,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,
Tuesday, August 19, 2014
Hadiah Syawal 2014
Kisahnya berlaku pada 2 ogos, dan ketika itu umat Islam sedang meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar, dahaga, hawa nafsu dan segala perkara mungkar daripada dilakukan.
Pada 2 ogos tersebut, hamba dan beberapa sahabat hamba telah berpakat untuk mengadakan sedikit perjumpaan dek kerana telah 8 tahun terpisah sejak sekolah rendah lagi. Oleh kerana itu, hamba berasa sangat teruja apatah lagi bila segala yang dirancang menjadi kenyataan.
Segala kenangan ini akan menjadi suatu yang manis bagi hamba, namun kini ia menjadi semakin manis apabila dikhabarkan bahawa perlakuan hamba mengupload gambar ke laman sosial instagram di terima oleh pihak akhbar
Inilah hadiah Syawal 2014
Pabila tawar tambahkan gula,
Menjadikan rasa bertukar manis,
Kenangan dicipta cerita pun bermula,
Berganda lah rasa sesuatu yang manis.
Friday, March 21, 2014
Hidup Ini Umpama Roda
entry seterusnya aku dedikasikan khas untuk diri aku sendiri..kenapa ? sebab aku dapat rasakan yang aku memerlukan sesuatu yang mampu membimbing dan sentiasa mengingatkan aku ke arah yang benar..
"HIDUP INI UMPAMA RODA" ? semalam aku mengadakan sedikit perbincangan tentang kehidupan bersama beberapa rakan biarpun secara tidak langsung..
"botak, hidup ni sebenarnya terlalu banyak liku"
"betul tu, kadang-kadang kita berada dekat atas, kadang-kadang ada kat bawah"
"orang yang berjaya sekarang tak semestinya akan sentiasa berjaya begitu juga sebaliknya"
"sebab tu jangan berbangga sangat kalau peroleh sesuatu kejayaan sekarang"
"perjalanan hidup masih panjang bro !"
hidup di dunia bukan semudah yang disangka namun tidak susah seperti yang di duga..perkara yang amat penting buat kita sebagai manusia ialah menanamkan sifat rendah diri di dalam usaha..bukan untuk mengecilkan tetapi untuk berfikir bahawa kesenangan sekarang tidak akan menjamin kesenangan di masa hadapan.
baru-baru ini, adik2 kita yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013 baru sahaja mengambil keputusan. ada yang berjaya dengan cemerlang, ada yang biasa-biasa dan ada juga yang kecundang. biarpun begitu, sy di sini ingin menasihatkan kepada mereka bahawa sesiapa yang berjaya, janganlah anda mendabik dada kerana anda tidak tahu bagaimana kehidupan seterusnya dan kepada yang kecundang, janganlah anda berduka dan berputus asa kerana gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..banyak lagi peluang yang boleh anda gunakan yang penting usaha dengan perbuatan dan berdoa memohon pertolongan.
doa tanpa usaha tidak berguna begitu juga sebaliknya. rezeki Allah itu luas dan ada dimana-mana. hanya kita sebagai manusia yang perlu berfikir dan mencari.
satu statement yang menarik minatku:
"roda dalam politik sekarang sedang berputar slow..kalau dulu UMNO menang 2/3 dari semua kerusi tapi sekarang tidak lagi biarpu mereka menang PRU13"
kita sebagai manusia bukanlah sempurna namun mencuba untuk menjadi sempurna adalah jalan yang terbaaik sebagai usaha..selagi hidup jangan mengalah dengan ujian apatah lagi mengeluh tetapi hadapilah dengan tenang demi mencapai kemanisan mengatasinya di dunia dan di akhirat. Allah adalah tempat sebaik-baik untuk mengadu..wallahualam
Thursday, March 13, 2014
Ujian Allah Mematangkan Manusia
setelah agak lama tidak update blog ini, harini saya tergerak hati untuk membuat satu entry..sebelum itu, adakah kalian mengikuti isu semasa di Malaysia dan juga di luar negara? jika ya, pastinya anda semua mengetahui tentang kejadian 'Kehilangan Pesawat MH370' + jerebu tebal di beberapa kawasan di Malaysia + kemarau + kemunculan bomoh..
setiap perkara yang berlaku keatas manusia ini adaalah pemberian dari Allah..kejadian yang menjadi hangat tatkala ini merupakan antara ujian yang Allah berikan kepada kita semua. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. mungkin Allah ingin hambaNya kembali mengingatiNya setelah ramai yang terleka dan terlalai dek ditenggelamkan dunia yang semakin membangun dengan teknologi. apa yang dapat saya lihat melalui ujian ini, ia menyatu padukan rakyat untuk berganding bahu menghadapi ujian ini dalam pelbagai cara. sebelum ini, ada sesiapa yang terpikir bahawa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan berpecah dek kerana politik mampu bersatu memanjatkan doa dan berusaha membantu serta meringankan beban bagi menghadapi situasi ini? sukar untuk di bayangkan tetapi ini telah berlaku.
tahap kasih sayang Allah kepada hambaNya terlalu agung. manusia ramai yang sedar dan tahu bahawa Allah Maha Berkuasa tetapi seberapa ramai yang hidupnya bergantung kuat pada Allah? fikirkan dan tanyalah diri sendiri.
bagaimana caranya untuk kita menghadapi ujian Allah dengan jayanya ? di sini terdapat 7 langkah:
Pertama, yakinlah bahawa ujian yang datang itu adalah cara Allah menunjukkan rasa cintaNya terhadap hambaNya. Allah memberikan ujian ini adalah untuk mematangkan fikiran manusia dalam menempuhi kehidupan.
Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan semakin banyak ujian Allah terhadap hambaNya, semakin besar dan semakin tinggi rasa cinta Allah terhadap hambaNya yang penting hadapilah dan selesaikan dengan cara yang betul.
Ketiga, yakinlah ujian itu mampu menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan dahulu.
Keempat, berfikiran positif bahawa apa-apa yang berlaku terhadap kita akan mendatangkan kebaikan biarpun kepayahan yang perlu kita tempuh.
Kelima, yakinlah setelah kita ditimpa kesulitan, pasti akan ada kemudahan. contohnya sewaktu di dalam peperiksaan, mahasiswa tetap mampu mengarang jawapan walaupun soalan tersebut amat payah.
Keenam, yakinlah bahawa setiap ujian yang Allah berikan pasti kita mampu hadapi dan menjumpai jalan penyelesaiaannya. Hal ini kerana Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya melebihi batas kemampuan.
Ketujuh, menghadapi ujian dengan tabah, berusaha dengan cara yang betul dan diiringi dengan doa serta tawakal kepadaNya.
oleh itu, lupakan lah tentang bomoh dan perkara khurafat kerana Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya. jangan mengeluh ketika di uji tetapi kekal senyum menghadapi walau pahit. kembali kepada Allah adalah cara yang terbaik. semoga segala ujian yang kita harus tempuhi ini akan mendatangkan beribu kebaikan kepada manusia serta menyatupadukan rakyat negara. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam menghadapi ujian yang telah Kau berikan kepada kami rakyat Malaysia (kehilangan MH370, Jerebu). amin Ya Rabbal 'Alamin.
Monday, March 3, 2014
Suksis usim squad8 ; aku dan perubahan
Tuesday, February 18, 2014
Sahabat Selamanya
Assalamualaikum sahabat sekalian..
Lama juga rasanya aku tak update blog ni..naik bersarang sudah..haha..actually aku busy sikit kebelakangan ni..ada perkara yang memerlukan aku memberi komitmen penuh..nak cerita apa ek ?? Sahabat ?
Okayy, kisah ni bukan sekadar kisah semata tetapi ianya hadir melalui sebuah perjalanan kursus aku bersama rakan seperjuangan..kami telah menghadiri satu kursus yang diberi nama KURSUS ETIKA DAN PENGURUSAN INTEGRITI bersama BTN & SUKSIS..
Di sana kami telah didedahkan dengan pelbagai ilmu. Dan ilmu itu semuanya disampaikan dengan cara yang berbeza. Sungguh aku tak pernah melalui penglaman seperti itu sebelum ini. Semangat kerjasama, setia kawan telah dipupuk sejak awal program lagi. Ujian dan cubaan yang dilakukan segalanya dilakukan berbentuk kumpulan.
Antara program yang mencabar bagi aku dan ahli kumpulan ialah KEMBARA MAUT. Dimana kami diberikan tugasan yang agak berat iaitu dengan mengangkat salah seorang daripada rakan kami yang paling besar sejauh lebih kurang 5km dengan berbekalkan kudrat dan semangat juang kami.
Pada malam itu, kami juga diuji dengan satu spirit yang mana ia membentuk semangat setia kawan dan kasih sayang antara rakan. Sungguh aku sangat terharu dengan pengorbanan mereka semua ingin menyelamatkan rakan2 di rumah sakit dan di penjara. Keringat air mata sahaja lah yang mampu menemani ucapan terima kasih aku kepada mereka semua.
Selesai program bersama BTN, aku dapat menyaksikan bahawa kepercayaan di antara kami semua mula wujud dan semangat persahabatan mula melebar. Pertolongan, perkongsian tidak menjadi masalah lagi bagi kami malahan kami sentiasa siap sedia memberikan pertolongan andai kata ada yang memerlukan. Kawan2 tidak boleh ditukar ganti. Cintai kawan bukan sakiti mereka.
Kenangan yang mampu aku tinggalkan buat mereka ialah:
Dalam diri ini ada hasad dengki,
Nakal, degil dan juga iri hati,
Namun takut juga aku berdiri,
Melontar pandangan ku bersendiri,
Oh lemahnya...diriku,,,
Ku hadiri..
Kem tranformasi..
Meningkatkan fizikal mental diri sendiri,
Walau di caci dan di maki,
Ku tahan diri itu latihan kali ini..
Oooo...ku terima
Ambil semua iktibar
Rakan bersama..
Setia satu hati dan cekalkan diri
Capai semua misi..
Bangun sahabat..
Majukan negara
Jaga nilai dalam diri kita..
Pasti kita akan berjaya..
Percaya sesama sahabat,
Jangan pula tikam mereka,
Aku sayang kamu semua,
Setulus hati bukan hipokrit..
Beretika dan integriti,
Membina diri semangat juang dan menghormati
Cekalkan diri teguhkan hati,
Bersatu padu mempertahankan negara ini
Ooo..rakan semua,
Bangkit kita bersama,
Ambil kesannya,
Tranformasi demi masa depan anak2 kita
Bangun sahabat..
Majukan negara
Jaga nilai dalam diri kita..
Pasti kita akan berjaya..
Percaya sesama sahabat,
Jangan pula tikam mereka,
Aku sayang kamu semua,
Setulus hati bukan hipokrit..
Singer: botak
Saturday, January 18, 2014
Kesinambungan Hari Ini dan Esok
Tuesday, January 7, 2014
Tak Elok Tidur Lepas Subuh
hari ni sy nak kongsikan sedikit ilmu la..bukan nak mengajar tapi nak berkongsi..mungkin ada diantara kali dah tahu tentang perkara ni..tapi apa salahnya kita sebagai manusia yang sering lupa dan melakukan kesilapan menjadi pengingat buat orang lain dan diri kita sendiri.
dialog di pagi hari:
A: amad, jangan tidur lepas subuh laaa
B: alaa, aku nak tidur kejap je..
A: jangan, tak elok la..banyak keburukan
B: apa dia keburukan tu ?
KEBURUKAN TIDUR SELEPAS SUBUH
1. tidak sesuai dengan petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah
2. bukan termasuk akhlak dan amalan dari golongan orang yang soleh dan para ulama' bahkan perbuatan ini dibenci
Para ulama dan orang soleh terdahulu membenci tidur pada waktu ini. Ulama Ibn Qayyim memberi penegasan bahawa tidur pada waktu ini boleh mematikan hati, membuatkan badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga. Jika anda merasakan diri anda mengantuk selepas solat subuh, lakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti beriadah, membaca al-Quran, mengulangkaji pelajaran, dan sebagainya
3. tidak mendapat barokah di dalam waktu dan amalannya
4. menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya
Ibn Qayyim berkata : “Pagi hari umpama hari muda seseorang, manakala waktu malam ibarat hari tuanya. Amalan sesorang pada waktu muda sangat berpengaruh kepada amalan sewaktu tuanya. Jika seseorang sudah bermalas-malas pada pagi hari, maka dia juga akan menjadi malas pada waktu petang dan malam. Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang terlebih tidur akan menyebabkan seseorang akan menjadi cepat letih, malas dan tidak bersemangat. Selain itu, tidur selepas subuh juga akan mendatangkan beberapa jenis penyakit pada badan seperti lemah shawat.
Rasulullah s.a.w melihat Fatimah r.ha. sedang berbaring setelah solat subuh, lalu Baginda bersabda, Maksudnya : “ Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia dia antara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari.” (Riwayat al-Baihaqi). Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa orang yang tidur selepas subuh adalah orang yang berada di kalangan orang-orang lalai. Gunakanlah kesempatan masa yang ada di waktu pagi sebaik-baiknya. Isikan lah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.
Akhir kata, rugilah kita jika pada waktu pagi hanya digunakan untuk menjemput mimpi-mimpi indah dan mengasyikkan.
Wednesday, January 1, 2014
USAHA SEDAYA MAMPU..FIGHTING !
USAHA sangat berkait rapat dengan kejayaan seseorang. Semakin kuat berusaha semakin tinggi kejayaan itu dapat dicapai. Semakin malas berusaha semakin jauh untuk mendapat kejayaan tersebut.
kejayaan bermaksud matlamat anda yang telah tercapai atau yang sudah dapat. Untuk menghasilkan sebuah kejayaan, anda perlu melakukan, atau melaksanakan USAHA atau TINDAKAN ke arah itu.
Sebagai contoh, anda mempunyai matlamat untuk dapat C dalam subjek Matematik. Untuk berjaya mendapat C anda perlu berusahaseperti pelajar yang biasa-biasa buat macam pergi ke kelas, buat assignment, buat latihan yang diberi oleh pensyarah.
Namun jika anda mempunyai matlamat untuk mendapat A dalam subjek Matematik, anda perlu berusaha seperti pelajar yang luar biasa buat macam fokus dalam kelas, buat ulang kaji di rumah, selalu bertanya pensyarah jika tidak faham, assignment dihantar awal, latihan dibuat dengan cepat dan juga mengajar rakan-rakan yang lemah.







