,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Sunday, October 18, 2015

AKU BERTANDING?

Assalamualaikum w.b.t

lama sudah rasanya aku tinggalkan dunia penceritaan kisah sendiri di alam maya ni. sehinggakan aku terasa teramat rindu untuk melakar coretan di sini. dan harini aku diberikan peluang untuk terus membuat coretan memulakan semula penulisan yang tidak lah seberapa baik tetapi tetap memberikan kepuasan kepada diri sendiri yang sememangnya suka mengarang karangan.

pada entri kali ini aku ingin menceritakan sedikit pengalaman dan perjalanan yang aku pilih untuk aku lalui tidak lama lagi iaitu esok hari (19/10/2015)

AKU BERTANDING??

ya, aku bertanding tetapi dalam kejohanan apa? balapan? bola sepak? taekwondo? hee.. semua jawapan tersebut salah. aku kini telah cuba untuk bertanding merebut kerusi dan menceburkan diri dalam dunia pengurusan dan politik walaupun bukan lah politik yang besar seperti yang semua sedia maklum di dunia luar.

aku kini bertanding merebut tempat daripada enam kerusi yang dipertandingkan bagi mengisi kekosongan yang di tinggalkan oleh SLC. untuk pengetahuan, SLC ni adalah satu badan kepimpinan yang mewakili suara dan pengurusan bagi pelajar-pelajar Fakulti Syariah Undang-undang, USIM.

bagaimana aku boleh menterjebakkan diri? pada asalnya aku bukan seorang yang teringin untuk bertanding, ceritanya bermula di sini. pada satu petang, salah seorang ahli SLC y latest telah datang ke rumah untuk memujuk salah seorang rakan aku untuk menyertai pilihan raya ini, namun beliau menolak dan dalam usahanya menolak, beliau telah memetik nama aku untuk menyertai pilihanraya fakulti tersebut. dari situ lah aku mula menjadi salah seorang calon yang akan bertanding bagi kerusi SLC.

esok merupakan hari pengundian dan pada sebelah petang akan keluar keputusan dari undian yang dilakukan. aku tidak mengharapkan kemenangan pada awalnya tetapi dengan mengenangkan nasib diri sendiri dan keluhan rakan-rakan, aku kini bertekad untuk menjadi salah seorang yang akan menduduki kerusi yang dipertandingkan sekaligus melaksanakan manifesto yang telah aku bentangkan pada khalayak ramai. manifesto tersebut ialah:

  1. aku akan berusaha dengan daya usaha aku bersama kepimpinan akan datang atau dengan cara aku sendiri untuk mewujudkan mesin fotostat sekurang-kurangnya sebuah bagi memudahkan para pelajar fsu.
  2. aku akan berusaha dengan perkara yang telah aku rancangkan untuk organisasi ocss sebelum ini iaitu mewujudkan satu pasukan prebet yang akan bergerak mejoritinya pada waktu pembelajaran dan pengajaran di fakulti yang mana pada waktu tersebut tidak ada pergerakan bas dari kolej kediaman mahupun prgerakan dalam kampus.


dengan manifesto yang tidak seberapa ini aku harapkan mereka mampu membeerikan mandat kepada aku untuk menerajui tampuk kepimpinan tersebut demi kemaslahatan para pelajar FSU sendiri. debaran kini aku rasakan dengan kempen yang tidak seberapa tetapi keinginan akan kejayaan menggunung tinggi.

dengan masa berbaki kini aku  ingin menyeru kepada mereka yang berkelayakan untuk mengundi memilih MT SLC pada esok hari, sila lah turun mengundi dan pilihlah calon yang berkelayakan bukan semata-mata kerana mereka rakan anda. saya MOHD ADZIMUDIN AFIQ BIN HISHAMUDIN, calon no 5, jika anda percaya dengan kredibiliti saya, undilah saya!



tawakal ini bukan sebarang tawakal tetapi tawakal dengan usaha menjamin pendapatan lumayan.

sekian, wassalam.

5 comments:

  1. Nice! Tp instead of prebet, mohon d suarakn perihal jadual bas usim.. jd cam sblm ni, ad pgi, t. Hari, ptg n mlm.. insyaallah tu sngt mmbntu pljar luar kmpus.. just opinion, peacenowar.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually, kenapa saya menaikkan idea prebet sebab saya tahu isu bas ni takkan ada kesudahan melainkan pihak pemandu bas sendiri sedar akan tugas mereka..so, ini adalah inisiatif saya dengan harapan akan ada hasil serta kelancaran bukan sekadar janji tapi takde hasil..terima kasih atas pandangan tersebut

      Delete
    2. Alhamdulillah, bgus niat anda.. sya pn x suka dgn mreka2 yg skadar mnabur janji ni.. mngenai isu bas ni, mcm kta, mrk (pmandu2 bas) ni jga ada ktua.. saya pasti mrk hny mnjlnkn tugas sprt yg d arahkn.. n stahu sya (sbb sya pngguna tegar bas usim) mlalui rakan rmh sya yg bkerja d hep, bhagian bas usim ni jga sllu brmesyuat mngenai isu bas ni, dn jadual akn sring brubah bila mna ada pihak dri student yg tdk brpuas hati.. sbb tu kot isu bas ni tdk brkesudahan.. dn hrpnya ad pihak yg bleh mmbntu. Bab tuk smpai ke mpp mlalui slc kn? :)

      Delete
    3. Betulkn klo sya trsilap :)

      Delete
    4. ye, mmg btul apa y diperkatakan tu..dan kerana sbb itu, idea ini sy keutarakan sbgi inisiatif untuk mempermudahkn pergerkn para pljr terutama skli ketika waktu bas tidak bergeraak spt jam 10am-12 dan lain masalah y seumpama itu..dlm masa sama semestinya permslhn bas itu diperjuangkn..ye melalui slc bole, secara direct pn bole..time kasih atas pandangan

      Delete