,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Monday, October 29, 2012

bersikap jujurlah !!

Assalamualaikum w.b.t semua
apa khabar anda semua?? harapnya baik2 belaka. .saya di sini baik sahaja. .juz hati jek yang mengalami masalah. .bukan cinta tapi tahap kesabaran, kemarahan, n mungkin kejujuran juga. .

jujur?? kenapa jujur pon jadi masalah?? haa! ni yang nak konsi ni. .jujur ni adalah suatu sikap yang sangat diperlukan dalam kehidupan manusia. .sebagai umat islam, kita hendaklah bersikap jujur dalam kebanyakan perkara. .sebenarnya tidak tertumpu pada mereka yang beragama Islam sahaja. .malah, agama lain juga memntingkan sikap jujur dalam kalangan mereka.


KEJUJURAN adalah tanda bukti keimanan. orang mukmin pasti jujur. kalau tidak jujur, keimanannya sedang diserang penyakit munafik. kejujuran adalah pangkal semua perbuatan baik manusia. tidak ada perbuatan dan ucapan baik kecuali kejujuran. 

Allah ada berfirman di dalam Al-Quran :

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang jujur dan benar. (al-Ahzab: 70)

Rasulullah juga ada bersabda :

“Kamu semua wajib bersikap jujur kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa kepada syurga”. (HR Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Hibban)

namun begitu, ada juga waktu kita sebagai manusia boleh untuk bersikap tidak jujur seperti :

1) Menipu musuh dalam situasi mereka memerangi orang Islam dengan tujuan memesong dan menjebakkan mereka dalam perangkap tipu daya. Keharusan berdusta dalam situasi ini tidaklah termasuk berdusta kepada musuh dalam perjanjian atau jaminan keamanan. Contoh dusta yang harus terhadap musuh adalah sekiranya seseorang Islam ditawan lalu ditanya tentang kedudukan Islam, atau bilangan, atau senjata, atau kelengkapan orang Islam.

2) Seseorang menjadi orang tengah untuk mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah. Kemudian dia mendapati cara yang paling berkesan ialah berdusta mengikut kadar darurat yang diperlukan.

"Bukan seorang pendusta, seseorang yang mendamaikan antara manusia, lalu dia menyuburkan kebaikan atau berkata baik." Riwayat Bukhari dan Muslim.

3) Perbualan lelaki kepada isterinya dan perbualan isteri kepada suaminya yang boleh mempereratkan ikatan harmoni dan kasih sayang mereka. Situasi ini membolehkan sedikit dusta demi memperkukuhkan ikatan keluarga dan menaburkan suasana romantik.

Daripada Asma' bin Yazid, dia berkata: Rasulullah saw bersabda ;"Wahai manusia, apa yang mendorong kamu untuk berterusan berdusta seperti kelkatu berterusan memasuki api. Semua dusta anak Adam haram kecuali dalam tiga sikap iaitu seorang lelaki berdusta terhadap isterinya untuk memuaskan hatinya, seorang lelaki berdusta dalam perang kerana perang adalah tipudaya dan seorang lelaki berdusta kepada dua orang Islam untuk mendamaikan mereka."-Riwaya at-Tarmizi

 so, dalam kehidupan ni banyak liku2 yang perlu kita semua rintangi. .ada kalanya susah. .ada kalanya senang. .dan dalam liku2 tersebut, kita perlu bersama-sama menerapkan sikap kejujuran. .kita kita jujur pada orang dalam pelbagai perkara, semestinya orang akan mempercayai kita. .tetapi jika sekali kita tidak berlaku jujur, kemungkinan besar, tidak akan ada lagi orang yang akan mempercayai kita. .


Jika Anda menanamkan kejujuran, Anda akan menuai kepercayaan.
Jika Anda menanam kebaikan, Anda akan menuai sahabat-sahabat.
Jika Anda menanam kerendahan hati, Anda akan menuai kebesaran.
Jika Anda menanam ketekunan, Anda akan menuai kepuasan.
Jika Anda menanam pertimbangan, Anda akan menuai perspektif.
Jika Anda menanam kerja keras, Anda akan menuai kejayaan.
Jika Anda menanam pengampunan, Anda akan menuai perdamaian.
Jika Anda menanam iman di dalam Kristus, Anda akan menuai tuaian.
Jadi berhati-hatilah dengan apa  yang anda tanam sekarang; hal itu akan menentukan apa yang akan anda tuai kemudian nanti. Dua ribu tahun yang lalu, Paulus menulis kepada jemaah di Galatia kisah yang sama tetapi dengan kata-kata yang lebih singkat, "Apa yang kamu tanam, itulah yang akan kamu tuai." (Gal. 6.7)

Rasulullah saw bersabda: "Kamu hendaklah berlau jujur sekalipun kamu lihat didalamnya kebinasaan. Kerana sesungguhnya terdapat di dalamnya keselamatan"-Riwayat Muslim.


bersama-samalah kita bersikap jujur dalam segenap perkara agar tidak berlaku pertelingkahan malah mendatangkan perdamaian. .semoga kita semua dapat mengamalkan ape yang diperintahkan. .sekian

wassalam

No comments:

Post a Comment