,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Friday, November 2, 2012

eh masa ! jangan lari !

Assalamualaikum w.b.t
hye kawan! bersama lagi kita ye. .hihi. .apa khabar iman?? harapnya sihat sentiasa ye~ btw, admin nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya menamatkan peperiksaan. .bagi yang belum lepas lagi, berusahalah selagi masih ada waktu. .gunakan lah masa dengan sebaiknya

em~ bercakap soal masa ni, aq nak cerita la sikit tentang masa ni. .sememangnya masa ni perlu dijaga dengan baik dan diurus agar semua pekerjaan yang dilakukan lebih tersusun rapi dan sempurna pada hasilnya. .

situasi1 :-
eh! macam mana kw buat semua tu ek?? nak belajar, bersukan, bekerja cari duit, makan minum tepat masa, jaga anak. .macam mana kw bahagikan masa tu??

situasi2:-
aq tak cukup masalah. .sibuk ngan hal tu, hal ni tertinggal. .

kedua-dua situasi ni selalu berlaku dikalangan kita sebagai manusia. .kebiasaannya manusia memang gagal membahagikan masa dengan baik. .tetapi itu tidak bermakna kita tak boleh nak bahagikan lagi. .btol x?? perlu kita ingat bahawa Allah swt menjadikan kita sebagai hamba yang dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak mengikut perancangan yang kita buat dengan baik dan sempurna. Dalam dunia ini, Allah swt bagi masa 24 jam untuk kita dalam sehari... tak de seorang pun yang duk atas muka bumi Allah ni dapat 23 jam atau 25 jam dalam sehari. .kan3??


nabi Muhammad pernah bersabda;

Daripada Abdullah ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah S.A.W memegang bahuku seria bersabda : jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebahagian seorang perantau atau pengembara . Ibnu Umar berkata : apabila kamu berada pada waktu petang , jangan tunggu menjelangnya waktu pagi . Apabila kamu berada pada waktu pagi , janganlah tunggu menjelangnya waktu petang , gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan mati .

so, sesame lah kita berusaha untuk melakukan kerja dengan menggunakan masa. .dan pastikan masa mencukupi. .pentingkanlah perkara yang penting, kerana perkara yang penting itu lebih penting dari perkara2 yang penting. .cuba fahami

disini adalah sikit perkongsian untuk menjaga masa. .semoga dapat digunakan untuk merancang n mencapai suatu kejayaan dalam hidup. .

TIPS 1

Hindari dari orang yang ada tabiat malas kerana mereka ni berupaya membuat kita terpengaruh dan kita pun akan menangguh2 kerja, cari sahabat yang rajin, i/Allah kita pun akan jadi rajin.


TIPS 2

Tetapkan masa dengan tepat, contohnya masa mesyuarat 10.33 pagi atau janji temu pada jam 3.32 petang. Cara lain nyatakan kepada orang bahawa anda seorang yang menepati masa, mesti diorang takut nak kacau masa sahabat, TRY DULU!!!

TIPS 3

Berani katakan TIDAK!!! jika masa yang telah kita tetapkan diganggu orang lain@kawan ajak g makan@sembang dan sebagainya.

TIPS 4
Tulis besar-besar DON'T DISTURB ME..I'AM STUDYING...TOLONG SENYAP JANGAN BISING!!!di pintu bilik untuk mengelakkan datang penggangu..


TIPS 5

Pastikan masa meeting atau program bila, jika ada supaya kita boleh siapkan kerja-kerja penting lebih awal....

TIPS 6

LARI jika kaki BORAK datang..maksud penulis bukan lari 400 m pecut, tapi menghidarkan diri dari spesis kaki borak daripada melekat disebelah kita, jika tak semua kerja x siap.

TIPS 7

Berfikir seperti ahli politik, susun kerja-kerja mengikut prioriti dari segi masa kene hantar, tarikh hantar dan sebagainya.

TIPS 8

Isi masa dengan unsur2 iman dan ketaqwaan..I/Allah kita akan berpuas hati dengan kerja-kerja kita.

TIPS 9

Banyakkan berdoa supaya masa kita diberkati..inilah tips yang paling penting..jika tiada yang ini maka sia-sialah pekerjaan kita disisi Allah..

Penggunaan masa yang efektif adalah faktor kejayaan tokoh-tokoh dunia sepanjang zaman. Napoleon pernah berkata : Rahsia kemenanganku di medan perang tersembunyi di sebalik kelemahan musuh yang tidak tahu nilai masa 5 minit . Sama-sama kita berfikir…

Satu lagi, kita juga boleh menggunakan jadual atau diari.. penggunaannya adalah cara yang efektif untuk mengukur pencapaian wawasan yang telah kita gariskan. Samaada tercapai ataupun sebaliknya…. Paling kurang kita dapat memuhasabahkan diri, betul tak? Apa yang jelas ialah… masa amat berharga… sesaat yang berlalu tidak akan dapat di kembalikan walaupun di bayar dengan segunung emas sekalipun!

selamat beramal :-)

No comments:

Post a Comment