,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru, Persekolahan Bermula

Menjelang tahun baru 2011, maka bermulalah era baru iaitu zaman persekolahan baru dengan umur yang meningkat serta pembelajaran yang semakin sukar. Peredaran tahun ini sepatutnya di akhiri dengan satu kejayaan yang boleh membanggakan kita sebagai seorang pelajar atau apa pun jua. Contohnya seperti kejayaan yang dikecapi oleh pemain bola sepak negara iaitu berjaya membawa pulang piala AFF SUZUKI 2010. Kejayaan pada 2010 akan menjadi penyuntik semangat akan azam pada 2011 agar berjaya dengan lebih baik daripada sedia ada. Namun segalanya perlulah bertindak dengan istiqamah, jika tidak ia mampu menjatuhkan segala semangat dan usaha yang dijalankan akan sukar menjadi kejayaan yang hakiki.


Apabila tahun baru menjelang, maka akan timbullah isu perbualan tentang musim persekolahan yang akan bermula. Persekolahan bermula dengan pelbagai ragam daripada para pelajar dan tidak terkecuali dari pihak guru2. Hal ini berlaku kerana pertambahan umur dikalangan pelajar dan kemungkinan kelakuan dan tindak tanduk pelajar menjadi lebih buas. Para pelajar perlu mempunyai semangat untuk belajar agar segalanya berjalan dengan lancar. Pembelajaran bertambah dan semakin sukar juga memberi cabaran bagi setiap pelajar. Tetapi itu semua mampu di bendung jika mempunyai semangat untuk belajar dan berjaya dengan keputusan yang cemerlang. Semoga semuanya akan berlaku dengan sempurna,,,AMIN

Monday, December 27, 2010

Persamaan Ayam dan Manusia



Bismillah,,,

ayam:berkokok
manusia:menjerit
kalo yang ni, bukan persamaan tp perbezaan. apa yang aq nak kongsi ialah persamaan ayam dan manusia menuruti penglihatan aq sepanjang cuti akhir tahun ni. huhu...

satu jek yang aq nak kongsi iaitu:-

aq selalu melihat ayam di belakang rumahku berkeliaran, berlari. anak2 ayam pula bermain sama seperti kanak2 manusia yang berlari berkejaran dengan seronok. tp tiba2 ada anak ayam yang berhenti dan menjerit dengan nadanya menunjukkan bhwa ia telah disakiti oleh saudaranya yang lain. situasi itu sama seperti kanak2 manusia yang selalu aq lihat.

selain itu,,,

aq juga slalu melihat ketika ayam jantan dan ayam betina berjalan secara beriringan, mereka sama seperti remaja zaman sekarang kerana tidak tahu malu berduaan bersama walaupun dilihat ayam2 yang lain. namun suatu ketika iaitu apabila si betina diganggu oleh ayam jantan yang lain, si jantan yang bersama si betina tadi mengejar si jantan yang mengganggu si betina itu tadi sehingga dapat kemudian bergaduh dengan rancak sehingga salah satu daripadanya lemah longlai. sama seperti situasi remaja yang sentiasa mengejar perempuan sehingga mencetuskan perbalahan dan akhirnya kedua2 pihak pun tidak berjaya memilikinya.

dan,,,

ayam betina yang bersama2 dengan anak2nya akan sentiasa memerhatikan anak2nya agar tidak menerima ancaman. buktinya aq telah mencuba untuk mengambil anaknya secara senyap, dan aq berjaya dapat satu tetapi malangnya aq dikejar oleh ibu ayam tersebut. walaupun aq telah lari sekuat hati dan lari jauh dari tempat aq mengambil anaknya namun dia tetap mengejar sehingga aq terpaksa melepaskan anak ayam itu ke bawah dan ketika itu lah ibu ayam berhenti mengejarku. sama seperti seorang ibu yang kehilangan anak, mereka pasti akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan anaknya yang hilang.

betulkan apa aq nyatakan
bahawa ayam dan manusia
ada persamaan. tetapi
sebenarnya manusia ada persamaan
dengan haiwan2 lain
selain dari ayam. contohnya
monyet yang selalu
disamakan oleh pengetua sekolahku


Pengalaman Menjadi SECURITY

assalamualaikum,,,

SECURITY yang aq maksodkan ialah penjaga kepada para pelajar darjah khas. Aq bersama 2 orang rakanku yang lain iaitu Andi Mohamad Zulfauzan dan Mohd Noorshazmi. Kami bersatu hati dan tenaga unntuk menjaga mereka dengan sempurna tanpa melakukan sebarang kekejaman dan suruhan yang melampau. Aq rasa, yang kitorang suroh dyorg hanya dua perkara jek iaitu pergi menunaikan solat di surau pada setiap waktu solat fardhu dan mengemas dorm yang diorang duduk sebelum diorang pulang ke kampung. Tetapi yang aq bangga sekali ialah di antara form2 dan form1 yang menduduki darjah khas di sekolahku itu, para pelajar tingkatan2 lebih mudah mengikuti arahan berbanding para pelajar tingkatan1 yang sudah mula menunjukkan kekerasan kepala diorang. Walauapapun aq tetap rasa seronok jadi SECURITY time tu,,,coz

ANDI dan SHAZMI belanja kami makan di kedai,,,lebih2 lagi ANDI. Dia memang kaya,,,haha

terima kasih kepada mereka yang memberi kerjasama kepada kami bertiga...

Monday, December 6, 2010

HibUraN daLaM kOntEks ISLAM

Hiburan merupakan satu fitrah yang disukai oleh semua manusia. Semua manusia menginginkan hiburan untuk menghiburkan hati mereka. Namun adakah mereka memanfaatkan sepenuhnya hiburan tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT atau menyalahgunakan hiburan tersebut untuk perkara-perkara maksiat?

TAKRIF HIBURAN
dalam bahasa arab disebut
sebagai al-lahw iaitu
semua perkara yang melekakan
manusia
daripada pelbagai
gangguan, pemikiran dan masalah
yang mengganggu tidur mereka.
Ia juga tidak mempunyai hakikat
yang sabit seperti bermain,
berjenaka, bersembang
malam, menyanyi
dan sebagainya.

HUKUM HIBURAN:
>Hiburan yang Tidak Memberi Apa-Apa Kesan Buruk atau Baik.
Contohnya berada dalam majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa. Hukum hiburan sebegini adalah makruh.

>Hiburan yang Memberi Kesan Buruk.
Memberi kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat contohnya berhibur sehingga mengabaikan solat, bekerja mencari rezeki dan sebagainya. Hiburan sebegini hukumnya adalah haram.

>Hiburan yang Memberi Kebaikan.
H
iburan yang memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat seperti pertandinagn memanah, permainan berfaedah dan apa sahaja hiburan yang diterima baik oleh rasional manusia. Hukum hiburan sebegini adlah harus dan dibenarkan.


SYARAT-SYARAT SUKAN YANG DIHARUSKAN:
~
tidak meninggalkan ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya.
~tidak meninggalkan pekerjaan utama seperti mencari rezeki, belajar dan seumpamanya.
~tidak melibatkan perkara haram seperti perjudian dan pertaruhan.
~tidak wujud penipuan.
~menutup aurat.
~tidak membahayakan tubuh badan, nyawa dan minda.
~tidak membuang masa disebabkan sukan yang terlalu lama.
~tidak membazir wang untuk sukan dan peralatan yang terlalu mahal.
*jangan lupa tutup aurat ye,,,,huhu