salam permulaan bicara,
menyusun kata seindah sang kenari,
mencari harta di hulu dan muara,
Assalamualaikum ana memberi.
hye semua!..cuba antum semua lihat tajuk post ni..kenapa ana guna perkataan kirim tu banyak sangat ek..em..menimbulkan kemusykilan dan pelbagai tanda tanya..adakah terdapat maksud yang tersirat disebaliknya?..mari ikuti saya untuk membongkar rahsia ini..
perkara ini sering berlaku dikalangan masyarakat sekeliling kita bahkan diri kita sendiri..iaitu KIRIM SALAM..kenapa mesti nak kirim2?..hal ini sering berlaku jika seseorang ingin menyampaikan salam kepada seseorang yang lain jika berada dalam jarak yang jaoh sehingga tidak dapat bertemu..kirim salam ini mempunyai tujuan utam iaitu sebagai memberitahu bahawa yang mengirim salam masih mengingati mereka yang berada nun jauh disana..
disini ada beberapa situasi yang berlaku dalam adegan mengirim salam..perbezaan antara orang berilmu dengan orang kurang mengetahui kaedah..
situasi 1:
ahmad: Ali!, jangan lupa sampaikan salam aku dekat Abu ye!
ali: Okey2..InsyaAllah
situasi 2:
rahman: Khalid, sampaikan salam aku dekat Jaafar ye, dengan lafaz Assalamualaikum..
khalid: InsyaAllah, akan aku sampaikan..
baiklah, disini terdapat perbezaan antara kedua-dua situasi..perasankan perbezaannya?..ya!..perbezaannya ialah lafaz..kirim salam yang sah adalah jika kita menyebut lafaz salam tersebut seperti situasi 2..mungkin setakat ini antum sudah faham apa yang cuba ana sampaikan. Oleh itu, selepas ini, jika ingin mengirin salam kepada seseorang melalui seseorang, hendaklah kita menyebut lafaz salam tersebut..semoga kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian..
Assalamualaikum..
"sampaikan salam saya kepada ibu bapa kalian ye, dengan lafaz ASSALAMUALAIKUM..hehe",
 
 
 
No comments:
Post a Comment