,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Saturday, November 20, 2010

Dakwah Islamiah

 salam ukhwah,,,

disini sebuah kisah lagi,,,ketika tahun 2009,,datukku telah pergi bersama-sama imam2 dan bilal2 dikampungku untuk menjalankan aktiviti dakwah,,,mereka bergerak menjalankan dakwah dengan satu niat iaitu kerana Allah,,,mereka juga mempunyai tujuan mereka iaitu ingin membawa orang ramai yang berada di sekeliling untuk mengikut ajaran agama dengan sempurna tanpa meninggalkan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang,,,pemergian mereka selama 1minggu dan kawasan sasaran adalah sebanyak dua kampung,,,namun begitu dalam menyampaikan dakwah ini adlah satu kerja yang sukar tetapi kerana agama Allah ini dan kerana ingin menyambung perjuangan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w, mereka terus menguatkan semangat untuk menjalankannya,,,pelbagai tentangan dan cabaran contohnya sperti kematian salah seorang dari mereka ketika berjalan menuju ke suatu tempat,,,selain itu cabaran yang mereka harus tempuhi ialah apabila orang cina yang melihat mereka membantah dengan keras tanpa belas kasihan,,,pernahku baca dalam buku diari datukku,,,datukku menulis,,,

puasku menyeru,
puasku merayu,
jawapanmu tetap yang dulu iaitu "TIDAK",
oh, sukarnya mengajakmu,
namun, kasihku pada saudaraku cukup padu,
lantaran itu,
aku akan terus menyerumu,
pada Yang Satu.
kugenggam kukuh suatu azimat,
"kita hanya penyeru, bukan penghukum"
Ya Allah, kuharap bantuan-Mu mengiringiku.

kata-kata itu membuatku bersemangat untuk menyambung perjuangan Rasulullah untuk menyebarkan agama Allah yang suci ini,,,aq akan lakukan dengan sebaik mungkin untuk menjamin kejayaan agama ini pada masa akan datang terhadap generasi akan datang,,,insyaAllah

seru dan terus menyeru,
itu tugas Rasul-Mu,
akan ku teruskan semampuku,
hingga hujung waktu.

No comments:

Post a Comment