,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Wednesday, August 1, 2012

kehilangan sesuatu yang berharga

assalamualaikum. .
selamat sejahtera ye semua. .hari dah masok malam ke 14 ramadhan. .menandakan hanya tinggal setengah bulan sahaja untuk kita bersama bulan yang penuh dengan barakah ini. .so, jgn sia-siakan masa yang ada dengan benda yang sia-sia. .



arini aq dapat merasakan bahawa arini ialah hari yang paling muram dan penuh dengan kesedihan tetapi hanya di dalam hati sahaja. .kenapa??. .jawapan adalah tajuk di atas. .aq telah kehilangan sesuatu yang amat berharga. .dan dalam masa yang singkat, aq akan kehilangannya lagi. .benda ni amat berharga dan bermakana bagi aq. .benda ni ialah SAHABAT. .


sebelum ini aq telah kehilangan seorang sahabat yang sangat aq sayangi. .aq sangat rapat dengannya sejak dari sekolah menengah aq sentiasa bersamanya walau dalam apa jua pekerjaan sehingga aq ke MAAHAD JOHOR dan seterusnya ke USIM. .masalah, cerita, rahsia kami berkongsi bersama atas tujuan meringankan beban antara kami secara bekerjasama. .ia nampak lebih mudah di aplikasikan. .beliau adalah Muhammad Irsyad Atif bin Burhanuddin. .beliau telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. .Innalillah. .AKU TELAH KEHILANGAN SESUATU YANG BERHARGA. .aq sayang dia dan aq rindu dia. .aq amat sedih atas pemergiannya kerana tatkala beliau menghembuskan nafas yang terakhir aq tiada di sisinya kerana aq sedang berada di Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah, ,aq hanya mampu menitipkan doa kepada buatnya dari sana. .Alhamdulillah, aq juga sempat menghadiahkan ibadah umrah buatnya. .semoga diterima dan Allah rahmati kehidupannya. .

icad



kini aq berada di USIM tanpa bersama arwah. .namun setelah aq berkawan dengan sahabat-sahabat di sini, mereka semua boleh dijadikan rakan yang baik dalam pelbagai perkara. .dan di sini juga lah aq dapat mengenal seorang yang baik dengan diriku. .kami bersama walau kemana jua. .kami berkongsi cerita dan masalah. .rahsia juga tidak terlepas untuk dikongsikan antara kami berdua. .semakin masa menelan waktu, aq sudah mula menganggap dye adalah orang yang terbaik untuk menjadi pengganti kepada arwah Irsyad Atif. .tetapi itu semua hanyalah hayalan nyata kerana beliau juga akan pergi meninggalkan aq disini bersendirian. .AKU AKAN KEHILANGAN SESUATU YANG BERHARGA. .orang yang aq maksudkan di sini ialah Ahmad Basyir bin Rusli. .tidak mengapalah. .beliau pergi untuk melanjutkan pelajarannya di Jordan. .semoga pembelajarannya mudah dan sentiasa dibawah Payung Allah. .InsyaAllah. .

amak



Sunday, July 29, 2012

sedekah

Assalamualaikum...
bismillah pembuka bicara, harap semua dalam keadaan baik belaka..banyak bende yang bole kita semua dpt dalam bulan yang barakah ni kan?. .amalan wajib payah cerita la. .mmg kene buat. .yang hendak di highlightkn di sini ialah amalan sunat. .korg mesti tau kan setiap amalan sunat yang dilakukan dalam bulan ramadhan ni pahala akan digandakan kepada pahala ibadah wajib pada hari biasa. .



ok la. .kat sini aq juz nk highlight satu amalan sunat yang memang susah nk lihat. .amalan tersebut ialah SEDEKAH. .kenapa aq kata susah nk lihat??. .haaa. .sebenarnya maksud susah kat sini bukan xramai yang sedekah. .tetapi susah kat sini bermaksud mereka yang bersedekah kebiasaannya akan sembunyi2. .dyorg xkn menunjuk. .btol x??






haha. .sedekah ni sememangnya satu amalan yang sukar hendak dilakukan oleh sesiapa pun walawpun seseorang tu banyak duit. .kat sini aq nak bawak satu kisah tentang sedekah. .kisah ni berlaku pada suatu zaman dahulu. .


pada malam hari, sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan. .tiba-tiba, pintu rumah mereka diketuk. .si isteri pun pergi mendapatkan pintu dan membukanya. .dia dapati seorang lelaki pengemis meminta makanan darinya walaupun seketul daging. .si isteri yang taat ini mendapatkan suaminya untuk meminta izin untuk memberikan sedikit makanan kepada pengemis tersebut. .tetapi si suami dengan angkuh berkata "kamu tutup sahaja pintu tu, jangan berikan dia apa-apa". .


selepas dari peristiwa itu, hidup mereka sekeluarga menjadi goyah. .ekonomi keluarga semakin merundum. .pekerjaan si suami muflis dan mereka sering bergaduh tanpa sebab yang penting. .dan akhirnya pasangan suami isteri tersebut berpisah. .si suami tidak kelihatan lagi selepas penceraian berlaku. .


tidak lama kemudian, si isteri tersebut berjumpa dengan seorang lelaki dan lelaki lelaki tersebut telah terpikat kepada perempuan tersebut. .akhirnya si isteri tadi berkahwin dengan lelaki yang dijumpainya tersebut selepas persetujuan mereka bersama. .kehidupan mereka sangat mewah dan senang. .tiada yang kurang. .malah bahagia sentiasa meliputi kehidupan mereka. .


di pendekkan cerita, pada suatu malam, ketika mereka sedang enak menikmati hidangan malam..tiba-tiba, pintu rumah mereka diketuk menandakan datang seseorang ke rumah mereka. .si isteri tanpa berlengah pergi mendapatkan siapa yang datang. .beberapa ketika kemudian, si isteri masuk semula dan meminta kebenaran daripada suaminya untuk memberikan makanan kepada seseorang yang datang meminta makanan kerana kelaparan. .si suami dengan lapang dada menyuruh isterinya mengambil makanan yang secukupnya untuk mengenyangkan lelaki tersebut. .si isteri menurut perintah dan tengkas memberi kepada lelaki yang di luar tersebut. .


setelah selesai, si isteri masok semula ke dalam rumah dengan membawa pinggan yang kosong tetapi dalam keadaan sedang menangis teresak-esak. .si suami pelik lalu bertanya "mengapa kamu menangis wahai isteriku?"..si isteri bertanya semula.."adakah kamu tahu siapa yang datang meminta makanan sebentar tadi?". .si suami menggeleng tanda tidak tahu. .maka si isteri memberitahu bahwa lelaki tersebut ialah bekas suaminya dahulu yang kedekut dan bertindak kejam tatkala seorang pengemis meminta sedekah kepada mereka dahulu. .seraya itu, si suami bersuara kepada isterinya "tidakkah kamu tahu bahawa lelaki yang meminta makanan pada malam itu adalah aku?". .si isteri terdiam seribu bahasa. .


baik la. .ape yang ingin aq sampaikan sebenarnya kat sini?. .sedekah ni bukan sahaja amalan yang mulia. .tetapi sedekah mampu mengekalkan rezaki seseorang bahkan Allah akan menambahkan sebagai ganjaran membantu sahabatnya yang dalam kesusahan. .

'tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah'
'tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima'



pelbagai manfaat yang yang bole kita dapat daripada amalan bersedekah ni. .kebaikan lebih banyak daripada kemudaratan. .

  


oleh itu, marilah sesama kita semua bersedekah untuk menambah pahala kita lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ni. .semoga setiap apa yang kita sedekahkan akan memberi kebaikan kepada diri kita semula dan membantu mereka yan memerlukan. .sedekah bukan mengurangkan harta, tetapi sedekah menambahkan rezeki dan keredhaan Allah kepada seseorang. .




selamat beramal ya kawan~


Wassalam....

sedikit ketenangan


Bismillah. .
apa khabar kawan2??. .harap semua sihat dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya ya. .

pada hari yang mulia ni, aq nk syorkn kita semua agar sentiasa menambahkan amalan kita agar peluang yang tidak selalu ada akan terlepas begitu sahaja. .

kembali pada tajuk. .sememangnya aq rasa tenang sedikit sekarang ni. .kerana sedikit demi sedikit tekanan yang aq tahan selama ini mula surut. .baiklah. .aq sebenarnya baru sahaja tamat peperiksaan MID TERM TEST. .peperiksaan tu berlangsung pada 26 dan 27 Julai. .xperlu la aq nak cerita bagaimana keadaan aq sepanjang peperiksaan tu. .korg semua mesti tau punya bagaimana keadaan seseorang tu jika tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan. .hahahax



 syahmi n aque



sesuatu yang menambahkan kelegaan pada diriku ialah peperiksaan yang menjadi penentu samada aq layak untuk meneruskan pembelajaran aq dalam bidang undang-undang atau tidak. .iaitu Malaysian University English Test(MUET). .peperiksaan ini berlang pada hari sabtu bersamaan 28 Julai. .klw yg ni aq bole cerita sebab aq nk kata mudah, xla mudah sgt. .nk kata susah pon xtau nk ckp cm ne. .yang penting aq bole jwb la. .dalam 3 paper y aq amek tu, writing adalah paper yang sangat aq ragukn. .xtau la knpe. .tp mmg writing yang buat aq rsw. .



pape pown semua telah berlalu..dan kini aq rasa kurang sedikit tekanan yang datang dalam diri aq. .semoga tiap yang aq hadapi akan aq kecapi kejayaan di sebaliknya..InsyaAllah. .
dadaa~. .Wassalam


 rakan2 seperjuangan MUET

 aque n AQID

 slip MUET