,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Monday, December 6, 2010

HibUraN daLaM kOntEks ISLAM

Hiburan merupakan satu fitrah yang disukai oleh semua manusia. Semua manusia menginginkan hiburan untuk menghiburkan hati mereka. Namun adakah mereka memanfaatkan sepenuhnya hiburan tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT atau menyalahgunakan hiburan tersebut untuk perkara-perkara maksiat?

TAKRIF HIBURAN
dalam bahasa arab disebut
sebagai al-lahw iaitu
semua perkara yang melekakan
manusia
daripada pelbagai
gangguan, pemikiran dan masalah
yang mengganggu tidur mereka.
Ia juga tidak mempunyai hakikat
yang sabit seperti bermain,
berjenaka, bersembang
malam, menyanyi
dan sebagainya.

HUKUM HIBURAN:
>Hiburan yang Tidak Memberi Apa-Apa Kesan Buruk atau Baik.
Contohnya berada dalam majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa. Hukum hiburan sebegini adalah makruh.

>Hiburan yang Memberi Kesan Buruk.
Memberi kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat contohnya berhibur sehingga mengabaikan solat, bekerja mencari rezeki dan sebagainya. Hiburan sebegini hukumnya adalah haram.

>Hiburan yang Memberi Kebaikan.
H
iburan yang memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat seperti pertandinagn memanah, permainan berfaedah dan apa sahaja hiburan yang diterima baik oleh rasional manusia. Hukum hiburan sebegini adlah harus dan dibenarkan.


SYARAT-SYARAT SUKAN YANG DIHARUSKAN:
~
tidak meninggalkan ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya.
~tidak meninggalkan pekerjaan utama seperti mencari rezeki, belajar dan seumpamanya.
~tidak melibatkan perkara haram seperti perjudian dan pertaruhan.
~tidak wujud penipuan.
~menutup aurat.
~tidak membahayakan tubuh badan, nyawa dan minda.
~tidak membuang masa disebabkan sukan yang terlalu lama.
~tidak membazir wang untuk sukan dan peralatan yang terlalu mahal.
*jangan lupa tutup aurat ye,,,,huhu

No comments:

Post a Comment