hye kawan2 semua. .aq tak taulah kenapa sejak kebelakangan ni aq rasa rajin jek nak update blog aq ni. .mgkn sbb aq ade idea drpd ape y aq lalui. .sememangnya kehidupan aq tidak begitu indah kerana sering dibelenggu dengan masalah. .
masalah?? mesti aq cerita dekat kawan2 kan?? tak, aq tak cerita dekat kawan2 pon sebab aq tak tahu siapa yang boleh memahami aq. .sebelum ni aq ada seorang bidadari dunia yang sangat memahami aq sehingga lah kami berpisah n dia memilih jalan mencari cinta Allah. .tapi kini??
wahai kawan fahamilah aq. .
Setiap orang perlukan rakan dalam hidupnya. Hidup tanpa rakan dikatakan seperti kera sumbang. Ada rakan yang hanya sebagai kenalan, kita sekadar beberapa kali sahaja bertemu atau bercakap dengannya. Ada rakan yang sekadar sahabat biasa, iaitu seseorang yang kita kenal agak lama seperti rakan sekolah, rakan sekerja, rakan sekampung dan sebagainya tetapi tidaklah akrab dengan mereka. Ada rakan maya, iaitu yang kita kenal melalui laman sembang, internet, telefon dan e-mel. Ada pula rakan karib iaitu seseorang yang kita kenal secara mendalam, tahu hati budinya, tempat kita mengadu dan berbincang, dan orang yang tahu banyak rahsia diri kita.
Apa yang menariknya, ramai orang apabila semakin akrab hubungan persahabatannya maka makin sensitif jadinya. Malah makin kita ambil mudah dalam menjaga hubungan yang terjalin itu dengan alasan rakan sudah memahami kita. Kesilapan ini akan membawa kepada retaknya sebuah persahabatan dan ia perlu di atasi segera.
kat sini aq nak kongsikan la sikit tips macam mane nak jaga persahabatan n mamahami rakan kita tu. .tapi ini cadangan. .jika nak cuba, pakailah. .tak pakai pon xpe. .its okay. .
Fikir Sebelum Berkata
Sewaktu diperingkat awal kita berkenalan dengan seseorang kita sering berfikir terlebih dahulu apa yang mahu dikatakan agar tidak disalah faham, tidak dianggap kasar dan tidak mengguris perasaan orang lain.Jadi untuk menambat hati rakan dalam pergaulan fikirkan perkara berikut sebelum berkata-kata:
Adakah apa yang diperkatakan ini
akan menyinggung perasaannya?
Adakah masa dan tempatnya sesuai?
Apa perkataan-perkataan yang mahu
digunakan?
Apakah yang mahu dikatakan ini
membawa sesuatu kebaikan?
Adakah ia penting?
Bolehkan keadaan rakan
membolehkan dia terima gurauan ini?
Ada atau tidak kemungkinan apa
yang mahu diperkatakan itu akan disalah erti?
Mesra Dalam Berkomunikasi
Kajian menunjukkan 55% komunikasi letaknya pada fisiologi iaitu gaya, gerak badan dan mimik muka, 38% kesan komunikasi letaknya pada nada suara dan hanya 7% sahaja bergantung kepada fakta. so, bagaimana kita sampaikan tu lagi penting drpd apa yang kita sampaikan. Jadi beberapa perkara yang mesti dilakukan agar komunikasi antara kita dan rakan sentiasa mesra ialah:
-
Sampaikan dalam senyuman
-
Mulakan dengan mencari kebaikan kawan
-
Bercakap dengan nada suara yang rendah dan lembut
Hikmah manusia dijadikan dengan dua telinga dan satu mulut ialah agar kita lebih mendengar dari bercakap. Kerapkali kita gagal memahami apa yang dimaksudkan oleh rakan kerana tidak mendengar dengan baik dan ini membuatkan mereka rasa tidak dihargai. Sebagai rakan, kita sering dijadikan tempat untuk mengadu. Oleh itu, peranan kita sebagai pendengar yang baik sangatlah penting. Untuk menjadi pendengar yang baik, lihat matanya ketika dia bercakap, angguk dan iyakan tanda kita mendengar, tidak memotong cakapnya, ulang kata-katanya tanda kita faham, gunakan seni sentuhan sebagai bukti kita ambil berat, dan memberikan pandangan apabila diminta berbuat demikian.amacam?? dapat point??
Memahami Sebelum Difahami
orang lain tidak akan pedulikan nasihat, teguran, pandangan, kata-kata dan idea kita sehinggalah mereka sedar bahawa kita sebenarnya ambil berat tentang dirinya. Sebab itulah penting bagi kita sebagai rakan memahami rakan kita dahulu dan mereka akan ambil langkah yang sama kelak untuk memahami kita pula.
Ingat Tarikh Lahirnya
haa! part ni aq suka. .sebab apa?? orang yang sama kuliah ngan aq jek tau. kalau kita igt bufday kawan kita mereka akan rasa hepy n dihargai. ucapkanlah 'HAPPY BIRTHDAY' padanya. lebih baik jika disertakan dengan hadiah.
Bersedia Memohon Maaf
Kesediaan kita untuk memohon maaf akan mengeratkan lagi perhubungan persahabatan itu. Memohon maaf bukanlah bererti jatuh ego kita sebaliknya ia membuatkan rakan lebih menghormati kita. Lama kelamaan rakan akan sedar bahawa kita adalah orang yang tidak hanya mementingkan perasaan dan diri kita sendiri. Maaf itu pula mestilah disegerakan dan ikhlas datang dari hati. so, lpas mohon maaf tu, lupakan la yang pahit ye!
Berikannya “Surprise”
Semua orang sukakan ‘surprise’ begitu juga rakan kita. Apa salahnya tanpa disangka-sangka kita berikannya hadiah, atau belanjanya makan, atau ajak dia ke tempat yang menarik dan sebagainya. Semua ini dilakukan tanpa kita mengharapkan apa-apa balasan selain dari usaha untuk menambat hati rakan agar persahabatan yang sedia terjalin semakin akrab.
Berikan Ucapan Syabas
Apabila rakan kita mendapat suatu kejayaan atau menerima sesuatu anugerah maka berusahalah untuk menjadi antara orang pertama dan terawal mengucapkan syabas kepadanya. pelbagai cara boleh digunakan.zaman dah majukan?? Jangan pula kita menjadi orang yang cemburu, iri hati n dengki atas kejayaan rakan sbb sikap mcm tu tak membawa sebarang kebaikan dalam persahabat.
Ziarahi Rakan
Ketika inilah rakan memerlukan sahabatnya dan kita perlu ada di sisinya. Berilah bantuan setakat yang terdaya sama ada dari segi sokongan moral, masa, tenaga, wang ringgit, buah fikiran dan sebagainya. Tolong uruskan apa yang patut untuknya agar beban yang dirasakan itu terasa berkurangan. Hari ini hari rakan esok lusa mungkin hari kita pula.
actually, banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk memahami rakan kita n mengharagai rakan kita. .setiap orang didunia sukakan perhatian. so, apa salahnya kita hulurkan perhatian untuk mendapatkan perhatian. betol tak??.
btw, ini adalah cadangan semata-mata, jika rasa boleh diguna pakai, amalkan lah dalam kehidupan agar disenangi oleh orang ramai disekeliling kita. semoga menjadi manusia berguna.
salam ukhwah fillah. .










































