,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Tuesday, January 3, 2012

nak masuk rumah?

MALAM HARI GELAP GELITA,
LAMPU JALAN SEBAGAI PENEMAN,
MEMULAKAN PENULISAN MENCARI IDEA,
UCAPAN SALAM ANA DAHULUKAN.

Assalamualaikum semua..anda semua sehat?!..harapnya sehat InsyaAllah..arini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang boleh kita semua amalkan. Hal ini kerana perkara yang ingin saya bentangkan pada kali ini adalah sesuatu yang selalu kita lakukan. Iaitu berkaitan dengan cara kita memasuki rumah, dorm dan sebagainya.

pelbagai adab yang perlu kita amalkan untuk memelihara adat istiadat dan ada juga yang perlu kita amalkan untuk memelihara agama. anda tahu atau tidak adab berkaitan keduanya yang saya sebutkan tadi?..xtau?..ok..let's me exlain..(ceh!, poyo nak cakap inggeris)

jika amalan yang perlu dilakukan untuk memelihara adat, antaranya basuh kaki sebelum masuk rumah, menyusun kasut atau selipar dll..tetapi, jika amalan yang perlu dilakukan untuk memelihara agama antaranya ialah memberi salam. anda semua tahu x, bahawa memberi salam sebelum masuk ke rumah juga merupakan doa memasuki rumah?..jika tidak tahu, sekarang anda telah tahu..jadi, selepas ini, jika anda semua ingin memasuki rumah, hendaklah melakukan amalan2 yang telah diajarkan oleh keluarga dan perkara yang telah ana sebutkan tadi.

disini saya ingin memberitahu sebuah perkara bahawa pada setiap pintu rumah kita terdapatnya seekor jin yang bernama DAZIM. tugasnya ialah untuk mengencingkan setiap orang yang akan memasuki rumah supaya mereka mempunyai rasa amarah dalam diri sehingga ke suatu tahap yang membolehkan mereka berpecah belah. sebab itu lah jika dirumah, kadang-kala terdapat salah faham dan pergaduhan kecil antara keluarga. samada antara adik-beradik, ibu-bapa, dll. sebagai langkah untuk mengelakkan ia berlaku keatas diri kita, kita hendaklah memberi salam sebelum memasuki rumah. kemudian, membaca selawat sebanyak 3kali dan memasuki rumah dengan langkah kanan. InsyaAllah akan menjadi sesuatu yang terbaik buat diri kita dan keluarga.

semoga sedikit ilmu yang telah saya sampaikan, dapat kita amalkan dalam kehidupan serta sampaikan kepada sahabat dan saudara yang berada disekeliling kita. InsyaAllah kita akan dapat keberkatan atas apa yang kita semua lakukan.

WASSALAM

No comments:

Post a Comment