,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Friday, November 2, 2012

menangislah pada haknya

Assalamualaikum w.b.t
diumumkan ketibaan yang boleh dikatakan mulia, penulis anda, BOTAK!!! haha. .saje jek. .xde idea la nak buat permulaan ni. .so, merepek la kejap. .kui3. .apa khabar iman anda??. .baik2 belaka??. .harapnya begitu la ye. .

Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia. Sejak dari awal kelahirannya, hinggalah ke akhir hayat setiap manusia, pasti tangisan akan menghiasi kamar hidupnya. Banyak punca yang menyebabkan air mata berlinangan namun berapa ramaikah dari kita yang tangisnya adalah kerana takutnya ia akan Allah s.w.t?. Berapa ramaikah dari kita yang menangis akibat menghitung setiap inci dosa dan noda yang telah kita lakukan?.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka. Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api Neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api Neraka.

menangis ni ada 2, tercela dan terpuji........

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Rasulullah S.A.W. juga bersabda, “Ada dua buah mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis karena merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga-jaga di malam hari karena menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah.” (Hadis Riwayat. Tirmidzi [1639], disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi [1338]).


Air mata yang tiada di tuntut 

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita, bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis kerana menonton filem hindustan, bukankah itu cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan


Menangis kerana takutkan Allah akan menyelamatkan kita dari seksaan dan azab Allah yang pedih, menempatkan kita didalam syurgaNya dan menikmati segala kenikmatan yang tidak dapat dibayang oleh akal fikiran


Berkata Salman Al Faarisi r.a :

"Aku di buat menangis atas tiga perkara  :

1) Berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke Syurga atau Neraka."


Air mata tanda rahmat Tuhan
 
 Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara. 1) Apabila dahinya berpeluh. 2) Airmatanya berlinang. 3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah s.w.t untuk si mayat. " (Hadis Riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara, Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu

Hisaplah diri kita sejenak, bermuhasabahlah dan berfikirlah perihal kehidupan di negeri yang kekal abadi. Adakah kita pernah menangisi dosa-dosa kita?. Bilakah kali terakhir pipi dibasahkan dengan linangan air mata keinsafan?. Hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat segala sesuatu perbuatan. Moga dikurniakan Allah dengan perasaan ketakutan terhadap dosa


oleh itu menangis lah sahabatku. .letakkan pada haknya. .semoga mencapai redha-Nya

wassalam. tq :-)

No comments:

Post a Comment