itu tidak pernah turun malah meningkat dan meningkat.
Hidup ini penuh dengan pilihan. Lalu mohonlah pada Allah SWT sentiasa di dalam membuat pilihan walaupun sekadar untuk makan, mandi, berjalan ke mana-mana atau ketika membeli-belah kerana semua ini akan membuatkan kita sedar pada Allah SWT. Secara tak langsung ia akan meningkatkan keyakinan kita pada Allah SWT.
Jika semalam jalan yang kita tempuh terasa sukar, namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan dariNya.
Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama-sama kita ketika ini.
Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama-sama kita ketika ini.
Jika esok kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri, percayalah Allah
dan pertolonganNya juga akan bersama-sama dengan kita esok..
Bersabarlah atas segala ujian, yakinlah selepas kepayahan, ada kemudahan yang menanti di hadapan =)
Yakinlah kepada tuhan
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan
Kerana itulah fitrahnya
Atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang
Kita harus percaya
Ini tidak bermakna berakhir segala-galanya
Dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas
Jadi biar apapun yang kita lakukan
Jangan mengalah!
Kita mesti teruskan usaha
Biar bagaimanapun hidup kita beredar
Kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
Tiada siapa yang tahu
Kita harus percaya
Bahawa yang baik itu pasti akan menang
Dan tidak lama lagi
Ada sebab untuk kita bergembira
Jadi, biar apapun yang kita lakukan
Jangan mengalah!!
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan
Kerana itulah fitrahnya
Atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang
Kita harus percaya
Ini tidak bermakna berakhir segala-galanya
Dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas
Jadi biar apapun yang kita lakukan
Jangan mengalah!
Kita mesti teruskan usaha
Biar bagaimanapun hidup kita beredar
Kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
Tiada siapa yang tahu
Kita harus percaya
Bahawa yang baik itu pasti akan menang
Dan tidak lama lagi
Ada sebab untuk kita bergembira
Jadi, biar apapun yang kita lakukan
Jangan mengalah!!
Petikan daripada;
Julia,Abu Hassan Morad
Hadiah Sastera 1997



No comments:
Post a Comment