,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Wednesday, January 4, 2012

berkirim-kirim-kirim-kirim salam..

salam permulaan bicara,
menyusun kata seindah sang kenari,
mencari harta di hulu dan muara,
Assalamualaikum ana memberi.

hye semua!..cuba antum semua lihat tajuk post ni..kenapa ana guna perkataan kirim tu banyak sangat ek..em..menimbulkan kemusykilan dan pelbagai tanda tanya..adakah terdapat maksud yang tersirat disebaliknya?..mari ikuti saya untuk membongkar rahsia ini..

perkara ini sering berlaku dikalangan masyarakat sekeliling kita bahkan diri kita sendiri..iaitu KIRIM SALAM..kenapa mesti nak kirim2?..hal ini sering berlaku jika seseorang ingin menyampaikan salam kepada seseorang yang lain jika berada dalam jarak yang jaoh sehingga tidak dapat bertemu..kirim salam ini mempunyai tujuan utam iaitu sebagai memberitahu bahawa yang mengirim salam masih mengingati mereka yang berada nun jauh disana..

disini ada beberapa situasi yang berlaku dalam adegan mengirim salam..perbezaan antara orang berilmu dengan orang kurang mengetahui kaedah..

situasi 1:

ahmad: Ali!, jangan lupa sampaikan salam aku dekat Abu ye!
ali: Okey2..InsyaAllah

situasi 2:

rahman: Khalid, sampaikan salam aku dekat Jaafar ye, dengan lafaz Assalamualaikum..
khalid: InsyaAllah, akan aku sampaikan..

baiklah, disini terdapat perbezaan antara kedua-dua situasi..perasankan perbezaannya?..ya!..perbezaannya ialah lafaz..kirim salam yang sah adalah jika kita menyebut lafaz salam tersebut seperti situasi 2..mungkin setakat ini antum sudah faham apa yang cuba ana sampaikan. Oleh itu, selepas ini, jika ingin mengirin salam kepada seseorang melalui seseorang, hendaklah kita menyebut lafaz salam tersebut..semoga kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian..

Assalamualaikum..
"sampaikan salam saya kepada ibu bapa kalian ye, dengan lafaz ASSALAMUALAIKUM..hehe",

Tuesday, January 3, 2012

nak masuk rumah?

MALAM HARI GELAP GELITA,
LAMPU JALAN SEBAGAI PENEMAN,
MEMULAKAN PENULISAN MENCARI IDEA,
UCAPAN SALAM ANA DAHULUKAN.

Assalamualaikum semua..anda semua sehat?!..harapnya sehat InsyaAllah..arini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang boleh kita semua amalkan. Hal ini kerana perkara yang ingin saya bentangkan pada kali ini adalah sesuatu yang selalu kita lakukan. Iaitu berkaitan dengan cara kita memasuki rumah, dorm dan sebagainya.

pelbagai adab yang perlu kita amalkan untuk memelihara adat istiadat dan ada juga yang perlu kita amalkan untuk memelihara agama. anda tahu atau tidak adab berkaitan keduanya yang saya sebutkan tadi?..xtau?..ok..let's me exlain..(ceh!, poyo nak cakap inggeris)

jika amalan yang perlu dilakukan untuk memelihara adat, antaranya basuh kaki sebelum masuk rumah, menyusun kasut atau selipar dll..tetapi, jika amalan yang perlu dilakukan untuk memelihara agama antaranya ialah memberi salam. anda semua tahu x, bahawa memberi salam sebelum masuk ke rumah juga merupakan doa memasuki rumah?..jika tidak tahu, sekarang anda telah tahu..jadi, selepas ini, jika anda semua ingin memasuki rumah, hendaklah melakukan amalan2 yang telah diajarkan oleh keluarga dan perkara yang telah ana sebutkan tadi.

disini saya ingin memberitahu sebuah perkara bahawa pada setiap pintu rumah kita terdapatnya seekor jin yang bernama DAZIM. tugasnya ialah untuk mengencingkan setiap orang yang akan memasuki rumah supaya mereka mempunyai rasa amarah dalam diri sehingga ke suatu tahap yang membolehkan mereka berpecah belah. sebab itu lah jika dirumah, kadang-kala terdapat salah faham dan pergaduhan kecil antara keluarga. samada antara adik-beradik, ibu-bapa, dll. sebagai langkah untuk mengelakkan ia berlaku keatas diri kita, kita hendaklah memberi salam sebelum memasuki rumah. kemudian, membaca selawat sebanyak 3kali dan memasuki rumah dengan langkah kanan. InsyaAllah akan menjadi sesuatu yang terbaik buat diri kita dan keluarga.

semoga sedikit ilmu yang telah saya sampaikan, dapat kita amalkan dalam kehidupan serta sampaikan kepada sahabat dan saudara yang berada disekeliling kita. InsyaAllah kita akan dapat keberkatan atas apa yang kita semua lakukan.

WASSALAM

Sunday, January 1, 2012

1 Januari 2012

Assalamualaikum semua..
Apa khabar semua??..sehat?
kalau sehat alhamdulillah..tp kalau tak, banyakkan istighfar k..


akhirnya berpingah jua kita ke tahun baru..tahun ni ana telah berumur 18tahun sekaligus menzahirkan bahawa diriku telah tamat zaman persekolahan..hehe..bebas dari pakaian sekolah n peraturan sekolah..


camne malam tadi?..korg sambut ke??..aq x, coz aq kepenatan la baru balik dari kuala lumpur..huhu..


korg mesti banyak pengalaman n kenangan pada tahun 2011 an?..aq pown banyak antaranya zaman terakhir persekolahan..tp rndu la kat kengkawan..hehe..


selalunyakalau cakap pasal tahun baru ni..orang ramai mesti cakap n bual2 pasal AZAM baru..pe ek azam korang?..kalau aq cam xde azam la..aq tkot xtercapai..tapi pe yang aq tau..aq nak wat satu bende kebaikan ue dangan istiqamah..aq akan usaha dengan sungguh2 sbb aq tau mesti banyak cabaran n halangan dari rakan2, suasana n syaitan..aq arap korang pon dapat capai pe yang korang azamkan untuk tahun 2012..


USAHA TANGGA KEJAYAAN
KITA HANYA MERANCANG TETAPI ALLAH YANG MENGATUR SESUATU
TIADA KEJAYAAN YANG MUSTAHIL BERLAKU JIKA DENGAN USAHA

HAPPY NEW YEAR!!