akan ada di kalangan umat Nabi Muhammad segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran. Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap dalam keadaan itu,,,
indah kalam Rasul Junjungan,
mengajar erti perjuangan,
perlukan keteguhan azam,
Istiqomah, tetap pendirian,
jangan mudah terhalang,
janji Allah pasti datang!
islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya,
Rasul bermadah lagi,
satu janji, satu aspirasi,
islam takkan dapat ditandingi,
cuma yang belum pasti,
adakah kita tinggi peribadi?
untuk memikul amanah suci,
bagi merebut pandangan Ilahi,
sebagai jiiul Quran yang tersendiri.
firman Allah s.w.t:
'Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya), dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini.'
ayat Allah cukup menggetarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
buat hamba-Nya yang bermalas-malasan,
sentiasa mencipta alasan,
liat dengan dakwah dan peningkatan,
mahu diketuk berterusan,
tidak menjadikan penggeraknya iman,
cinta Allah dibuat khayalan,
bimbang kelak diri akan terbuang,
daripada jalan dakwah, penuh ujian,
dibiarkan Allah dengan keasyikan,
tertipu dengan jalan kehancuran!
ketahuilah sahabatku,
Allah memelihara jalan-Nya,
agar disusuri hati yang bersih,
sarat ketakwaan,
merindui wajah-Nya,
jua redhaan,
itulah jiwa insan pejuang.
bimbingilah sahabatku,
daripada memiliki jiwa munafik,
bertopeng ketaatan.
*orang-orang munafik adalah diantara golongan yang tidak mendapat syafaat diakhirat kelak,,,


No comments:
Post a Comment