hai kengkawan semua, kali ni aq nak share la sikit ape yang aq tau. .mgkn kadang2 xbole diterima pakai oleh sebahagian orang. .tapi sesape yang nak cuba praktikkan, boleh jek. .dipersilakan. .tidak penah menghalang
aq nak share la sikit pasal sifat marah. .kemarahan adalah salah satu tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan. .reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lain-lain.Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan..
oleh itu, aq ada memberikan sedikit cadangan untuk korang semua bagaimana hendak mengawal kemarahan. .hihi
- 1. Istighfar
- 2. Senyum
- 3. Melihat cermin (masa marah tu, terus tengok cermin. Cantik tak muka masa tu?)
- 4. Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
- 5. Anggap perbuatan dia tidak sengaja dan banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
- 6. Banyak minum air
- 7. Ambil wudhu
- 8. Mengubah Posisi.( Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring)
- 9. Pecahkan rutin harian
- 10. Lepaskan (contoh : senam, riadah,)
- 11. Jaga pemakanan (kebanyakan orang yang suka makan daging merah cepat marah)
- 12. Memaafkan orang lain
- 13. Ingat mati
- 14. Dukung bayi
- 15.Banyakkan berdiam diri
- 16. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur.
that's all..tq :-)


No comments:
Post a Comment