hye! saya xnak tanya khabar la hari ni, sebab dah selalu tanya khabar korang. .tiap kali aq post benda baru jek, mesti aq tanya khabar baik or tak an??. .hihi. .hari ni aq nak lain sikit. .nak tanya, macam mana hari ni?? ada pelangi tak?? *tetibe.haha
kali ni aq nak kongsi la sikit. .bukan rahsia aq tp apa yang aq terfikir. .hihi. .bertatih-tatih??. .jangan salah anggap pulak. .aq xnk cite pasal bayi kat sini. .tp aq nak cite tentang kejayaan. .kita sebagai manusia perlulah sentisa berusaha untuk mencapai kejayaan itu. .kejayaan xkan datang sendiri. .so, kita perlu mengejarnya. .untuk mencapai kejayaan tu pulak, kita perlu lah bermula dari bawah, bukan terus lompat untuk jadi yang terbaik. .contoh macam kereta, kita xkan masok gear 5 terus untuk jalan tp kita bermula dari 1, 2, 3 and seterusnya. .
usaha tangga kejayaan
Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa orang lain boleh berjaya tetapi bukan diri anda sendiri. Sekiranya anda tidak dapat mengenalpasti puncanya, mungkin anda akan terus hanyut daripada mengecapi kejayaan. Memang agak sukar untuk memahami samaada kejayaan atau kegagalan yang mungkin anda terima. Kebolehan semulajadi atau bakat berkemungkinan memainkan sedikit peranan dalam hal ini. Tetapi anda harus ingat, hasil daripada kajian menunjukkan kejayaan seseorang bukan bergantung terhadap siapa mereka, tetapi apa yang mereka telah lakukan.
so, kat sini aq ada la sikit ways to success in life. .not only in our examination. .eh, speaking la pulak. .hihi. .saja praktis. .nak dapat band4 dalam MUET ni. .hihi
Matlamat perlu realistik
Ketika anda menentukan sesuatu matlamat itu, anda perlu juga memikirkan adakah anda benar-benar yakin mampu untuk mencapainya. Ini adalah kerana keyakinan dapat membantu untuk mengekalkan momentum motivasi anda. Tetapi anda tidak boleh memandang mudah untuk mencapai sesuatu matlamat itu.Untuk mencapai matlamat memerlukan masa, perancangan, usaha, dan ketekunan. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya anda berfikir dengan mudah akan berjaya untuk mencapai sesuatu matlamat akan membuatkan anda tidak bersedia untuk perjalanan lebih ke depan, dan ia juga akan meningkatkan kemungkinan kegagalan.
Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan.. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan untuk mencapai kejayaan. Insya-Allah.
Keinginan yang bersungguh-sungguh
Anda perlu bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat anda walaupun ia mengambil satu jangka masa yang panjang, tambahan pula sekiranya ketika anda mempunyai kesulitan. Seseorang yang tidak mempunyai keinginan yang bersungguh-sungguh pasti akan lebih untuk memikirkan ketidakupayaan mereka untuk berjaya. Sekiranya anda hanya meragui ketidakupayaan anda sahaja, adakah anda merasakan matlamat anda akan tercapai? pasti tidak kerana sebelum berjuang lagi anda sebenarnya sudah menyerah kalah. Apabila anda sudah menetapkan sesuatu matlamat itu, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Abaikan segala suara sumbang yang mungkin akan menurunkan semangat anda dan terus maju ke hadapan.
Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Ingin Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.
Lebih spesifik
apabila anda cuba untuk menetapkan sesuatu matlamat di dalam kehidupan, anda seharusnya menetapkan matlamat itu dengan cara yang lebih khusus. Sebagai contoh, “pada bulan hadapan aku akan menurunkan berat badan”. Kelihatan matlamat anda masih samar-samar lagi sekiranya meletakkan matlamat seperti itu. Sebaiknya anda meletakkan matlamat “pada bulan hadapan aku akan menurunkan berat badan sebanyak 5kg”. Ia kelihatan anda lebih tegas untuk mencapai matlamat anda dan akan berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya untuk anda mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa ke semasa; optimumkannya, sempurnakannya.
Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda.
Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil daripada fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".
Tangani Halangan
1) Kenal pastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada mencapai kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran
Berserah
Seperti yang anda semua ketahui, manusia hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan. Sekiranya anda telah berusaha yang terbaik tetapi masih lagi menemui kegagalan, anda seharusnya lebih kuat untuk berusaha dan bukannya berputus asa. Terdapat banyak lagi bidang yang mungkin anda boleh ceburi. Anda sepatutnya memahami bahawa sekiranya anda gagal, anda telah mempelajari satu pelajaran bagaimana untuk menjadi lebih berjaya. Hidup adalah suatu perjalanan dan sekiranya anda tidak mengalami kegagalan, pasti anda sendiri tidak mengetahui apakah nikmat kejayaan yang sebenar. Anggap sahaja kegagalan hanya merupakan satu proses pembelajaran untuk anda lebih berjaya. Jangan sesekali berhenti untuk melakukan sesuatu usaha. Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.
em, xbanyak aq dapat kongsi ngan korang semua, tapi bersama lah kita cuba sedikit demi sedikit dengan usaha yang maximum untuk mencapai suatu kejayaan. .sbb kejayaan yang akan dikecapi akan memberikan impak yang besar pada diri kita sekaligus menggembirakan orang2 yang berada di sekeliling kita.
sekian :p




No comments:
Post a Comment