,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Thursday, December 27, 2012

aku dan kau hamba Allah selamanya~

Assalamualaikum rakan2 semua..
maaf jika lama tak update entry dalam blog ni. .niat nak menconteng setiap hari tu ada tapi masa dan keadaan tidak pernah mengizinkan. .btw, apa khabar semua?? semoga kalian dalam keadaan sihat dan sejahtera dibawah naungan Ilahi. .

“Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika berada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayah dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar dan bertaubat.” ~ Abu Abbas Al-Masri 

baik lah, kita semua ni hidup mempunyai tujuan. .dan hanya kepada Allah tempat kita bergantung. .siapa mengaku dia hamba Allah?? alhamdulillah. .sememangnya kita hamba Allah. dan kita juga sering menyebutnya. .

tetapi... adakah ia hanya sekadar di bibir melalui kata2?? atau lahirnya dari hati??

kadang2 amalan kita tidak pernah menunjukkan bahawa kita ni hamba Allah. .bagaimana saya boleh berkata begitu?? anda semua pernah dengar dialog ni?? dan fikirkan adakah dialog ni menunjukkan kita sebagai  hambaNya yang sebenar??

'bila nak tengok wayang ni?? ada cerita baru la'
'wei ! karok jom !'
'jom jalan dekat bandar ! aq bosan la..pekena shisha sedap jugak ni'

bukan sekadar tu, banyak lagi perbuatan yang boleh saya jadikan contoh. .so, sesama kita fikir akan natijahnya. .namun di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada pada kalian


Sudahkah dirimu memiliki sifat-sifat IbadurRahman?

Sudahkah dirimu memiliki ciri-ciri Hamba Allah Yang Maha Pemurah?


1. Tawadhu' (rendah hati)

          Sifat pertama seorang hamba yang menyandang gelar “‘ibadurrahman” adalah tawadhu’. Insan-insan pilihan ini berjalan dengan ringan, penuh dengan semangat, tekad, kelelakian, dan jiwa muda. Maknanya adalah sedang-sedang saja dalam semua urusan, tidak berlebihan atau keterlaluan sekali.

2. Mengucapkan Perkataan yang Apabila Bergaul Dengan Orang Jahil 


         Ibadah di malam hari juga membangkitkan kebahagiaan di hati dan ketenangan bagi jiwa serta penerangan bagi penglihatan mereka.Saat berdiri di hadapan Allah dan mengarahkan wajah mereka kepada-Nya, mereka merasakan kelezatan dan kebahagiaan yang tak terkira. Tiada lagi rasa manis setelah manisnya beribadah kepada Allah Ta’ala, bermesra, dan melakukan komunikasi dengan-Nya. Melakukan Qiyamullail merupakan sifat asli ‘ibadurrahman. Allah menyebut mereka dengan sifat itu dalam banyak ayat dan menganjurkan para Nabi-Nya untuk melakukan hal itu.

4. Ekonominya Tidak Boros
          Ibadurrahman bukanlah orang-orang yang berbuat pembaziran, membelanjakan harta melewati batas keperluan. orang-orang yang berbuat pembaziran adalah saudara-saudara syaitan. Syaitan selalu menyuruh berbuat keji dan munkar. Mereka juga mengetahui bahwa mereka bertanggungjawab di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap harta mereka; dari mana mereka peroleh dan kepada siapa mereka infakkan.
5. Tidak Memberi Kesaksian Palsu
          Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memperingatkan darinya berulang kali serta menilainya sebagai salah satu dosa besar. Beliau bersabda, “Maukah aku beritahukan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar?” (beliau mengulang tiga kali). Kami berkata, “Tentu, wahai Rasulullah” Beliau bersabda, “Menyekutukan Allah, durhaka terhadap kedua orangtua.” Beliau ketika itu bertelekan lalu duduk seraya bersabda lagi, “Jauhilah perkataan palsu dan persaksian palsu.” Beliau terus mengulang-ulangnya hingga kami sampai berkata, “Semoga saja beliau diam.” (Muttafaqun ‘alaih).
salah satu bentuk persaksian palsu adalah dengan menghadiri ataupun ikut dalam perayaan hari raya orang kafir. Sebab perayaan-perayaan tersebut tiada lain adalah kebohongan dan kepalsuan yang dibuat-buat.
6. Suka Bertaubat Dan Melakukan Kebaikan

7. Suka Mendengar dan Memerhati Peringatan Allah untuk Diamalkan

maka, sesama lah kita terus berusaha dengan bersungguh2 agar kita berjaya menjadi hamba-Nya yang terbaik. .teruskan perjuangan dalam menegakkan agama-Nya. .kejarlah syurga-Nya n sentiasa berdoa agar tidak akan menyentuh neraka-Nya
Ya, Allah Engkaulah Tuhanku,
Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku.
Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia kepadaMu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin
wassalam 

Tuesday, December 18, 2012

Kiamat Sudah Dekat - beringatlah

Assalamualaikum kepada readers sekalian. .
rasanya seperti telah lama tidak aktif didalam penulisan blog ini. .namun kita tetap diketemukan dan saya diberikan peluang untuk menulis lagi maklumat yang boleh kita kongsikan. .semua adalah atas kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada saya. .

pada minggu ni ada beberapa perkara yang berlaku terhadap saya sekaligus mengingatkan kepada saya akan sesuatu perkara yang pasti akan berlaku. .sesungguhnya apa yang pasti berlaku itu amat menyeramkan dan tidak mampu manusia menghalangnya iaitu Hari Kiamat

beringatlah wahai sahabat sekalian bahawa Hari Kiamat itu hampir sangat dengan kita. .saya berkata bukan atas dasar sesuka hati. .namun segalanya jelas terbukti satu demi satu. .

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

Renungkan... Penting untuk kesedaran semua pihak..
Cuba fikir sejenak apakah secara kebetulan atau sudah pun diatur oleh yang maha ESA...

27.11.09 -JUMAAT- AIDILADHA
18.12.09 -JUMAAT- TAHUN BARU HIJRAH
25.12.09 -JUMAAT- HARI NATAL
01.01.10 -JUMAAT- TAHUN BARU
26.02.10 -JUMAAT- MAULIDURASUL
28.05.10 -JUMAAT- WESAK
10.09.10 -JUMAAT- AIDILFITRI
27.08.10 -JUMAAT- NUZUL QURAN
05.11.10 -JUMAAT- DEEPAVALI

Serta gerhana bulan dan matahari yang terjadi baru-baru ini juga berlaku pada hari JUMAAT..
Semakin hari semakin banyak perkara yang akan terjadi pada hari JUMAAT...

sesungguhnya kiamat itu hampir. .dan mati itu pasti. .tanda2 kiamat banyak telah Allah nyataka di dalam Al-Quran. .dan kebanyakan daripadanya telah pon berlaku. .percaya atau tidak, kita perlu muhasabah diri kita semua. .

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah
bagaimana pula dengan yang ini?? fikirkan tentangnya...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat. ‘Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' – Sahih Bukhari

          ~ dah jadi dah…
2) Zina bermaharajalela.

‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim

~ dah nampak dah…
3) Bermaharajalela alat muzik.

‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;’Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’Baginda menjawab:
‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…
4) Menghias masjid & membanggakannya.

‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah…
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu……
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ – Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’bin Luka’(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada….
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…
10) Bulan sabit kelihatan besar.

‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok….
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie……
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq …
13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²’- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

p/s: Ini hanya sekadar peringatan sesama muslim. Sejak filem 2012, agak ramai jugak dengan membuta tuli percaya bahawa kiamat memang akan terjadi pada tahun 2012. Mana boleh macam tu… kita orang Islam ni tak boleh bulat2 percaya dakyah omputih yang buat cerita tu, tu untuk menyesatkan kita. Tell you what we gotta do, kita akan beriman tak kira lah kiamat 2012 atau 2020

“Beribadatlah seperti kita akan mati esok hari, dan bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi”


semoga bermanfaat dan selamat beramal 

Saturday, November 24, 2012

membangga diri ?? jangan sesekali !

Assalamualaikum w.b.t
dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. .aq mulakan dengan bertanya; apa khabar sahabatku walau di mana korang berada? harapnya sentiasa sihat dan sejahtera. .dalam kehidupan ni kita seharusnya sentiasa menambah ilmu pengetahuan kita agar bergerak maju kehadapan dan berada dipuncak kejayaan. .yang penting berlandaskan ajaran agama islam yang sebenar.


sebelum aq ingin memulakan perbicaraan aq tentang tajuk di atas, aq nak bercerita sebuah cerita yang sememangnya berlaku terhadap diriku. .

pada suatu pagi lebih kurang jam 8.30am, aq pergi ke sebuah restoran untuk bersarapan sebelum memulakan pekerjaan, aq duduk di sebuah meja dan ketika itu aq melihat seorang lelaki yang hampir berumur berjalan dengan lagak gaya. .aq syak dia ni orang kaya. .tetiba ada sorang mamat ni terlanggar dia dan pelanggaran itu hanya sedikit dan tidak seberapa. .

tetapi si lelaki lagak itu terus menengking pemuda tersebut dan salah satu ayatnya "baju ni mahal kw tau tak? kalau rosak sapa nak ganti? kau? tengok pon macam orang miskin !" aq terkejut kerana dia memperlekehkan dan seperti mengejek. .di sebabkan mereka dekat dengan tempat aq duduk, aq bangun dan cuba menenangkan mereka. .aq berkata kepada lelaki lagak itu sambil memegang bahunya "bang, sabar bang, tak baik la bang mengeji orang macam tu, hal ni kecik jek, boleh settle senyap", namun aq di tolak dan dia berkata dengan kuat "aku dato' okayy, panggil aq dato' korang xsama ngan aq ! paham !".

itulah yang berlaku dan di dalam otakku berlegar bahawa dia ni terlalu bangga n tidak hairan jika rezeki ditarik oleh Allah kelak. .hatiku berdoa agar dia diberikan hidayah olahNya. .oleh itu kawan2 jangan sesekali kita membangga diri. 

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (An-Nisa' sebahagian ayat 36)

bagaimana caranya kita nak hindarkan diri daripada membangga diri ? dengan bersifat rendah diri. Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan sentiasa sedar bahawa Allah Maha Besar. Rasa rendah diri juga, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti. bahkan, orang yang rendah diri, hatinya tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang yang merendahkan diri kepada Allah, Allah akan tinggikannya darjatnya." (Hadis riwayat Muslim)

renungan hadis;
           Saling Menghormati, Jangan Membangga Diri

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
(Riwayat Muslim)

HURAIAN:
1. Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
2. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.
3. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.


sekian saja dari saya. .semoga apa yang aq sampaikan dapat membantu serba sedikit diri kita semua untuk mengubah sikap daripada baik kepada yang lebih baik. .semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua. .amiin~ wassalam

Thursday, November 15, 2012

[ kawan v sahabat ] same ke ??

Assalamualaikum w.b.t semua
alhamdulillah dengan izin-Nya dapat lagi aku mengisi entry blog aq ni. .sblm ni aq pernah kata yang aq nk banyakkan post n kalau bole sehari satu right ? tapi ternyata aq tak mampu. .tambahan lagi aq sering mempunyai masalah kesihatan. .okeyy forget about that

kali ni apa yang aq nak bawa adalah suatu benda atau perkara yang sememangnya ada disekeliling manusia ni. .tetapi ia mendapat kemusykilan. .sahabat n kawan. .lain ke ? jika mengikut aq sebelum ni, aq akan mengatakan sama hanya kosa kata yang berbeza, tetapi bila membuat research sikit, ternyata berbeza. .

di manakah beza antara kedua ini ??

jom explore sesatu k. .KAWAN ?? apakah yang dimaksudkan ngan kawan ?? ok kawan tu mcm kita kawan deNgan…sesape.just Kawan..kite cume tau naMa..Kolej..jaBatan, FAk mane..bende2 yg simple..kita xbetol2 mengeNAli diE..tu LAh diKaTakan kawan

SAHABAT pula ?? apa bezanya ?? shabat ni adalah org yg dlu Asalnya kawan kita taPi dah di UpgRadekan menjAdi Sahabat…macam mane die bleh jadi Sahabat? n ape ciri2 die tu sahabAt?..seNang je.SeOrang saHabat itu adalaAh seseOrang yang KiTa mengeNalinYA bukan hanYA sekadAr utk berkeNAlan sahaja NAmun ataS dasar untuk berukhuwaH iaitu menGikat taLi persauDaraan dengannya. SahaBAt nie adLAh seseOrang Yang sanggup Susah dan Senang BerSama, seTianya BAgai TongKAt si Buta…KeMAna sahaJA ingIn diTuju..TonGkat LAh temAn seTiA. Mcam tulah sahAbat…differeNt with kawan..

setakat ni, dapat tak apa yang aq cuba sampaikan ?? bagus lah kalau dapat. .aq jugak ada satu sumber ni dye memberi pendapatnya berkaitan difinisi KAWAN n SAHABAT. .

Kawan : seseorang yang berkongsi suka duka pengalaman bersama
Sahabat : juga seperti kawan , tu tak dinafikan tapi ade sikit lagi tambahan ...
sahabat , adalah orang yang bila dia bercakap , kita takut akan akhirat
setiap perbuatannya menyebabkan teringat kita mengenai akhirat .
apabila teringat dirinya , kita berusaha melakukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat

tu pendapat dye. .betul jugak la kan apa yang dye ckp. .kan3 ?? Kita sebEnaRnya diTuntut untUk BersahaBAt. Oleh KeraNa ISlam itu AdaLAh cara Hidup..Ciri ciri Sahabat2 Juga teLAh digarisKAn..saya NAk n menYeru PAda SaHabat2 AgaR gUnakan RuanGAn TaaruF daLAm bLog niE utk berTaaruf anTAra saTu saMA lain. Bukan BertAaruf gitu2 je..Tapi, bertaaruf la seOlah die AdaLah Family kita. Kalo Family..kiTA tau kan sume..so, Berukhuwah LAh keRAna ALLAh..sesunGGuhNya denGAn persaudarAan itu dapAt menJAuhkan Kita daRipada BerLAkunyA persengketAAn..InsyaAllaH..

cukup lah sekadar ini sahaja. .semoga bertemu kembali. .salam ukwah dari saya. .Assalamualaikum sahabat sekalin :-)

Wednesday, November 7, 2012

weyh ! bersyukur la sikit !!

Assalamualaikum w.b.t di ucapkan kepada semua rakan2 dan readers sekalian. .
first n foremost, tanx sebab melawat lagi sekali ke blog yang xseberapa indah ni..sesungguhnya aq tau blog ni dipenuhi dengan sarang. .tp xpe sbb y penting ialah isi kandungannya. .

baiklah. .sekarang ni, da keluar dah result tok sem1. .ada yang berjaya, ada yang kecundang, ada yang hepy, ada yang biase2 jek n ada juga yang kesedihan. .bila hepy kerana kejayaan ada yang kata 'tak payah nak bangga sangat la kan~'. bila sedih sebab kecundang, mesti ada juga yang menegur mereka dengan berkata 'relax la, kw kene bersyukur ada lagi orang yang tak dpt mcm ape y kw dapat'. .em. .btolkn?? eh ! bersyukur?? haa~ ni yang nak cite ni. .


Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya. Bersyukur merupakan salah satu kewajiban setiap orang kepada Allah. Begitu wajibnya bersyukur, Nabi Muhammad yang jelas-jelas dijamin masuk surga, masih menyempatkan diri bersyukur kepada Allah. Dalam sebuah hadis disebutkan, Nabi selalu menunaikan shalat tahajud, memohon maghfirah dan bermunajat kepada-Nya. Seusai shalat, Nabi berdoa kepada Allah hingga shalat Subuh. Bersyukur merupakan salah satu ibadah mulia kepada Allah yang mudah dilaksanakan, tidak banyak memerlukan tenaga dan pikiran. Bersyukur atas nikmat Allah berarti berterima kasih kepada Allah karena kemurahan-Nya. Dengan kata lain, bersyukur berarti mengingat Allah yang Mahakaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Penyantun.

so, macam mana kita semua nak bersyukur tu?? haa~ kat sini aq nak bgtau sikit bahawa para ulama' ada mengemukakan 3 cara untuk bersyukur kepada Allah. .korang nak tau ?? camni~

Pertama, bersyukur dengan hati nurani. Kata hati alias nurani selalu benar dan jujur. Untuk itu, orang yang bersyukur dengan hati nuraninya sebenarnya tidak akan pernah mengingkari banyaknya nikmat Allah. Dengan detak hati yang paling dalam, kita sebenarnya mampu menyadari seluruh nikmat yang kita peroleh setiap detik hidup kita tidak lain berasal dari Allah. Hanya Allahlah yang mampu menganugerahkan nikmat-Nya.

Kedua, bersyukur dengan ucapan. Lidahlah yang biasa melafalkan kata-kata. Ungkapan yang paling baik untuk menyatakan syukur kita kepada Allah adalah hamdalah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, ''Barangsiapa mengucapkan subhana Allah, maka baginya 10 kebaikan. Barangsiapa membaca la ilaha illa Allah, maka baginya 20 kebaikan. Dan, barangsiapa membaca alhamdu li Allah, maka baginya 30 kebaikan.''

 
Ketiga, bersyukur dengan perbuatan, yang biasanya dilakukan anggota tubuh. Tubuh yang diberikan Allah kepada manusia sebaiknya dipergunakan untuk hal-hal yang positif. Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh anggota tubuh yang harus dimaksimalkan untuk bersyukur. Antara lain, mata, telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan, dan kaki. Seluruh anggota ini diciptakan Allah sebagai nikmat-Nya untuk kita. Lidah, misalnya, hanya untuk mengeluarkan kata-kata yang baik, berzikir, dan mengungkapkan nikmat yang kita rasakan.


Allah berfirman, ''Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).'' (QS Aldhuha [93]: 11).


Tanda bersyukur ialah seorang itu beramal dengan apa yang disuruh Allah dengan penuh ketaatan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, “Wahai keluarga Daud, bersyukur lah kamu dengan beramal.” Sekiranya kita tidak beramal, ini menunjukkan kita tidak bersyukur kerana tidak mematuhi syariat Islam dan tidak mematuhi apa yang disuruh Allah. Tanda orang bersyukur ialah tidak meremeh (memperkecil-kecilkan) pemberian Allah, tidak bermasam muka jika mendapat rezeki atau sesuatu yang kurang dari yang diharapkan, tidak kufur ni’mat dari Allah, dan sentiasa redha dengan pemberianNya.

Dalam beberapa ayat di dalam Al-Quran terdapat bukti dan keterangan bahawa Allah akan memberikan ganjaran, menambahkan dan memberi kita kurniaanNya dengan syarat kita bersyukur.

Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”

Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”

Surah At-Taubah: 28, “Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”


jika kita semua bersyukur dengan nikmat yang  Allah telah bagi n kurniakan kepada kita, nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmatNya kepada kita semua. antara cara yang sering dilakukan untuk mensyukuri nikmat Allah adalah dengan sujud syukur. hal ini, boleh dikaitkan dengan pelajar2 yang mendapat kegagalan dangan peperiksaan mereka. .sememangnya, anda semua sedih, tetapi bersyukurlah n percaya bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada masa akan datang. jangan putus asa untuk terus berjuang.

cukup la sekadar disini sahaja, semoga kita semua berjumpa lagi dilain waktu. .dan pesanan dari saya, jangan pernah kita semua lupa untuk mersyukur kepada Allah s.w.t. .dan sesungguhnya, orang yang bersyukur tidak meninggalkan semua amalan fardhu yang disuruh dan melakukan amalan-amalan sunat kerana ia cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah

sekian, tq......

Monday, November 5, 2012

yakinlah pada Allah

Assalamualaikum w.b.t
hye sume! apa khabarmu di sana?? baik?? sihat?? semoga dibawah naunganNya ye. .aq kat sini cam biasa la migrain xbenti. .mesti ade jek masalah. .walaupun da buat bnyk bnd tok bntu aq hilangkan sakit ni tapi tetap tak dapat buat sesuatu dengan baik. .btw....

aq yakin bahawa Allah sentiasa bersama aq n bantu dalam apa jua yang aq ingin lakukan. .sebab ape?? sebab aq dah usaha segala. .makan ubat, jumpa doktor, rawatan tradisional?? sume dah buat n itu merupakan usaha aq. .selebihnya adalah kerja Allah. .


bila berkata tentang yakin, semestinya ada kaitan dengan khusyuk. Khusyuk itu bermakna asyik. Khusyuk di dalam solat bermakna asyik dengan Allah SWT. Syarat untuk asyik adalah yakin. Sesiapa yang khusyuk ketika solat adalah mereka yang yakin bahawa mereka SEDANG bertemu dengan Allah SWT.

Untuk meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT, kita perlu sentiasa berada dalam kesedaran tertinggi. Setiap saat ingat Allah SWT. Setiap apa yang kita lakukan, kita ingat Allah SWT. Kita melihat semua yang berlaku dalam hidup seharian kita ini merupakan aturan Allah SWT yang sangat teliti. Kesedaran tertinggi membuatkan kita lebih yakin dengan Allah SWT dan keyakinan itu tidak pernah turun malah meningkat dan meningkat.


Hidup ini penuh dengan pilihan. Lalu mohonlah pada Allah SWT sentiasa di dalam membuat pilihan walaupun sekadar untuk makan, mandi, berjalan ke mana-mana atau ketika membeli-belah kerana semua ini akan membuatkan kita sedar pada Allah SWT. Secara tak langsung ia akan meningkatkan keyakinan kita pada Allah SWT.

Jika semalam jalan yang kita tempuh terasa sukar, namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan dariNya.
 Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama-sama kita ketika ini. 
Jika esok kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri, percayalah Allah dan pertolonganNya juga akan bersama-sama dengan kita esok.. 
Bersabarlah atas segala ujian, yakinlah selepas kepayahan, ada kemudahan yang menanti di hadapan =) 
 
 
Yakinlah kepada tuhan
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan
Kerana itulah fitrahnya
Atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang
Kita harus percaya
Ini tidak bermakna berakhir segala-galanya
Dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas
Jadi biar apapun yang kita lakukan
Jangan mengalah!

Kita mesti teruskan usaha
Biar bagaimanapun hidup kita beredar
Kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
Tiada siapa yang tahu
Kita harus percaya
Bahawa yang baik itu pasti akan menang
Dan tidak lama lagi
Ada sebab untuk kita bergembira
Jadi, biar apapun yang kita lakukan
Jangan mengalah!!
Petikan daripada;
Julia,
Abu Hassan Morad
Hadiah Sastera 1997

add + follow

hye sume. .

sekejap jek ni. .bukan niat nak promot tp tak pe lah. .its up to u nak pikir ape. .

jangan lupa k nak follow saya di laman twitter


dan jangan lupa juga add saya di laman facebook


satu lagi, jangan lupa follow my blog k. .hihi


bye sume. .wassalam

Saturday, November 3, 2012

lihat akhlak kita ! . jom, perbaiki !

Assalamualaikum permbuka bicara,
menghulur tangan untuk bersalaman,
bersua kembali berbual-bicara,
berkongsi ilmu dan juga pengalaman.

rakan2 sekalian, aq di sini rasa kerdil sangat~ korang macam mana?? ada rasa macam tu tak sebagai hamba-Nya?? mesti ada kan?? kita perlu selalu mengingati kelemahan, keaiban, dan cuba menggunakan kelebihan untuk memperbaiki diri. sememangnya manusia ni tak pernah lepas dari melakukan kesalahan.


Seseorang yang ingin menyempurnakan diri sendiri, hendaklah dia sentiasa fokus melihat keaiban diri sendiri dan meninggalkan kesibukan melihat keaiban orang lain. kebanyakan kita lupa dengan aib yang melekat pada diri-diri kita dan menutup mata dari kekurangan yang ada. lebih parah lagi, ada yang bersikap sebaliknya, yaitu berbaik sangka dan menganggap diri telah bersih dan sempurna, padahal Allah berfirman:

“Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (an-Najm: 32)

Ketika sebagian kita mendengar tentang akhlak yang mulia, ia beranggapan seolah-olah akhlak tersebut sudah ada pada dirinya dan dialah pemilik perangai mulia itu. Namun, tatkala disebutkan tentang perangai tercela, buru-buru dia menuduhkannya kepada orang lain. Seolah-olah dia jauh dari perangai tersebut. kita perlu berusaha untuk memperbaiki segala keaiban itu. sememang tiada manusia sempurna namun kita tetap boleh berusaha kearah itu. dan tiada sesiapa pon yang boleh mengubah diri seseorang itu melainkan diri sendiri.

Menurut Allahyarham Prof. Dr. HAMKA, pernah orang bertanya kepada beliau soalan ini ..

"Bagaimana akal memerangi krisis akhlak dalam masyarakat sekarang ini ?".

 Dia menjawab:


"Adakan satu panitia besar, seluruh orang jadi anggotanya. Dan tiap-tiap seorang hanya diberi tugas satu saja, yaitu memperbaiki dirinya sendiri"

sifat roh dalam diri kita terbahagi kepada dua iaitu sifat mahmudah dan mazmumah, kita semua dikehendaki mengenal pasti semua sifat batin yang ada dalam diri kita. dengan itu, kita akan lebih mudah untuk melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mengembalikan akhlak yang mulia didalam diri kita semua. mungkin ada beberapa cara yang boleh kita semua lakukan. antaranya ;-

1. Taubat, yaitu seorang melepaskan diri dari segala dosa dan maksiat, menyesali semua dosa yang telah dilakukan dan bertekad hati untuk tidak mengulang di masa mendatang.

Allah berfirman:“Wahai orang-orang yang beriman, bertobatlah kepada Allah dengan tobat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Rabb kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (at-Tahrim: 8)

2. Muraqabah, yaitu seorang menanamkan di hatinya bahwa dirinya selalu diawasi oleh Allah pada setiap detik kehidupannya. Apabila upaya itu terus dilakukan, akan sempurna keyakinannya terhadap pengawasan Allah. Dia pun yakin bahwa Allah mengetahui rahsia yang disembunyikan dalam dada dan apa yang dilakukannya secara lahir.


3. Muhasabah, yaitu menghitung-hitung amalannya. Pada kehidupan di dunia ini, seorang muslim beramal siang dan malam untuk meraih keridhaan Allah dan surga-Nya. Dunia ia jadikan sebagai laman amal untuk meraih harapan tersebut.


4. Mujahadah, yaitu berupaya mengekang hawa nafsu yang selalu mengajak kepada keburukan. Hawa nafsu lebih menyukai sikap bersantai-santai dan bermalas-malas serta menyimpangkan hati agar terjerumus dalam kesenangan maksiat sesaat, padahal setelahnya adalah kebinasaan.

Buah yang masam adalah hasil ditanam benih yang masam.Begitulah perbuatan atau tindakan yang buruk atau akhlak yang buruk (keji) adalah berpunca daripada ditanam benih-benih yang keji (mazmumah) di dalam roh (hati). Adapun benih-benih mahmudah dan benih-benih mazmumah yang wujud dalam roh (hati) hanya dapat dikesan oleh mata hati yang dibantu oleh ilmu mengenainya. satu perkara yang penting juga, terimalah teguran orang lain dengan hati terbuka dan mengambil kira kritikan itu sebagai point untuk kita memperbaiki diri.


mula bekerja pikir nak kaya,
dah banyak duit mulalah nak bersuara,
sekian sahaja ceramah saya,
wassalam dihulur penutup bicara. 

 despedida

Friday, November 2, 2012

menangislah pada haknya

Assalamualaikum w.b.t
diumumkan ketibaan yang boleh dikatakan mulia, penulis anda, BOTAK!!! haha. .saje jek. .xde idea la nak buat permulaan ni. .so, merepek la kejap. .kui3. .apa khabar iman anda??. .baik2 belaka??. .harapnya begitu la ye. .

Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia. Sejak dari awal kelahirannya, hinggalah ke akhir hayat setiap manusia, pasti tangisan akan menghiasi kamar hidupnya. Banyak punca yang menyebabkan air mata berlinangan namun berapa ramaikah dari kita yang tangisnya adalah kerana takutnya ia akan Allah s.w.t?. Berapa ramaikah dari kita yang menangis akibat menghitung setiap inci dosa dan noda yang telah kita lakukan?.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka. Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api Neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api Neraka.

menangis ni ada 2, tercela dan terpuji........

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Rasulullah S.A.W. juga bersabda, “Ada dua buah mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis karena merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga-jaga di malam hari karena menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah.” (Hadis Riwayat. Tirmidzi [1639], disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi [1338]).


Air mata yang tiada di tuntut 

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita, bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis kerana menonton filem hindustan, bukankah itu cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan


Menangis kerana takutkan Allah akan menyelamatkan kita dari seksaan dan azab Allah yang pedih, menempatkan kita didalam syurgaNya dan menikmati segala kenikmatan yang tidak dapat dibayang oleh akal fikiran


Berkata Salman Al Faarisi r.a :

"Aku di buat menangis atas tiga perkara  :

1) Berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke Syurga atau Neraka."


Air mata tanda rahmat Tuhan
 
 Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara. 1) Apabila dahinya berpeluh. 2) Airmatanya berlinang. 3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah s.w.t untuk si mayat. " (Hadis Riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara, Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu

Hisaplah diri kita sejenak, bermuhasabahlah dan berfikirlah perihal kehidupan di negeri yang kekal abadi. Adakah kita pernah menangisi dosa-dosa kita?. Bilakah kali terakhir pipi dibasahkan dengan linangan air mata keinsafan?. Hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat segala sesuatu perbuatan. Moga dikurniakan Allah dengan perasaan ketakutan terhadap dosa


oleh itu menangis lah sahabatku. .letakkan pada haknya. .semoga mencapai redha-Nya

wassalam. tq :-)

eh masa ! jangan lari !

Assalamualaikum w.b.t
hye kawan! bersama lagi kita ye. .hihi. .apa khabar iman?? harapnya sihat sentiasa ye~ btw, admin nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya menamatkan peperiksaan. .bagi yang belum lepas lagi, berusahalah selagi masih ada waktu. .gunakan lah masa dengan sebaiknya

em~ bercakap soal masa ni, aq nak cerita la sikit tentang masa ni. .sememangnya masa ni perlu dijaga dengan baik dan diurus agar semua pekerjaan yang dilakukan lebih tersusun rapi dan sempurna pada hasilnya. .

situasi1 :-
eh! macam mana kw buat semua tu ek?? nak belajar, bersukan, bekerja cari duit, makan minum tepat masa, jaga anak. .macam mana kw bahagikan masa tu??

situasi2:-
aq tak cukup masalah. .sibuk ngan hal tu, hal ni tertinggal. .

kedua-dua situasi ni selalu berlaku dikalangan kita sebagai manusia. .kebiasaannya manusia memang gagal membahagikan masa dengan baik. .tetapi itu tidak bermakna kita tak boleh nak bahagikan lagi. .btol x?? perlu kita ingat bahawa Allah swt menjadikan kita sebagai hamba yang dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak mengikut perancangan yang kita buat dengan baik dan sempurna. Dalam dunia ini, Allah swt bagi masa 24 jam untuk kita dalam sehari... tak de seorang pun yang duk atas muka bumi Allah ni dapat 23 jam atau 25 jam dalam sehari. .kan3??


nabi Muhammad pernah bersabda;

Daripada Abdullah ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah S.A.W memegang bahuku seria bersabda : jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebahagian seorang perantau atau pengembara . Ibnu Umar berkata : apabila kamu berada pada waktu petang , jangan tunggu menjelangnya waktu pagi . Apabila kamu berada pada waktu pagi , janganlah tunggu menjelangnya waktu petang , gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan mati .

so, sesame lah kita berusaha untuk melakukan kerja dengan menggunakan masa. .dan pastikan masa mencukupi. .pentingkanlah perkara yang penting, kerana perkara yang penting itu lebih penting dari perkara2 yang penting. .cuba fahami

disini adalah sikit perkongsian untuk menjaga masa. .semoga dapat digunakan untuk merancang n mencapai suatu kejayaan dalam hidup. .

TIPS 1

Hindari dari orang yang ada tabiat malas kerana mereka ni berupaya membuat kita terpengaruh dan kita pun akan menangguh2 kerja, cari sahabat yang rajin, i/Allah kita pun akan jadi rajin.


TIPS 2

Tetapkan masa dengan tepat, contohnya masa mesyuarat 10.33 pagi atau janji temu pada jam 3.32 petang. Cara lain nyatakan kepada orang bahawa anda seorang yang menepati masa, mesti diorang takut nak kacau masa sahabat, TRY DULU!!!

TIPS 3

Berani katakan TIDAK!!! jika masa yang telah kita tetapkan diganggu orang lain@kawan ajak g makan@sembang dan sebagainya.

TIPS 4
Tulis besar-besar DON'T DISTURB ME..I'AM STUDYING...TOLONG SENYAP JANGAN BISING!!!di pintu bilik untuk mengelakkan datang penggangu..


TIPS 5

Pastikan masa meeting atau program bila, jika ada supaya kita boleh siapkan kerja-kerja penting lebih awal....

TIPS 6

LARI jika kaki BORAK datang..maksud penulis bukan lari 400 m pecut, tapi menghidarkan diri dari spesis kaki borak daripada melekat disebelah kita, jika tak semua kerja x siap.

TIPS 7

Berfikir seperti ahli politik, susun kerja-kerja mengikut prioriti dari segi masa kene hantar, tarikh hantar dan sebagainya.

TIPS 8

Isi masa dengan unsur2 iman dan ketaqwaan..I/Allah kita akan berpuas hati dengan kerja-kerja kita.

TIPS 9

Banyakkan berdoa supaya masa kita diberkati..inilah tips yang paling penting..jika tiada yang ini maka sia-sialah pekerjaan kita disisi Allah..

Penggunaan masa yang efektif adalah faktor kejayaan tokoh-tokoh dunia sepanjang zaman. Napoleon pernah berkata : Rahsia kemenanganku di medan perang tersembunyi di sebalik kelemahan musuh yang tidak tahu nilai masa 5 minit . Sama-sama kita berfikir…

Satu lagi, kita juga boleh menggunakan jadual atau diari.. penggunaannya adalah cara yang efektif untuk mengukur pencapaian wawasan yang telah kita gariskan. Samaada tercapai ataupun sebaliknya…. Paling kurang kita dapat memuhasabahkan diri, betul tak? Apa yang jelas ialah… masa amat berharga… sesaat yang berlalu tidak akan dapat di kembalikan walaupun di bayar dengan segunung emas sekalipun!

selamat beramal :-)