,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,
Friday, December 31, 2010
Tahun Baru, Persekolahan Bermula
Menjelang tahun baru 2011, maka bermulalah era baru iaitu zaman persekolahan baru dengan umur yang meningkat serta pembelajaran yang semakin sukar. Peredaran tahun ini sepatutnya di akhiri dengan satu kejayaan yang boleh membanggakan kita sebagai seorang pelajar atau apa pun jua. Contohnya seperti kejayaan yang dikecapi oleh pemain bola sepak negara iaitu berjaya membawa pulang piala AFF SUZUKI 2010. Kejayaan pada 2010 akan menjadi penyuntik semangat akan azam pada 2011 agar berjaya dengan lebih baik daripada sedia ada. Namun segalanya perlulah bertindak dengan istiqamah, jika tidak ia mampu menjatuhkan segala semangat dan usaha yang dijalankan akan sukar menjadi kejayaan yang hakiki.

Apabila tahun baru menjelang, maka akan timbullah isu perbualan tentang musim persekolahan yang akan bermula. Persekolahan bermula dengan pelbagai ragam daripada para pelajar dan tidak terkecuali dari pihak guru2. Hal ini berlaku kerana pertambahan umur dikalangan pelajar dan kemungkinan kelakuan dan tindak tanduk pelajar menjadi lebih buas. Para pelajar perlu mempunyai semangat untuk belajar agar segalanya berjalan dengan lancar. Pembelajaran bertambah dan semakin sukar juga memberi cabaran bagi setiap pelajar. Tetapi itu semua mampu di bendung jika mempunyai semangat untuk belajar dan berjaya dengan keputusan yang cemerlang. Semoga semuanya akan berlaku dengan sempurna,,,AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment