,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Tuesday, November 23, 2010

teka-teki,,,sape betol dpt hadiah,,,,



kita mulakan teka-teki kita dengan ummul furqan,,,Al-Fatihah!

1) Rumah apakah yang gunakan banyak air?

2) Apa yang mahal pada BMW?

3) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?

4) Gajah terbang dengan ape?

5) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?

6) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?

7) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

8) Antara ekor tikus ngan ekor lembu, mane lagi panjang?

9) Tingkap apa kalau kalau dipecahkan keluar orang?

10) Bulan bintang, sape bapak bulan?

11) Kereta apa yang x dipanggil kereta?

12) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?

13) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

14) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?  

15) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?      

16) Air ape yang paling berani?

17)  Binatang ape yang hebat dalam TAEKWONDO?

18) Pintu ape yang di tolak ramai2 pon xboleh bukak?

19) Binatang ape yang seluruh anggota badannya ada di kepala?

20) Ahmad ada kebun, dia mahu tanam pokok pinang dan pokok pisang. bagi merialisasikan impiannya, Ahmad tanama separuh pinang dan separuh pokok pisang. pokok yang mane tumbuh lebih awal? 


*jawab ye soklan ni,,,huhu,,,sape dpt jwb sume dgn btol dlm satu mse,,,aq akn bg hadiah,,,huhu,,,time nek skola rr,,,, 
 

Sunday, November 21, 2010

Saturday, November 20, 2010

cinta dan fitrah

salam pembuka bicara

setiap manusia mempunyai fitrah iaitu perasaan cinta, takut, sayang, sedih, suka, dan bermacam-macam lagi perasaan yang ada pada setiap insan. Namun tidak semestinya setiap fitrah tersebut baik dengan diri kita. Tidak semestinya juga, setiap perasaan itu memberi manfaat yang baik kepada sesetengah individu,,,,

CINTA,,,cinta merupakan perasaan yang sentiasa meracuni kehidupan remaja yang tidak mampu sedar akan dirinya yang diselubungi dengan dunia khayalan,,,perasaa cinta mampu membuat seseorang bahagia pabila ia berputik dengan mekar namun perasaan cinta ini juga mampu membuat seseorang menderita kerana permainan cinta duniawi,,,,

hati itu fitrahnya putih nan bersih,
kan hitan ternoda lantaran dosa,
kikislah aibnya agar kembali jernih,
pertahankan kesuciannya dalam HALAQOH CINTA.

di sinilah aku menyahut kalam-Mu Ya Allah,
'dan berila mereka pelajaran dan katakanlah
kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.'
(an-nisa':63)

 'cintakan bunga, akan layu,
cintakan manusia, akan mati,
cintakan Allah kekal abadi,
itulah cinta yang hakiki.'

bersamalah mencari cinta-Nya,
moga halaqoh ini menusuk jiwa,
memandu islah sentiasa.


puisi PENCARIAN

,,,,salam ukwah,,,,

puas sudah,
kucari kebahagian,
di sisi teman-teman,
kudapat hanya kelalaian,

ku cari lagi,
di hati seorang kekasih,
kudapat hanya kekecewaan,
dan ku terus mencari,
dalam meniti hari,
penuh kekosongan,,,

oh, di mana lagi harus ku mencari,
membawa sekeping hati,
yang sarat kerinduan,
rindu yang tiada haluan,
aku keliru sendiri,
apa yang kucari?
apa yang kuperlukan?
aku masih tak bisa mengerti,
yang pasti,
kekosongan hati ini minta diisi.

sejenak ku tersedar,
aku mencari cinta agung,
buat jiwaku yang merindukan,
hakikat kebenaran,
cahaya yang membelah kegelapan,
melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

ku sedar,
destinasi pencarianku di sini,
ku mencari-Mu Tuhan,
mengharap keredhaan,
menagih kebahagiaan,
dari sinar cahaya iman

by afiq

di Atas Jalan Allah


Salam hormat,,,

akan ada di kalangan umat Nabi Muhammad segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran. Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap dalam keadaan itu,,,

indah kalam Rasul Junjungan,
mengajar erti perjuangan,
perlukan keteguhan azam,
Istiqomah, tetap pendirian,
jangan mudah terhalang,
janji Allah pasti datang!
islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya,
Rasul bermadah lagi,
satu janji, satu aspirasi,
islam takkan dapat ditandingi,
cuma yang belum pasti,
adakah kita tinggi peribadi?
untuk memikul amanah suci,
bagi merebut pandangan Ilahi,
sebagai jiiul Quran yang tersendiri.

firman Allah s.w.t:
'Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya), dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini.'

ayat Allah cukup menggetarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
buat hamba-Nya yang bermalas-malasan,
sentiasa mencipta alasan,
liat dengan dakwah dan peningkatan,
mahu diketuk berterusan,
tidak menjadikan penggeraknya iman,
cinta Allah dibuat khayalan,
bimbang kelak diri akan terbuang,
daripada jalan dakwah, penuh ujian,
dibiarkan Allah dengan keasyikan,
tertipu dengan jalan kehancuran!

ketahuilah sahabatku,
Allah memelihara jalan-Nya,
agar disusuri hati yang bersih,
sarat ketakwaan,
merindui wajah-Nya,
jua redhaan,
itulah jiwa insan pejuang.
bimbingilah sahabatku,
daripada memiliki jiwa munafik,
bertopeng ketaatan.

*orang-orang munafik adalah diantara golongan yang tidak mendapat syafaat diakhirat kelak,,, 


Dakwah Islamiah

 salam ukhwah,,,

disini sebuah kisah lagi,,,ketika tahun 2009,,datukku telah pergi bersama-sama imam2 dan bilal2 dikampungku untuk menjalankan aktiviti dakwah,,,mereka bergerak menjalankan dakwah dengan satu niat iaitu kerana Allah,,,mereka juga mempunyai tujuan mereka iaitu ingin membawa orang ramai yang berada di sekeliling untuk mengikut ajaran agama dengan sempurna tanpa meninggalkan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang,,,pemergian mereka selama 1minggu dan kawasan sasaran adalah sebanyak dua kampung,,,namun begitu dalam menyampaikan dakwah ini adlah satu kerja yang sukar tetapi kerana agama Allah ini dan kerana ingin menyambung perjuangan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w, mereka terus menguatkan semangat untuk menjalankannya,,,pelbagai tentangan dan cabaran contohnya sperti kematian salah seorang dari mereka ketika berjalan menuju ke suatu tempat,,,selain itu cabaran yang mereka harus tempuhi ialah apabila orang cina yang melihat mereka membantah dengan keras tanpa belas kasihan,,,pernahku baca dalam buku diari datukku,,,datukku menulis,,,

puasku menyeru,
puasku merayu,
jawapanmu tetap yang dulu iaitu "TIDAK",
oh, sukarnya mengajakmu,
namun, kasihku pada saudaraku cukup padu,
lantaran itu,
aku akan terus menyerumu,
pada Yang Satu.
kugenggam kukuh suatu azimat,
"kita hanya penyeru, bukan penghukum"
Ya Allah, kuharap bantuan-Mu mengiringiku.

kata-kata itu membuatku bersemangat untuk menyambung perjuangan Rasulullah untuk menyebarkan agama Allah yang suci ini,,,aq akan lakukan dengan sebaik mungkin untuk menjamin kejayaan agama ini pada masa akan datang terhadap generasi akan datang,,,insyaAllah

seru dan terus menyeru,
itu tugas Rasul-Mu,
akan ku teruskan semampuku,
hingga hujung waktu.

Tuesday, November 16, 2010

tanggungjawab

salam,,,
fuhh,,,sngguh xsangka aq bile dpt satu jawatan yang mencabar dan menguji thap kesabaran aq,,,iaitu PENGAWAS,,,pada asalnya aq adalah seorang AHLI LEMBAGA KOPERASI namun aq dikira lebih kurang naik pangkat rr,,,huhu,,,tugas ni adalah satu tugas yang mungkin mampu membuat diriku berdisiplin,,,aq tau ini sesuatu yang mengejutkan aq,,,tp aq akn cube tuk lakukan dengan segala kudratku melaksanakan tugas ni dengan penuh adil dan saksama,,,dan aq dapat rasakan yang tugasku paling mencabar dan sukar kerana tugasku ialah menerapkan iman dan islam yang sebenar dan diri setiap pelajar iaitu EXCO KEROHANIAN,,,,namun begitu aq bersyukur kerana diberikan gandingan dengan rakan ku yang jauh lebih hebat dari diriku iaitu ABU TOALIB,,,Alhamdulillah!,,,walaubagaimanapun aq perlu mengubah diriku menjadi seorang yang terbaik agar boleh menjadi contoh kepada pelajar-pelajar SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN JOHOR, KLUANG,,,semoga berjaya tuk diriku,,,,

DULU DISINI!  
KEADAANKU SEKARANG

INSYAALLAH JADI YANG INI
AMIN,,,,