dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. .aq mulakan dengan bertanya; apa khabar sahabatku walau di mana korang berada? harapnya sentiasa sihat dan sejahtera. .dalam kehidupan ni kita seharusnya sentiasa menambah ilmu pengetahuan kita agar bergerak maju kehadapan dan berada dipuncak kejayaan. .yang penting berlandaskan ajaran agama islam yang sebenar.
sebelum aq ingin memulakan perbicaraan aq tentang tajuk di atas, aq nak bercerita sebuah cerita yang sememangnya berlaku terhadap diriku. .
pada suatu pagi lebih kurang jam 8.30am, aq pergi ke sebuah restoran untuk bersarapan sebelum memulakan pekerjaan, aq duduk di sebuah meja dan ketika itu aq melihat seorang lelaki yang hampir berumur berjalan dengan lagak gaya. .aq syak dia ni orang kaya. .tetiba ada sorang mamat ni terlanggar dia dan pelanggaran itu hanya sedikit dan tidak seberapa. .
tetapi si lelaki lagak itu terus menengking pemuda tersebut dan salah satu ayatnya "baju ni mahal kw tau tak? kalau rosak sapa nak ganti? kau? tengok pon macam orang miskin !" aq terkejut kerana dia memperlekehkan dan seperti mengejek. .di sebabkan mereka dekat dengan tempat aq duduk, aq bangun dan cuba menenangkan mereka. .aq berkata kepada lelaki lagak itu sambil memegang bahunya "bang, sabar bang, tak baik la bang mengeji orang macam tu, hal ni kecik jek, boleh settle senyap", namun aq di tolak dan dia berkata dengan kuat "aku dato' okayy, panggil aq dato' korang xsama ngan aq ! paham !".
itulah yang berlaku dan di dalam otakku berlegar bahawa dia ni terlalu bangga n tidak hairan jika rezeki ditarik oleh Allah kelak. .hatiku berdoa agar dia diberikan hidayah olahNya. .oleh itu kawan2 jangan sesekali kita membangga diri.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (An-Nisa' sebahagian ayat 36)
bagaimana caranya kita nak hindarkan diri daripada membangga diri ? dengan bersifat rendah diri. Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan sentiasa sedar bahawa Allah Maha Besar. Rasa rendah diri juga, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti. bahkan, orang yang rendah diri, hatinya tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang yang merendahkan diri kepada Allah, Allah akan tinggikannya darjatnya." (Hadis riwayat Muslim)
renungan hadis;
Saling Menghormati, Jangan Membangga Diri
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
(Riwayat Muslim)
HURAIAN:
1. Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat
menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat
Islam yang harmoni.
2. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.
3. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.
2. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.
3. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.
sekian saja dari saya. .semoga apa yang aq sampaikan dapat membantu serba sedikit diri kita semua untuk mengubah sikap daripada baik kepada yang lebih baik. .semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua. .amiin~ wassalam




































