,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Wednesday, October 6, 2021

KENANGAN PAHIT YANG KEKAL

 بالسم الله الرحمن الرحيم

السلم عليكم ورحمة الله وبركته


Alhamdulillah dengan izin Allah masih diberikan peluang dan ruang untuk bercerita setelah sekian lama menghilang. Biarpun coretan cuma sederhana harap dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca.


Ini adalah sebuah kisah benar yang dialami sewaktu zaman persekolah menengah. Kisah ini juga saya tidak pernah ceritakan pada sesiapa. Kisah ini terlalu panjang dan beremosi pada saya tapi saya ringkaskan tanpa meninggalkan sebarang perkara penting.


Saya bersekolah di sebuah sekolah agama kerajaan negeri yang mana nama sekolah tersebut akan saya rahsiakan. Peristiwa ini terjadi ketika saya berada di tingkatan 2 (2008). Satu kecurian berlaku dalam batch kami. Seingat saya ketika itu ada 2 orang yang mendapati wang belanja mereka dicuri. Mereka saya gelarkan A dan N.


Suatu malam kami diperintahkan oleh sekumpulan pengawas dari batch kami untuk berkumpul disebuah dorm sementara mereka membuat pemeriksaan menyeluruh keatas kami satu batch. Ketika sedang pemeriksaan dijalankan, N datang menghampiri saya dan berkata "Botak, aku dah jumpa duit aku dekat bawah bantal, macam mana aku nak bagitau dorang ni?". Saya terus bertanya samada duit tersebut beliau silap letak atau ada kemungkinan si pencuri memulangkannya. Si N menjawab bahawa pencuri memulangkannya. Akan tetapi saya tahu bahawa tiada keyakinan pada jawapannya. 


Jadi saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan si A dan memintanya untuk memeriksa dibawah bantal tempat tidurnya dan kawasan barangannya kerana si N telah menjumpai sejumlah wangnya y hilang. Kemudian saya tidur di dorm tempat berkumpul dan setelah saya sedar dari tidur pada keesokannya saya dapati mini beg pinggang saya sudah teralih dari cara biasa saya pakai. Oh ya! saya ada tabiat memakai sebuah mini beg pinggang pada ketika itu untuk meletakkan kad2 dan wang saku. Pada ketika itu saya berfikir ada sesorang cuba untuk mencuri sesuatu dari saya tetapi tiada apa yang hilang. Sekembalinya saya ke dorm saya sendiri, saya dapati gerobok baju saya sudah bersepah. Namun saya tak endahkan kerana tiada apa yang saya dapati hilang dan terus jalani kehidupan seorang pelajar asrama seperti biasa.


Kecurigaan mula timbul apabila ada yang memerli saya dengan ayat "mana kau simpan duit kau banyak2?", "makan duit haram jadi darah daging tau", "pulangkan lah balik hak orang" dan banyak lagi ayat yang seakan sama maksudnya. Ayat2 tersebut selalu saya dengar sehingga kan satu tahap saya rasa pelik dan tertanya kenapa ramai yang berkata begitu pada saya, jadi saya berjumpa dengan ketua batch kami ketika itu yang merupakan kenalan saya sejak sekolah rendah untuk bertanya apakah situasi sebenar yang terjadi dan beliau menceritakannya. Setelah itu baru saya sedar bahawa mereka telah salah tanggapan terhadap apa yang telah saya katakan kepada si A. Mereka beranggapan saya adalah pencuri yang telah memulangkan semula wang si N sebelum ini. Dan sejak dari itu juga saya cuba untuk terangkan sendiri secara peribadi kepada sesiapa saja yang mengeluarkan kenyataan tersebut pada saya. Percayalah ia bukan mudah dan sejujurnya saya berfikiran hampir 100% tiada yang percaya pada saya. Pernah saya bertanya pada si N yang menjumpai wangnya yang hilang sebelum ini untuk menceritakan hal sebenar kepada rakan satu batch yang lain dan dia menjawab "aku dah cuba cerita tapi takde siapa percaya". Oleh itu saya cuba untuk hidup dengan tuduhan tersebut. Mereka tiada bukti atas tuduhan itu dan saya yakin dan pasti mereka juga tidak tahu akan kebenaran yang sebenar ketika itu. Perit untuk ditelan tapi dipaksa juga.


Keperitan itu sentiasa terbayang diingatan sejak dulu sehingga sekarang. Secara jujurnya kenangan pahit ini berterusan dan tidak hilang dari ingatan dan bayangan bukan kerana saya tidak cuba untuk lupakan, tetapi ia memberi kesan sehingga kini kepada saya. Kerana hal itu saya tiada sahabat di zaman persekolahan, kerana hal itu juga saya tidak rapat dengan kawan2 serta tidak pandai berkawan ketika ini.


Kisah ini tak berakhir di sini kerana ia bersambung ketika saya berada di tingkatan 3. Saya akan sambung kisah ini di posting yang seterusnya.....


*maaf kisah tanpa gambar kerana ketika sekolah menengah saya tidak banyak bergambar juga kerana hal ini.


Sunday, October 18, 2015

AKU BERTANDING?

Assalamualaikum w.b.t

lama sudah rasanya aku tinggalkan dunia penceritaan kisah sendiri di alam maya ni. sehinggakan aku terasa teramat rindu untuk melakar coretan di sini. dan harini aku diberikan peluang untuk terus membuat coretan memulakan semula penulisan yang tidak lah seberapa baik tetapi tetap memberikan kepuasan kepada diri sendiri yang sememangnya suka mengarang karangan.

pada entri kali ini aku ingin menceritakan sedikit pengalaman dan perjalanan yang aku pilih untuk aku lalui tidak lama lagi iaitu esok hari (19/10/2015)

AKU BERTANDING??

ya, aku bertanding tetapi dalam kejohanan apa? balapan? bola sepak? taekwondo? hee.. semua jawapan tersebut salah. aku kini telah cuba untuk bertanding merebut kerusi dan menceburkan diri dalam dunia pengurusan dan politik walaupun bukan lah politik yang besar seperti yang semua sedia maklum di dunia luar.

aku kini bertanding merebut tempat daripada enam kerusi yang dipertandingkan bagi mengisi kekosongan yang di tinggalkan oleh SLC. untuk pengetahuan, SLC ni adalah satu badan kepimpinan yang mewakili suara dan pengurusan bagi pelajar-pelajar Fakulti Syariah Undang-undang, USIM.

bagaimana aku boleh menterjebakkan diri? pada asalnya aku bukan seorang yang teringin untuk bertanding, ceritanya bermula di sini. pada satu petang, salah seorang ahli SLC y latest telah datang ke rumah untuk memujuk salah seorang rakan aku untuk menyertai pilihan raya ini, namun beliau menolak dan dalam usahanya menolak, beliau telah memetik nama aku untuk menyertai pilihanraya fakulti tersebut. dari situ lah aku mula menjadi salah seorang calon yang akan bertanding bagi kerusi SLC.

esok merupakan hari pengundian dan pada sebelah petang akan keluar keputusan dari undian yang dilakukan. aku tidak mengharapkan kemenangan pada awalnya tetapi dengan mengenangkan nasib diri sendiri dan keluhan rakan-rakan, aku kini bertekad untuk menjadi salah seorang yang akan menduduki kerusi yang dipertandingkan sekaligus melaksanakan manifesto yang telah aku bentangkan pada khalayak ramai. manifesto tersebut ialah:

  1. aku akan berusaha dengan daya usaha aku bersama kepimpinan akan datang atau dengan cara aku sendiri untuk mewujudkan mesin fotostat sekurang-kurangnya sebuah bagi memudahkan para pelajar fsu.
  2. aku akan berusaha dengan perkara yang telah aku rancangkan untuk organisasi ocss sebelum ini iaitu mewujudkan satu pasukan prebet yang akan bergerak mejoritinya pada waktu pembelajaran dan pengajaran di fakulti yang mana pada waktu tersebut tidak ada pergerakan bas dari kolej kediaman mahupun prgerakan dalam kampus.


dengan manifesto yang tidak seberapa ini aku harapkan mereka mampu membeerikan mandat kepada aku untuk menerajui tampuk kepimpinan tersebut demi kemaslahatan para pelajar FSU sendiri. debaran kini aku rasakan dengan kempen yang tidak seberapa tetapi keinginan akan kejayaan menggunung tinggi.

dengan masa berbaki kini aku  ingin menyeru kepada mereka yang berkelayakan untuk mengundi memilih MT SLC pada esok hari, sila lah turun mengundi dan pilihlah calon yang berkelayakan bukan semata-mata kerana mereka rakan anda. saya MOHD ADZIMUDIN AFIQ BIN HISHAMUDIN, calon no 5, jika anda percaya dengan kredibiliti saya, undilah saya!



tawakal ini bukan sebarang tawakal tetapi tawakal dengan usaha menjamin pendapatan lumayan.

sekian, wassalam.

Wednesday, January 28, 2015

Pengalaman Menjadi Polis Hutan

Assalamualaikum w.b.t sahabat sekalian
agak lama rasanya tak update blog ni..berhabuk dah rasa ni..takpe, insyaAllah selepas ini, ia akan kembali aktif..tanak la muqaddimah panjang sgt sebab nanti ada yang dah start bosan..kan kan kan??

Jom kita lihat pada tajuk..Polis Hutan?? wujud lagi ke ?? haa..di sini sy nak bagitahu bahawa polis hutan ni sememangnya masih wujud namun pasukan ini telah bertukar nama kepada PASUKAN GERAKAN AM (PGA)..tugas masih sama dan ada sedikit penambahan..apa yang seronok dejgan pga ni ialah mereka boleh memakai semua jenis uniform..tak sama seperti polis² lain..

okey, nak cerita pengalaman aku menjadi polis hutan atau pga ni..sebenarnya bukan la aku bekerja seperti mereka, aku dan rakan sepasukan aku di bawah payung SUKSIS USIM dah pergi menjalankan kursus di sana..kami merasai bagaimana latihan mereka dan bagaimana situasi peperangan itu berlaku..


pengalaman yang kami terima sangat² menimbulkan kesan..kami dapat mengetahui bagaimana untuk mencari sesuatu kedudukan dengan hanya menggunakan kompas..kemudian belajar bagaimana cara mencari sesuatu kedudukan menggunakan GPS..dunia makin maju la katakan..



apa lagi yang best?? kami belajar KOMBAT TANPA SENJATA (KTS)..ia adalah hasil gabungan antara Taekwondo, Silat dan Karate..selain itu, kami juga didedahkan dengan cara berikhtiar hidup andai kami di timpa masalah..cara memasak dengan menggunakan kelengkapan yang sangat terhad..



apa yang lebih menarik ialah sewaktu enokulasi..sungguh aku tidak sangka kami sepasukan masing² berjaya melalui dan mengharungi tanpa gagal..bermain dengan lumpur, berlindung, merangkak, mengiring, menjerit memandu pasukan..mgkn sy cerita mcm xberapa menarik tapi ia menjadi sesuatu yang sgt menarik jika diri sendiri merasainya..

seterusnya pengalaman berjaga malam agar tidak diserang hendap oleh pihak musuh menjadi sesuatu yang sangat menakjubkan..mendengar satu bunyi letupan membuatkan satu pasukan terus bangun mengambil posisi masing² bersiap sedia untuk membalas serangan pihak musuh..namun jenaka yang timbul adalah berpunca dari seorang anggita yang tidak keluar dari kemah dan mengatakan "jaga orang sakit cik!" apabila ditanya sebab..hahaha....berdekah bakhang !!..



apa pon ia akan menjadi satu pengajaran dan pengalaman yang paling menyeronokkan buat kami sepasukan SKUAD8 SUKSIS USIM yang telah berkampung di kem PGA ULU KINTA, PERAK selama seminggu..


Tuesday, August 19, 2014

Hadiah Syawal 2014

Assalamualaikum, setelah sekian lama tidak mencoretkan pelbagai kisah, kini hamba kembali dengan membawa kenangan manis yang menjadi semakin manis.

Kisahnya berlaku pada 2 ogos, dan ketika itu umat Islam sedang meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar, dahaga, hawa nafsu dan segala perkara mungkar daripada dilakukan.

Pada 2 ogos tersebut, hamba dan beberapa sahabat hamba telah berpakat untuk mengadakan sedikit perjumpaan dek kerana telah 8 tahun terpisah sejak sekolah rendah lagi. Oleh kerana itu, hamba berasa sangat teruja apatah lagi bila segala yang dirancang menjadi kenyataan.

Segala kenangan ini akan menjadi suatu yang manis bagi hamba, namun kini ia menjadi semakin manis apabila dikhabarkan bahawa perlakuan hamba mengupload gambar ke laman sosial instagram di terima oleh pihak akhbar

Inilah hadiah Syawal 2014

Pabila tawar tambahkan gula,
Menjadikan rasa bertukar manis,
Kenangan dicipta cerita pun bermula,
Berganda lah rasa sesuatu yang manis.


Friday, March 21, 2014

Hidup Ini Umpama Roda

Assalamualaikum sahabatku sekalian..
entry seterusnya aku dedikasikan khas untuk diri aku sendiri..kenapa ? sebab aku dapat rasakan yang aku memerlukan sesuatu yang mampu membimbing dan sentiasa mengingatkan aku ke arah yang benar..

"HIDUP INI UMPAMA RODA" ? semalam aku mengadakan sedikit perbincangan tentang kehidupan bersama beberapa rakan biarpun secara tidak langsung..

"botak, hidup ni sebenarnya terlalu banyak liku"

"betul tu, kadang-kadang kita berada dekat atas, kadang-kadang ada kat bawah"

"orang yang berjaya sekarang tak semestinya akan sentiasa berjaya begitu juga sebaliknya"

"sebab tu jangan berbangga sangat kalau peroleh sesuatu kejayaan sekarang"

"perjalanan hidup masih panjang bro !"

hidup di dunia bukan semudah yang disangka namun tidak susah seperti yang di duga..perkara yang amat penting buat kita sebagai manusia ialah menanamkan sifat rendah diri di dalam usaha..bukan untuk mengecilkan tetapi untuk berfikir bahawa kesenangan sekarang tidak akan menjamin kesenangan di masa hadapan.

baru-baru ini, adik2 kita yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013 baru sahaja mengambil keputusan. ada yang berjaya dengan cemerlang, ada yang biasa-biasa dan ada juga yang kecundang. biarpun begitu, sy di sini ingin menasihatkan kepada mereka bahawa sesiapa yang berjaya, janganlah anda mendabik dada kerana anda tidak tahu bagaimana kehidupan seterusnya dan kepada yang kecundang, janganlah anda berduka dan berputus asa kerana gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..banyak lagi peluang yang boleh anda gunakan yang penting usaha dengan perbuatan dan berdoa memohon pertolongan.

doa tanpa usaha tidak berguna begitu juga sebaliknya. rezeki Allah itu luas dan ada dimana-mana. hanya kita sebagai manusia yang perlu berfikir dan mencari.

satu statement yang menarik minatku:

"roda dalam politik sekarang sedang berputar slow..kalau dulu UMNO menang 2/3 dari semua kerusi tapi sekarang tidak lagi biarpu mereka menang PRU13"


kita sebagai manusia bukanlah sempurna namun mencuba untuk menjadi sempurna adalah jalan yang terbaaik sebagai usaha..selagi hidup jangan mengalah dengan ujian apatah lagi mengeluh tetapi hadapilah dengan tenang demi mencapai kemanisan mengatasinya di dunia dan di akhirat. Allah adalah tempat sebaik-baik untuk mengadu..wallahualam

Thursday, March 13, 2014

Ujian Allah Mematangkan Manusia

Assalamualaikum wbt sahabat sekalian,

setelah agak lama tidak update blog ini, harini saya tergerak hati untuk membuat satu entry..sebelum itu, adakah kalian mengikuti isu semasa di Malaysia dan juga di luar negara? jika ya, pastinya anda semua mengetahui tentang kejadian 'Kehilangan Pesawat MH370' + jerebu tebal di beberapa kawasan di Malaysia + kemarau + kemunculan bomoh..

setiap perkara yang berlaku keatas manusia ini adaalah pemberian dari Allah..kejadian yang menjadi hangat tatkala ini merupakan antara ujian yang Allah berikan kepada kita semua. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. mungkin Allah ingin hambaNya kembali mengingatiNya setelah ramai yang terleka dan terlalai dek ditenggelamkan dunia yang semakin membangun dengan teknologi. apa yang dapat saya lihat melalui ujian ini, ia menyatu padukan rakyat untuk berganding bahu menghadapi ujian ini dalam pelbagai cara. sebelum ini, ada sesiapa yang terpikir bahawa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan berpecah dek kerana politik mampu bersatu memanjatkan doa dan berusaha membantu serta meringankan beban bagi menghadapi situasi ini? sukar untuk di bayangkan tetapi ini telah berlaku.

tahap kasih sayang Allah kepada hambaNya terlalu agung. manusia ramai yang sedar dan tahu bahawa Allah Maha Berkuasa tetapi seberapa ramai yang hidupnya bergantung kuat pada Allah? fikirkan dan tanyalah diri sendiri.

bagaimana caranya untuk kita menghadapi ujian Allah dengan jayanya ? di sini terdapat 7 langkah:

Pertama, yakinlah bahawa ujian yang datang itu adalah cara Allah menunjukkan rasa cintaNya terhadap hambaNya. Allah memberikan ujian ini adalah untuk mematangkan fikiran manusia dalam menempuhi kehidupan.

Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan semakin banyak ujian Allah terhadap hambaNya, semakin besar dan semakin tinggi rasa cinta Allah terhadap hambaNya yang penting hadapilah dan selesaikan dengan cara yang betul.

Ketiga, yakinlah ujian itu mampu menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan dahulu.

Keempat, berfikiran positif bahawa apa-apa yang berlaku terhadap kita akan mendatangkan kebaikan biarpun kepayahan yang perlu kita tempuh.

Kelima, yakinlah setelah kita ditimpa kesulitan, pasti akan ada kemudahan. contohnya sewaktu di dalam peperiksaan, mahasiswa tetap mampu mengarang jawapan walaupun soalan tersebut amat payah.

Keenam, yakinlah bahawa setiap ujian yang Allah berikan pasti kita mampu hadapi dan menjumpai jalan penyelesaiaannya. Hal ini kerana Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya melebihi batas kemampuan.

Ketujuh, menghadapi ujian dengan tabah, berusaha dengan cara yang betul dan diiringi dengan doa serta tawakal kepadaNya.

oleh itu, lupakan lah tentang bomoh dan perkara khurafat kerana Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya. jangan mengeluh ketika di uji tetapi kekal senyum menghadapi walau pahit. kembali kepada Allah adalah cara yang terbaik. semoga segala ujian yang kita harus tempuhi ini akan mendatangkan beribu kebaikan kepada manusia serta menyatupadukan rakyat negara. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam menghadapi ujian yang telah Kau berikan kepada kami rakyat Malaysia (kehilangan MH370, Jerebu). amin Ya Rabbal 'Alamin.



Monday, March 3, 2014

Suksis usim squad8 ; aku dan perubahan

sebuah kenangan yang aku cipta di Kuala Lipis, Pahang bersama SUKSIS USIM Squad8..aku dan perubahan..yeay !!

Tuesday, February 18, 2014

Sahabat Selamanya

Assalamualaikum sahabat sekalian..

Lama juga rasanya aku tak update blog ni..naik bersarang sudah..haha..actually aku busy sikit kebelakangan ni..ada perkara yang memerlukan aku memberi komitmen penuh..nak cerita apa ek ?? Sahabat ?

Okayy, kisah ni bukan sekadar kisah semata tetapi ianya hadir melalui sebuah perjalanan kursus aku bersama rakan seperjuangan..kami telah menghadiri satu kursus yang diberi nama KURSUS ETIKA DAN PENGURUSAN INTEGRITI bersama BTN & SUKSIS..

Di sana kami telah didedahkan dengan pelbagai ilmu. Dan ilmu itu semuanya disampaikan dengan cara yang berbeza. Sungguh aku tak pernah melalui penglaman seperti itu sebelum ini. Semangat kerjasama, setia kawan telah dipupuk sejak awal program lagi. Ujian dan cubaan yang dilakukan segalanya dilakukan berbentuk kumpulan.

Antara program yang mencabar bagi aku dan ahli kumpulan ialah KEMBARA MAUT. Dimana kami diberikan tugasan yang agak berat iaitu dengan mengangkat salah seorang daripada rakan kami yang paling besar sejauh lebih kurang 5km dengan berbekalkan kudrat dan semangat juang kami.

Pada malam itu, kami juga diuji dengan satu spirit yang mana ia membentuk semangat setia kawan dan kasih sayang antara rakan. Sungguh aku sangat terharu dengan pengorbanan mereka semua ingin menyelamatkan rakan2 di rumah sakit dan di penjara. Keringat air mata sahaja lah yang mampu menemani ucapan terima kasih aku kepada mereka semua.

Selesai program bersama BTN, aku dapat menyaksikan bahawa kepercayaan di antara kami semua mula wujud dan semangat persahabatan mula melebar. Pertolongan, perkongsian tidak menjadi masalah lagi bagi kami malahan kami sentiasa siap sedia memberikan pertolongan andai kata ada yang memerlukan. Kawan2 tidak boleh ditukar ganti. Cintai kawan bukan sakiti mereka.

Kenangan yang mampu aku tinggalkan buat mereka ialah:

Dalam diri ini ada hasad dengki,
Nakal, degil dan juga iri hati,
Namun takut juga aku berdiri,
Melontar pandangan ku bersendiri,
Oh lemahnya...diriku,,,

Ku hadiri..
Kem tranformasi..
Meningkatkan fizikal mental diri sendiri,

Walau di caci dan di maki,
Ku tahan diri itu latihan kali ini..

Oooo...ku terima
Ambil semua iktibar
Rakan bersama..
Setia satu hati dan cekalkan diri
Capai semua misi..

Bangun sahabat..
Majukan negara

Jaga nilai dalam diri kita..
Pasti kita akan berjaya..
Percaya sesama sahabat,
Jangan pula tikam mereka,
Aku sayang kamu semua,
Setulus hati bukan hipokrit..

Beretika dan integriti,
Membina diri semangat juang dan menghormati

Cekalkan diri teguhkan hati,
Bersatu padu mempertahankan negara ini

Ooo..rakan semua,
Bangkit kita bersama,
Ambil kesannya,
Tranformasi demi masa depan anak2 kita

Bangun sahabat..
Majukan negara

Jaga nilai dalam diri kita..
Pasti kita akan berjaya..
Percaya sesama sahabat,
Jangan pula tikam mereka,
Aku sayang kamu semua,
Setulus hati bukan hipokrit..

Singer: botak

Saturday, January 18, 2014

Kesinambungan Hari Ini dan Esok

Assalamualaikum sahabat sekalian

disini aku nak kongsi sedikit la apa yang bermain dalam otak dan benak pemikiran aku ketika ini. kesinambungan harini dan esok. adakah korang dapat teka apa yang ingin aku sampaikan ? sesiapa yang dapat meneka baguslah. yang tak dapat pun bagus juga sebab anda telah mencuba daripada tidak mencuba langsung.


jom~



kesinambungan dalam bahasa inggeris disebut sebagai continuity atau continuation yang membawa maksud lanjutan atau sambungan. okeyy sekarang tajuk kita bermaksud sambungan hari n esok. macam mana tu ? pernah dengar tak orang kata;


'kau hidup kat dunia ni, jangan biarkan semalam lagi baik dari harini, rugi tau tak !'

sebagai manusia dan hamba Allah di atas muka bumi ini, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk terus menjadi baik dan mengubah keadaan diri kita sendiri dari semasa ke semasa..


Kita dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat semalam, melainkan untuk kembali mencari pengampunan Allah. Dan amat sombong bagi mereka yang bangun dan tidak mengucapkan syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan berdoa kepadaNya sedangkan ramai yg telah tidur tidak bangun2.


kejarlah sesuatu yang mampu menguntungkan kita sebagai manusia. jangan sentiasa memilih sesuatu yang mampu merugikan diri kita sendiri tatkala diatas muka bumi ini. gunakanlah segala ilmu yang telah kita pelajari sepanjang kehidupan kita untuk menjaga setiap amalan dan perhubungan kita dengan Tuhan yang Maha Esa, Allah swt

beruntung: hari ini lebih baik dari semalam
kerugian: hari ini sama seperti semalam
celaka: esok lebih teruk dari hari ini

~renungkan
#SalamDariBotak^_^

Tuesday, January 7, 2014

Tak Elok Tidur Lepas Subuh

assalamalaikum kawan2 ^_^

hari ni sy nak kongsikan sedikit ilmu  la..bukan nak mengajar tapi nak berkongsi..mungkin ada diantara kali dah tahu tentang perkara ni..tapi apa salahnya kita sebagai manusia yang sering lupa dan melakukan kesilapan menjadi pengingat buat orang lain dan diri kita sendiri.

dialog di pagi hari:

A: amad, jangan tidur lepas subuh laaa
B: alaa, aku nak tidur kejap je..
A: jangan, tak elok la..banyak keburukan
B: apa dia keburukan tu ?

KEBURUKAN TIDUR SELEPAS SUBUH

1. tidak sesuai dengan petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah
2. bukan termasuk akhlak dan amalan dari golongan orang yang soleh dan para ulama' bahkan perbuatan ini dibenci

Para ulama dan orang soleh terdahulu membenci tidur pada waktu ini. Ulama Ibn Qayyim memberi penegasan bahawa tidur pada waktu ini boleh mematikan hati, membuatkan badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga. Jika anda merasakan diri anda mengantuk selepas solat subuh, lakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti beriadah, membaca al-Quran, mengulangkaji pelajaran, dan sebagainya

3. tidak mendapat barokah di dalam waktu dan amalannya
4. menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya

Ibn Qayyim berkata : “Pagi hari umpama hari muda seseorang, manakala waktu malam ibarat hari tuanya. Amalan sesorang pada waktu muda sangat berpengaruh kepada amalan sewaktu tuanya. Jika seseorang sudah bermalas-malas pada pagi hari, maka dia juga akan menjadi malas pada waktu petang dan malam. Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang terlebih tidur akan menyebabkan seseorang akan menjadi cepat letih, malas dan tidak bersemangat. Selain itu, tidur selepas subuh juga akan mendatangkan beberapa jenis penyakit pada badan seperti lemah shawat.

5. pintu rezeki akan menjadi sempit

Rasulullah s.a.w melihat Fatimah r.ha. sedang berbaring setelah solat subuh, lalu Baginda bersabda, Maksudnya : “ Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia dia antara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari.” (Riwayat al-Baihaqi). Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa orang yang tidur selepas subuh adalah orang yang berada di kalangan orang-orang lalai. Gunakanlah kesempatan masa yang ada di waktu pagi sebaik-baiknya. Isikan lah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

B: ada tak waktu yang baik untuk kita tidur..aku nak qada' tidur aku nanti
A: ada je..dan waktu tu sangat digalakkan untuk tidur
B: apa dia  ? cer cite

WAKTU TIDUR YANG PALING BERMANFAAT

1. tidur ketika perlu
2. tidur di awal malam (lebih baik dan bermanfaat tidur lewat malam)
3. tidur di pertengahan siang (lebih baik dari tidur di waktu pagi dan petang)

B: owh..oke oke..time kasih kawan kerana mengingatkan aku
A: sama-sama..kita manusia perlu saling ingat-mengingati..jom ikot aku study..esok last paper an exam
B: haa..boleh jugak..jom ! pertengahan siang nanti aku bole tidur sekejap..jom

kawan-kawan, ingatlah bahawa rezeki tu memang ada dimana-mana..tetapi kita sebagai manusia tetap perlu berusaha dan bertawakal dengan sebaiknya dengan cara dan perlakuan yang betul..baru lah boleh menberikan pelbagai manfaat kepada diri kita dan orang lain..


Akhir kata, rugilah kita jika pada waktu pagi hanya digunakan untuk menjemput mimpi-mimpi indah dan mengasyikkan.

#SalamDariBotak ^_^

Wednesday, January 1, 2014

USAHA SEDAYA MAMPU..FIGHTING !

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt sahabat sekalian..

apa khabar kalian disana ? aku harap sihat belaka..saja nak berkongsi cerita..sekarang ni minggu peperiksaan..final exam..macam besar je bunyinya..tapi gaya macam xde exam pon ada..btw, apa pun cara usaha kene tetap ada untuk hadapi sesuatu..

'USAHA TANGGA KEJAYAAN'

ucapan yang sering kita dengar bila nak hadapi sesuatu perkara yang memerlukan usaha yang kuat contohnya seperti peperiksaan dan ujian-ujian penting. 

USAHA = TINDAKAN dan KUNCI KEJAYAAN

USAHA sangat berkait rapat dengan kejayaan seseorang. Semakin kuat berusaha semakin tinggi kejayaan itu dapat dicapai. Semakin malas berusaha semakin jauh untuk mendapat kejayaan tersebut.

kejayaan bermaksud matlamat anda yang telah tercapai atau yang sudah dapat. Untuk menghasilkan sebuah kejayaan, anda perlu melakukan, atau melaksanakan USAHA atau TINDAKAN ke arah itu.

Sebagai contoh, anda mempunyai matlamat untuk dapat C dalam subjek Matematik. Untuk berjaya mendapat C anda perlu berusahaseperti pelajar yang biasa-biasa buat macam pergi ke kelas, buat assignment, buat latihan yang diberi oleh pensyarah.

Namun jika anda mempunyai matlamat untuk mendapat A dalam subjek Matematik, anda perlu berusaha seperti pelajar yang luar biasa buat macam fokus dalam kelas, buat ulang kaji di rumah, selalu bertanya pensyarah jika tidak faham, assignment dihantar awal, latihan dibuat dengan cepat dan juga mengajar rakan-rakan yang lemah.


"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
sesunggunya bersama kesulitan ada kemudahan" - surah al-insyirah ayat5 & 6



“Takut kepada kegagalan adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan.

Bukannya “Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan” .
- petikan kata dari Dr. Irfan Khairi-



Friday, December 20, 2013

Penghinaan

Semalam bersamaan 20/12/2013

Budak2 kelas seme buat taik..aku penat bg komitmen sehingga aku melupakan segala keperluan diriku sendiri..tapi inikah balasan yang aku dapat ?

Terima kasih atas apa yang korang bagi semalam..aku sangat hepy..tapi jangan tanya kenapa kalo aku berdiam diri dengan korang..

Wassalam

Wednesday, May 1, 2013

di manakah rahsia kejayaan ?

Assalamualaikum kawan-2 ! whazzup !!!

hee :D erm. .sebenarnya saya tak ada idea nak berkongsi cerita. .tapi teringin jugak nak kongsi benda ni. .biasa lah, bila dah sentuh sekali blog ni, mesti nak sentuh lagi. .hoho. . B-)

rahsia kejayaan ? erm. .banyak sangat rahsia untuk mencapai kejayaan ni. .dalam pelbagai jua bidang la. .bukan hanya tertumpu kepada satu-2 bidang je. .rahsia ni, boleh guna pakai untuk semua jenis aspek. .contohnya : pembelajaran, sukan, dan kehidupan kita sendiri. .

pernah ke awak berjaya ?

what ?! apa punya jenis soalan ni ? hey ! tolong lah tanya soalan logik sikit. .err. .mestilah pernah ! tak percaya ke ? haa ! tengok ni ! *mukariak* hoho ! hoho ! *gelakorangkaya*

percaya tak? hihi. .ni baru sikit

*blushing* malu plak rasanya. .huihuii. .erm .tak cukup 2 fail tau sijil tu.. .hihi. dah-2. .nak tahu rahsia tak ?

okayy. .saya ingat lagi kata-2 salah seorang guru saya ketika di sekolah menengah. .beliau berkata ;

"ketenangan adalah kemenangan yang pertama" - ust Fuad

oleh itu, kita kene hendaklah sentiasa tenang untuk menghadapi apa jua cabaran. .dan jika kita takut atau gentar, atasi dengan ketenangan. .pastikan ketenangan yang menguasai segalanya barulah kita meneruskan cabaran tersebut. .

seterusnya, kita perlu yakin dengan apa yang kita kerjakan. .contohnya: kita menyertai pertandingan olahraga, kita perlu ada keyakinan diri. .bila kita yakin, kita akan melakukan sesuatu dengan rasa selesa dan tidak kekok. .dan pihak lawan akan merasakan kelainan disebabkan keyakinan pada diri kita. .emm *tangancekapinggang.pandangkeatas* hoho

next, cuba untuk jadikan mereka yang lebih baik dari kita sebagai contoh dan jadikan mereka yang kurang baik dari kita sebagai pedoman. .dengan cara itu, kita akan melakukan sesuatu yang terbaik dengan mengikut kehendak hati kita. .

akhir sekali, usaha sungguh-2 dengan kudrat yang kita ada. .yakini bahawa Allah sentiasa bersama kita membantu melengkapkan segala tugasan dan cabaran. .ingati Allah selalu dan disitu menjadi punca untuk Allah sentiasa membantu kita. .*lagakUAI* kui-3

kawan-2 jangan lupa pakai segala nasihat ni ye. .cuba lah. .sesama kita merasa. .huhu. .lupa nak cakap ! *gayamenjerit* jangan lupa minta restu dari mak bapak sebelum buat pape tau ! dengar tak ?! woi ! *dushh* (kene tumbuk ngan jiran sebelah) 

sekian sahaja. .
wassalam

musibah oh ! musibah

Bismillah. ..
Assalamualaikum saudara-saudari sekalian. .

fuhh ! fuhh ! *gayameniup* berhabuk blog ni. .lama sangat tak menjenguk. .alhamdulillah, setelah sekian lama dapat juga menyentuh blog ni. .happy rasanya. .

kawan-2 semua nak tau tak ? sekarang saya sedang bercuti panjang. .hoho. .dah tamat dah tamhidi dekat USIM. .sekarang tenga tunggu result je. .dan MENGANGGUR. .hihihihi. .bukan saya tak nak kerja, tapi.....

tapi apa ?

tapi ada perkara yang berlaku ke atas diri saya. .n mengganggu gugat pergerakan saya. .nak tau tak apa dia ? hihi. .sebenarnya kaki saya retak. .sebab main bola. .hihi. .saya tak power tapi kawan-2 kata saya sangat-2 power main bola. .hihi *maluplak* *blushing* twink ! twink !

sebelum kene simen ni ? saya dah dapat kerja sebenarnya. .kerja dekat KFC. .best. .sebab manager cantik ! pekerja lelaki pon tak ramai. .huihui *gatal* erm....tengok la tu. .agak-2 apa jek yang saya boleh buat ye ? ..heee :p

hahaha. .padan muka kaki retak. .tak boleh main bola lagi. .kui-3

lepas simen kaki ni, saya tak diberikan apa-2 sokongan untuk bergerak. .saya terpaksa lompat. .lompat si katak lompat, lompat ! lompat lah tinggi-2, tinggi ! . .eh. .menyanyi plak. .hihi . .*gruurghh !* (bunyi guruh) . .maaf suara tak sedap. .tapi saya telah diberi pinjam dari sepupu saya yang patah kaki sebab kemalangan. .hihi. .so, saya bergantung pada benda ni lah. .hihi :*

tongkat sakti aku. .kenderaan aku. .huihui

cukup la sekadar ni. .tetiba jadi pelik plak reaksi post saya kali ni. .hoho. .bye !
wassalam...

Tuesday, February 19, 2013

perlu ke berputus asa ?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum w.b.t sahabat sekalian. .
post pada kali ini mencerita tentang suatu perasaan yang mungkin hampir semua manusia pernah merasainya iaitu putus asa. .

namun perlu ada ke istilah berputus asa kepada seseorang itu ? . bagi pendapat saya istilah berputus asa akan merugikan sesorang itu untuk terus mencapai kejayaan pada masa hadapan. .

putus asa mungkin berlaku kepada seseorang disebabkan kegagalan dalam pelajaran untuk mencapai keputusan yang cemerlang atau mungkin kerana gagal dalam kerjaya dan lain-lain.

sema yang bergelar insan pastinya telah, pernah dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan atau kegagalan. itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. bahkan Allah S.W.T sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya di dalam Al-Quran:
"maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
dalam ayat yang lain Allah menerangkan :
 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi ?"

In fact:
          kebanyakan manusia, setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar umtuk diterima oleh hati.

namun, ingin saya berrtanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan ?

sedangkan kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan jalan mati kepada kejayaan. seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.



pernahkah ada merasakan putus asa ?

setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas difikiran. bukankah itu membuatkan anda berada di dalam kerugian ? setelah masa dan kudrat telah habis kepada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. so, adakah segalanya berbaloi ?

Allah ada berfirman di dalam Al-Quran:

"Jangan engkau berputus asa kerana kelambatan pemberian Allah kepadamu, padahal doamu bersungguh-sungguh. Allah telah menjamin menerima semua doa sesuai dengan yang Dia kehendaki untukmu pada waktu yang telah Dia tentukan. Bukan menurut kehendakmu dan bukan pada waktu yang engkau tentukan."

Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan. bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa. kesilapan sering terjadi di situ. putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar. kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh. hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan. kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita. putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti putus asa. putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. semuanya bermula daripada putus asa. jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.

oleh itu, saya menyeru kepada sahabat sekalian agar ttidak tunduk kepada rasa putus asa kerana rasa itu adalah punca kepada segala kegagalan. .dan pastikan setiap perkara yang kita lakukan di dalam keyakinan kerana itu adalah langkah untuk mencapai kejayaan
wassalam

credit to: my self yang mencapai kegagalan

Thursday, December 27, 2012

aku dan kau hamba Allah selamanya~

Assalamualaikum rakan2 semua..
maaf jika lama tak update entry dalam blog ni. .niat nak menconteng setiap hari tu ada tapi masa dan keadaan tidak pernah mengizinkan. .btw, apa khabar semua?? semoga kalian dalam keadaan sihat dan sejahtera dibawah naungan Ilahi. .

“Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika berada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayah dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar dan bertaubat.” ~ Abu Abbas Al-Masri 

baik lah, kita semua ni hidup mempunyai tujuan. .dan hanya kepada Allah tempat kita bergantung. .siapa mengaku dia hamba Allah?? alhamdulillah. .sememangnya kita hamba Allah. dan kita juga sering menyebutnya. .

tetapi... adakah ia hanya sekadar di bibir melalui kata2?? atau lahirnya dari hati??

kadang2 amalan kita tidak pernah menunjukkan bahawa kita ni hamba Allah. .bagaimana saya boleh berkata begitu?? anda semua pernah dengar dialog ni?? dan fikirkan adakah dialog ni menunjukkan kita sebagai  hambaNya yang sebenar??

'bila nak tengok wayang ni?? ada cerita baru la'
'wei ! karok jom !'
'jom jalan dekat bandar ! aq bosan la..pekena shisha sedap jugak ni'

bukan sekadar tu, banyak lagi perbuatan yang boleh saya jadikan contoh. .so, sesama kita fikir akan natijahnya. .namun di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada pada kalian


Sudahkah dirimu memiliki sifat-sifat IbadurRahman?

Sudahkah dirimu memiliki ciri-ciri Hamba Allah Yang Maha Pemurah?


1. Tawadhu' (rendah hati)

          Sifat pertama seorang hamba yang menyandang gelar “‘ibadurrahman” adalah tawadhu’. Insan-insan pilihan ini berjalan dengan ringan, penuh dengan semangat, tekad, kelelakian, dan jiwa muda. Maknanya adalah sedang-sedang saja dalam semua urusan, tidak berlebihan atau keterlaluan sekali.

2. Mengucapkan Perkataan yang Apabila Bergaul Dengan Orang Jahil 


         Ibadah di malam hari juga membangkitkan kebahagiaan di hati dan ketenangan bagi jiwa serta penerangan bagi penglihatan mereka.Saat berdiri di hadapan Allah dan mengarahkan wajah mereka kepada-Nya, mereka merasakan kelezatan dan kebahagiaan yang tak terkira. Tiada lagi rasa manis setelah manisnya beribadah kepada Allah Ta’ala, bermesra, dan melakukan komunikasi dengan-Nya. Melakukan Qiyamullail merupakan sifat asli ‘ibadurrahman. Allah menyebut mereka dengan sifat itu dalam banyak ayat dan menganjurkan para Nabi-Nya untuk melakukan hal itu.

4. Ekonominya Tidak Boros
          Ibadurrahman bukanlah orang-orang yang berbuat pembaziran, membelanjakan harta melewati batas keperluan. orang-orang yang berbuat pembaziran adalah saudara-saudara syaitan. Syaitan selalu menyuruh berbuat keji dan munkar. Mereka juga mengetahui bahwa mereka bertanggungjawab di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap harta mereka; dari mana mereka peroleh dan kepada siapa mereka infakkan.
5. Tidak Memberi Kesaksian Palsu
          Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memperingatkan darinya berulang kali serta menilainya sebagai salah satu dosa besar. Beliau bersabda, “Maukah aku beritahukan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar?” (beliau mengulang tiga kali). Kami berkata, “Tentu, wahai Rasulullah” Beliau bersabda, “Menyekutukan Allah, durhaka terhadap kedua orangtua.” Beliau ketika itu bertelekan lalu duduk seraya bersabda lagi, “Jauhilah perkataan palsu dan persaksian palsu.” Beliau terus mengulang-ulangnya hingga kami sampai berkata, “Semoga saja beliau diam.” (Muttafaqun ‘alaih).
salah satu bentuk persaksian palsu adalah dengan menghadiri ataupun ikut dalam perayaan hari raya orang kafir. Sebab perayaan-perayaan tersebut tiada lain adalah kebohongan dan kepalsuan yang dibuat-buat.
6. Suka Bertaubat Dan Melakukan Kebaikan

7. Suka Mendengar dan Memerhati Peringatan Allah untuk Diamalkan

maka, sesama lah kita terus berusaha dengan bersungguh2 agar kita berjaya menjadi hamba-Nya yang terbaik. .teruskan perjuangan dalam menegakkan agama-Nya. .kejarlah syurga-Nya n sentiasa berdoa agar tidak akan menyentuh neraka-Nya
Ya, Allah Engkaulah Tuhanku,
Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku.
Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia kepadaMu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin
wassalam 

Tuesday, December 18, 2012

Kiamat Sudah Dekat - beringatlah

Assalamualaikum kepada readers sekalian. .
rasanya seperti telah lama tidak aktif didalam penulisan blog ini. .namun kita tetap diketemukan dan saya diberikan peluang untuk menulis lagi maklumat yang boleh kita kongsikan. .semua adalah atas kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada saya. .

pada minggu ni ada beberapa perkara yang berlaku terhadap saya sekaligus mengingatkan kepada saya akan sesuatu perkara yang pasti akan berlaku. .sesungguhnya apa yang pasti berlaku itu amat menyeramkan dan tidak mampu manusia menghalangnya iaitu Hari Kiamat

beringatlah wahai sahabat sekalian bahawa Hari Kiamat itu hampir sangat dengan kita. .saya berkata bukan atas dasar sesuka hati. .namun segalanya jelas terbukti satu demi satu. .

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

Renungkan... Penting untuk kesedaran semua pihak..
Cuba fikir sejenak apakah secara kebetulan atau sudah pun diatur oleh yang maha ESA...

27.11.09 -JUMAAT- AIDILADHA
18.12.09 -JUMAAT- TAHUN BARU HIJRAH
25.12.09 -JUMAAT- HARI NATAL
01.01.10 -JUMAAT- TAHUN BARU
26.02.10 -JUMAAT- MAULIDURASUL
28.05.10 -JUMAAT- WESAK
10.09.10 -JUMAAT- AIDILFITRI
27.08.10 -JUMAAT- NUZUL QURAN
05.11.10 -JUMAAT- DEEPAVALI

Serta gerhana bulan dan matahari yang terjadi baru-baru ini juga berlaku pada hari JUMAAT..
Semakin hari semakin banyak perkara yang akan terjadi pada hari JUMAAT...

sesungguhnya kiamat itu hampir. .dan mati itu pasti. .tanda2 kiamat banyak telah Allah nyataka di dalam Al-Quran. .dan kebanyakan daripadanya telah pon berlaku. .percaya atau tidak, kita perlu muhasabah diri kita semua. .

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah
bagaimana pula dengan yang ini?? fikirkan tentangnya...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat. ‘Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' – Sahih Bukhari

          ~ dah jadi dah…
2) Zina bermaharajalela.

‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim

~ dah nampak dah…
3) Bermaharajalela alat muzik.

‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;’Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’Baginda menjawab:
‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…
4) Menghias masjid & membanggakannya.

‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah…
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu……
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ – Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’bin Luka’(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada….
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…
10) Bulan sabit kelihatan besar.

‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok….
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie……
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq …
13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²’- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

p/s: Ini hanya sekadar peringatan sesama muslim. Sejak filem 2012, agak ramai jugak dengan membuta tuli percaya bahawa kiamat memang akan terjadi pada tahun 2012. Mana boleh macam tu… kita orang Islam ni tak boleh bulat2 percaya dakyah omputih yang buat cerita tu, tu untuk menyesatkan kita. Tell you what we gotta do, kita akan beriman tak kira lah kiamat 2012 atau 2020

“Beribadatlah seperti kita akan mati esok hari, dan bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi”


semoga bermanfaat dan selamat beramal