,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Wednesday, August 1, 2012

kehilangan sesuatu yang berharga

assalamualaikum. .
selamat sejahtera ye semua. .hari dah masok malam ke 14 ramadhan. .menandakan hanya tinggal setengah bulan sahaja untuk kita bersama bulan yang penuh dengan barakah ini. .so, jgn sia-siakan masa yang ada dengan benda yang sia-sia. .



arini aq dapat merasakan bahawa arini ialah hari yang paling muram dan penuh dengan kesedihan tetapi hanya di dalam hati sahaja. .kenapa??. .jawapan adalah tajuk di atas. .aq telah kehilangan sesuatu yang amat berharga. .dan dalam masa yang singkat, aq akan kehilangannya lagi. .benda ni amat berharga dan bermakana bagi aq. .benda ni ialah SAHABAT. .


sebelum ini aq telah kehilangan seorang sahabat yang sangat aq sayangi. .aq sangat rapat dengannya sejak dari sekolah menengah aq sentiasa bersamanya walau dalam apa jua pekerjaan sehingga aq ke MAAHAD JOHOR dan seterusnya ke USIM. .masalah, cerita, rahsia kami berkongsi bersama atas tujuan meringankan beban antara kami secara bekerjasama. .ia nampak lebih mudah di aplikasikan. .beliau adalah Muhammad Irsyad Atif bin Burhanuddin. .beliau telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. .Innalillah. .AKU TELAH KEHILANGAN SESUATU YANG BERHARGA. .aq sayang dia dan aq rindu dia. .aq amat sedih atas pemergiannya kerana tatkala beliau menghembuskan nafas yang terakhir aq tiada di sisinya kerana aq sedang berada di Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah, ,aq hanya mampu menitipkan doa kepada buatnya dari sana. .Alhamdulillah, aq juga sempat menghadiahkan ibadah umrah buatnya. .semoga diterima dan Allah rahmati kehidupannya. .

icad



kini aq berada di USIM tanpa bersama arwah. .namun setelah aq berkawan dengan sahabat-sahabat di sini, mereka semua boleh dijadikan rakan yang baik dalam pelbagai perkara. .dan di sini juga lah aq dapat mengenal seorang yang baik dengan diriku. .kami bersama walau kemana jua. .kami berkongsi cerita dan masalah. .rahsia juga tidak terlepas untuk dikongsikan antara kami berdua. .semakin masa menelan waktu, aq sudah mula menganggap dye adalah orang yang terbaik untuk menjadi pengganti kepada arwah Irsyad Atif. .tetapi itu semua hanyalah hayalan nyata kerana beliau juga akan pergi meninggalkan aq disini bersendirian. .AKU AKAN KEHILANGAN SESUATU YANG BERHARGA. .orang yang aq maksudkan di sini ialah Ahmad Basyir bin Rusli. .tidak mengapalah. .beliau pergi untuk melanjutkan pelajarannya di Jordan. .semoga pembelajarannya mudah dan sentiasa dibawah Payung Allah. .InsyaAllah. .

amak



2 comments:

  1. sengaja Allah aturkan kehidupan kita dalam kegembiraan kesedihan,
    supaya kita tahu sebenarnya kita ini hanya manusia,yang lemah tidak terdaya,
    sedangkan perancangan Allah adalah segala-galanya.
    agar kita tahu sebenarnya Allah teman setia kita..
    jemput baca..artikel di blog ana.

    http://mukminsiber.blogspot.com/2012/05/allah-teman-setia-kita.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. . .tnx atas nasihat dan perkongsian. .diri ini akn cube untuk mengubah persepsi dan pmikirn kearah lbih psitif?

      Delete