,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Monday, December 27, 2010

Persamaan Ayam dan Manusia



Bismillah,,,

ayam:berkokok
manusia:menjerit
kalo yang ni, bukan persamaan tp perbezaan. apa yang aq nak kongsi ialah persamaan ayam dan manusia menuruti penglihatan aq sepanjang cuti akhir tahun ni. huhu...

satu jek yang aq nak kongsi iaitu:-

aq selalu melihat ayam di belakang rumahku berkeliaran, berlari. anak2 ayam pula bermain sama seperti kanak2 manusia yang berlari berkejaran dengan seronok. tp tiba2 ada anak ayam yang berhenti dan menjerit dengan nadanya menunjukkan bhwa ia telah disakiti oleh saudaranya yang lain. situasi itu sama seperti kanak2 manusia yang selalu aq lihat.

selain itu,,,

aq juga slalu melihat ketika ayam jantan dan ayam betina berjalan secara beriringan, mereka sama seperti remaja zaman sekarang kerana tidak tahu malu berduaan bersama walaupun dilihat ayam2 yang lain. namun suatu ketika iaitu apabila si betina diganggu oleh ayam jantan yang lain, si jantan yang bersama si betina tadi mengejar si jantan yang mengganggu si betina itu tadi sehingga dapat kemudian bergaduh dengan rancak sehingga salah satu daripadanya lemah longlai. sama seperti situasi remaja yang sentiasa mengejar perempuan sehingga mencetuskan perbalahan dan akhirnya kedua2 pihak pun tidak berjaya memilikinya.

dan,,,

ayam betina yang bersama2 dengan anak2nya akan sentiasa memerhatikan anak2nya agar tidak menerima ancaman. buktinya aq telah mencuba untuk mengambil anaknya secara senyap, dan aq berjaya dapat satu tetapi malangnya aq dikejar oleh ibu ayam tersebut. walaupun aq telah lari sekuat hati dan lari jauh dari tempat aq mengambil anaknya namun dia tetap mengejar sehingga aq terpaksa melepaskan anak ayam itu ke bawah dan ketika itu lah ibu ayam berhenti mengejarku. sama seperti seorang ibu yang kehilangan anak, mereka pasti akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan anaknya yang hilang.

betulkan apa aq nyatakan
bahawa ayam dan manusia
ada persamaan. tetapi
sebenarnya manusia ada persamaan
dengan haiwan2 lain
selain dari ayam. contohnya
monyet yang selalu
disamakan oleh pengetua sekolahku


No comments:

Post a Comment