first n foremost, tanx sebab melawat lagi sekali ke blog yang xseberapa indah ni..sesungguhnya aq tau blog ni dipenuhi dengan sarang. .tp xpe sbb y penting ialah isi kandungannya. .
baiklah. .sekarang ni, da keluar dah result tok sem1. .ada yang berjaya, ada yang kecundang, ada yang hepy, ada yang biase2 jek n ada juga yang kesedihan. .bila hepy kerana kejayaan ada yang kata 'tak payah nak bangga sangat la kan~'. bila sedih sebab kecundang, mesti ada juga yang menegur mereka dengan berkata 'relax la, kw kene bersyukur ada lagi orang yang tak dpt mcm ape y kw dapat'. .em. .btolkn?? eh ! bersyukur?? haa~ ni yang nak cite ni. .
Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya. Bersyukur merupakan salah satu kewajiban setiap orang kepada Allah. Begitu wajibnya bersyukur, Nabi Muhammad yang jelas-jelas dijamin masuk surga, masih menyempatkan diri bersyukur kepada Allah. Dalam sebuah hadis disebutkan, Nabi selalu menunaikan shalat tahajud, memohon maghfirah dan bermunajat kepada-Nya. Seusai shalat, Nabi berdoa kepada Allah hingga shalat Subuh. Bersyukur merupakan salah satu ibadah mulia kepada Allah yang mudah dilaksanakan, tidak banyak memerlukan tenaga dan pikiran. Bersyukur atas nikmat Allah berarti berterima kasih kepada Allah karena kemurahan-Nya. Dengan kata lain, bersyukur berarti mengingat Allah yang Mahakaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Penyantun.
so, macam mana kita semua nak bersyukur tu?? haa~ kat sini aq nak bgtau sikit bahawa para ulama' ada mengemukakan 3 cara untuk bersyukur kepada Allah. .korang nak tau ?? camni~
Pertama, bersyukur dengan hati nurani. Kata hati alias nurani selalu benar dan jujur. Untuk itu, orang yang bersyukur dengan hati nuraninya sebenarnya tidak akan pernah mengingkari banyaknya nikmat Allah. Dengan detak hati yang paling dalam, kita sebenarnya mampu menyadari seluruh nikmat yang kita peroleh setiap detik hidup kita tidak lain berasal dari Allah. Hanya Allahlah yang mampu menganugerahkan nikmat-Nya.
Kedua, bersyukur dengan ucapan. Lidahlah yang biasa melafalkan kata-kata. Ungkapan yang paling baik untuk menyatakan syukur kita kepada Allah adalah hamdalah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, ''Barangsiapa mengucapkan subhana Allah, maka baginya 10 kebaikan. Barangsiapa membaca la ilaha illa Allah, maka baginya 20 kebaikan. Dan, barangsiapa membaca alhamdu li Allah, maka baginya 30 kebaikan.''
Ketiga, bersyukur dengan perbuatan, yang biasanya dilakukan anggota tubuh. Tubuh yang diberikan Allah kepada manusia sebaiknya dipergunakan untuk hal-hal yang positif. Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh anggota tubuh yang harus dimaksimalkan untuk bersyukur. Antara lain, mata, telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan, dan kaki. Seluruh anggota ini diciptakan Allah sebagai nikmat-Nya untuk kita. Lidah, misalnya, hanya untuk mengeluarkan kata-kata yang baik, berzikir, dan mengungkapkan nikmat yang kita rasakan.
Allah berfirman, ''Dan terhadap nikmat Tuhanmu,
hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).'' (QS Aldhuha
[93]: 11).
Tanda bersyukur ialah seorang itu beramal dengan apa yang disuruh Allah dengan penuh ketaatan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, “Wahai keluarga Daud, bersyukur lah kamu dengan beramal.” Sekiranya kita tidak beramal, ini menunjukkan kita tidak bersyukur kerana tidak mematuhi syariat Islam dan tidak mematuhi apa yang disuruh Allah. Tanda orang bersyukur ialah tidak meremeh (memperkecil-kecilkan) pemberian Allah, tidak bermasam muka jika mendapat rezeki atau sesuatu yang kurang dari yang diharapkan, tidak kufur ni’mat dari Allah, dan sentiasa redha dengan pemberianNya.
Dalam beberapa ayat di dalam Al-Quran terdapat bukti dan keterangan bahawa Allah akan memberikan ganjaran, menambahkan dan memberi kita kurniaanNya dengan syarat kita bersyukur.
Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”
Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”
Surah At-Taubah: 28, “Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”
jika kita semua bersyukur dengan nikmat yang Allah telah bagi n kurniakan kepada kita, nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmatNya kepada kita semua. antara cara yang sering dilakukan untuk mensyukuri nikmat Allah adalah dengan sujud syukur. hal ini, boleh dikaitkan dengan pelajar2 yang mendapat kegagalan dangan peperiksaan mereka. .sememangnya, anda semua sedih, tetapi bersyukurlah n percaya bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada masa akan datang. jangan putus asa untuk terus berjuang.
cukup la sekadar disini sahaja, semoga kita semua berjumpa lagi dilain waktu. .dan pesanan dari saya, jangan pernah kita semua lupa untuk mersyukur kepada Allah s.w.t. .dan sesungguhnya, orang yang bersyukur tidak meninggalkan semua amalan fardhu yang
disuruh dan melakukan amalan-amalan sunat kerana ia cinta kepada Allah
dan cinta kepada Rasulullah
sekian, tq......



ohohhohohoi
ReplyDeletenpe ni??hihi
DeleteSentiasalah berendah diri dengan apa yang diberi Allah. Kadang-kadang kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada seperti handphone. Bila tengok org lain punyai hp yg canggih, kita pun nak hp yg itu dan ini sdgkan fungsinya sama ja. Info yang bermanfaat :)
ReplyDeletehaha. .btol3. .mmg jelas kn perkara tu. .bersyukurlah krna mmpu mnaikkn smgt untuk berjuang. .
Delete