,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Tuesday, August 19, 2014

Hadiah Syawal 2014

Assalamualaikum, setelah sekian lama tidak mencoretkan pelbagai kisah, kini hamba kembali dengan membawa kenangan manis yang menjadi semakin manis.

Kisahnya berlaku pada 2 ogos, dan ketika itu umat Islam sedang meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar, dahaga, hawa nafsu dan segala perkara mungkar daripada dilakukan.

Pada 2 ogos tersebut, hamba dan beberapa sahabat hamba telah berpakat untuk mengadakan sedikit perjumpaan dek kerana telah 8 tahun terpisah sejak sekolah rendah lagi. Oleh kerana itu, hamba berasa sangat teruja apatah lagi bila segala yang dirancang menjadi kenyataan.

Segala kenangan ini akan menjadi suatu yang manis bagi hamba, namun kini ia menjadi semakin manis apabila dikhabarkan bahawa perlakuan hamba mengupload gambar ke laman sosial instagram di terima oleh pihak akhbar

Inilah hadiah Syawal 2014

Pabila tawar tambahkan gula,
Menjadikan rasa bertukar manis,
Kenangan dicipta cerita pun bermula,
Berganda lah rasa sesuatu yang manis.


No comments:

Post a Comment