,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Thursday, March 13, 2014

Ujian Allah Mematangkan Manusia

Assalamualaikum wbt sahabat sekalian,

setelah agak lama tidak update blog ini, harini saya tergerak hati untuk membuat satu entry..sebelum itu, adakah kalian mengikuti isu semasa di Malaysia dan juga di luar negara? jika ya, pastinya anda semua mengetahui tentang kejadian 'Kehilangan Pesawat MH370' + jerebu tebal di beberapa kawasan di Malaysia + kemarau + kemunculan bomoh..

setiap perkara yang berlaku keatas manusia ini adaalah pemberian dari Allah..kejadian yang menjadi hangat tatkala ini merupakan antara ujian yang Allah berikan kepada kita semua. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. mungkin Allah ingin hambaNya kembali mengingatiNya setelah ramai yang terleka dan terlalai dek ditenggelamkan dunia yang semakin membangun dengan teknologi. apa yang dapat saya lihat melalui ujian ini, ia menyatu padukan rakyat untuk berganding bahu menghadapi ujian ini dalam pelbagai cara. sebelum ini, ada sesiapa yang terpikir bahawa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan berpecah dek kerana politik mampu bersatu memanjatkan doa dan berusaha membantu serta meringankan beban bagi menghadapi situasi ini? sukar untuk di bayangkan tetapi ini telah berlaku.

tahap kasih sayang Allah kepada hambaNya terlalu agung. manusia ramai yang sedar dan tahu bahawa Allah Maha Berkuasa tetapi seberapa ramai yang hidupnya bergantung kuat pada Allah? fikirkan dan tanyalah diri sendiri.

bagaimana caranya untuk kita menghadapi ujian Allah dengan jayanya ? di sini terdapat 7 langkah:

Pertama, yakinlah bahawa ujian yang datang itu adalah cara Allah menunjukkan rasa cintaNya terhadap hambaNya. Allah memberikan ujian ini adalah untuk mematangkan fikiran manusia dalam menempuhi kehidupan.

Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan semakin banyak ujian Allah terhadap hambaNya, semakin besar dan semakin tinggi rasa cinta Allah terhadap hambaNya yang penting hadapilah dan selesaikan dengan cara yang betul.

Ketiga, yakinlah ujian itu mampu menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan dahulu.

Keempat, berfikiran positif bahawa apa-apa yang berlaku terhadap kita akan mendatangkan kebaikan biarpun kepayahan yang perlu kita tempuh.

Kelima, yakinlah setelah kita ditimpa kesulitan, pasti akan ada kemudahan. contohnya sewaktu di dalam peperiksaan, mahasiswa tetap mampu mengarang jawapan walaupun soalan tersebut amat payah.

Keenam, yakinlah bahawa setiap ujian yang Allah berikan pasti kita mampu hadapi dan menjumpai jalan penyelesaiaannya. Hal ini kerana Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya melebihi batas kemampuan.

Ketujuh, menghadapi ujian dengan tabah, berusaha dengan cara yang betul dan diiringi dengan doa serta tawakal kepadaNya.

oleh itu, lupakan lah tentang bomoh dan perkara khurafat kerana Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya. jangan mengeluh ketika di uji tetapi kekal senyum menghadapi walau pahit. kembali kepada Allah adalah cara yang terbaik. semoga segala ujian yang kita harus tempuhi ini akan mendatangkan beribu kebaikan kepada manusia serta menyatupadukan rakyat negara. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam menghadapi ujian yang telah Kau berikan kepada kami rakyat Malaysia (kehilangan MH370, Jerebu). amin Ya Rabbal 'Alamin.



No comments:

Post a Comment