,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Saturday, August 4, 2012

meronda dan melontar


apa khabar kamu semua hari ni??. .harapnya baik selalu. .amacam ngan ibadah korang semua dalam bulan ramadhan ni??. .sesama la kita semua doa agar Dia memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda melebihi apa yang telah dijanjikan oleh-Nya di bulan yang barakah ni. .


kembali pada tajuk yang telah aq reka, di sini aq hanya ingin berkongsi berkaitan perjalanan hidupku pada hari ini iaitu 4 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan. .apa yang nak dikongsi tu ye??. .haha. .ceritanya bermula di sini. .


Jam 2.15
telefon samsung GT-E 1080 aq berbunyi menandakan ada seseorang menanti dihujung talian. .bila dilihat pada skrin, tertera nama USIM SYAHMI. .aq menjawab panggilan dan beliau berkata bahawa Pak Rasid suruh turun cpat. .aq pon turun dengan pantas, berlari seperti kijang, melompat seperti citah, berkejar seperti beruang untuk turun ke bawah dengan meninggalkan 2 orang lagi sahabatku di rumah. .sesampai sahaja aq di bawah, ternyata aq telah tertipu dengan statement syahmi. .pak rasyid belom sampai lagi la. .


Jam 2.20
pak jo tiba menggantikan pak rasid dengan pemanduan yang mantap berkenderaan taxi merah. .tetapi ketika itu aisar n mat nasuha yang turut menaiki taxi tersebut bersama kami belum turun kebawah. .jadi kami berdua terpaksa melambatkan dan memikir helah untuk membuat pak jo menunggu beberapa ketika. .tidak lama kemudian, aisar n mat pon tibe..


Jam 2.30
kami tiba di KTM Batang Benar. .di sini kami berpecah menjadi dua haluan. .aq, syahmi n aisar akan ke seremban untuk meneruskan perancangan..manakala mat nasuha akan ke rawang untuk pulang ke rumah abangnya


Jam 3.00
aq, syahmi n aisar tiba di seremban. .selepas melalui kawalan keselamatan, kami tertanya ke manakan kami hendak pergi terlebih dahulu. .sebelum tu, tujuan kami adalah untuk berjalan n buka di luar. .kami masok ke dlam Seremban Parade. .di situ kami mencari sesuatu yang sangat penting iaitu ATM. .hahahx. .aq pergi atas satu tujuan untuk beli baju, aisar pula untuk mencari seluar dan syahmi pula hanya ikot sahaja sebelum berbuka. .setelah diamati, ternyata di situ tiada yang istimewa. .maka dengan pantas dan efisyen kami pergi bertukar arah ke terminal 1 complex. .di sana terdapat banyak pilihan. .sehinggakan kami rambang mata untuk membeli. .kalo bole, aq mmg nak beli semua benda yang aq da pgang. .hahha. .di sebabkan itu, syahmi telah mengalami sakit kepala. ,hahax. .kami berjalan. .nampaknya kami tidak mampu mengawal diri di situ. .apa yang telah di rancang untuk diri sebelum ini telah menjadi kenangan. .syahmi yang tidak mahu membeli apa2 telah menjadi seorang yang beraya sakan. .begitu juga aisar. .tetapi aq tidak kerana aq hanya membeli 2 helai baju. .tidak sama dengan mereka yang lengkap baju dan seluar. .




aq telah habis melontar sebanyak rm50 untuk pakaian n rm17 untuk makanan berbuka. .syahmi telah melontar sebanyak rm40 n makanan berbuka sebanyak rm15 dan aisar telah memecahkan rekod kerana berjaya melontar sebanyak rm110 untuk pakaian n rm15 untuk juadah berbuka puasa. .hahahax. .kami telah berbuka di kerusi yang tersedia di level3 bersama Mac Donald di Seremban Parade. .




banyak perkara yang telah kami berkongsi bersama. .aq, syahmi n aisar berjaya MERONDA DAN MELONTAR. .seronok bebenor. .tapi penat MasyaAllah. .


Jam 8.26
kami berlari anak untuk memasuki KTM di Seremban. .kami berjaya memasukinya dan berjalan menuju ke KTM Batang Benar. .


Jam 8.55
tiba di KTM Batang Benar. .mengambil taxi untuk pulang ke KKNC


Jam 9.05
tiba di KKNC. .ketika itu rakan2 yang berada di KKNC sedang mengaminkan doa daripada seorang imam menandakan baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Isyak. .kami cuak+seram+xtahu nak buat apa. .so, kami dduk di kerusi batu..hahax. .


akhirnya kami lepak di rumah ku iaitu G3-7 sehingga sekarang. .mereka ada bersamaku sekarang. .kuang3


k, la. .turu meneh. .capek deyh. .ngorok kuat ni. .salam

Thursday, August 2, 2012

mana lagi berharga?

Assalamualaikum sahabat2. .
sedang buat apa tu??. .da mula siap-siap nak sambut hari raya ke??. .haha. .its too early la. .xpe. .semoga bulan ramadhan ni dapat menambahkan kebaikan dalam diri kita. .lakukanlah sesuatu dengan istiqamah kerana perkara istiqamah akan memberikan bantuan kepada kita di akhirat kelak. .insyAllah. .



baiklah kawan-kawan, aq nak cerita sebuah kisah yang telah berlaku pada diriku sendiri. .kisahnya bermula......

pada suatu pagi yang hening dengan cuaca yang cerah dihiasi angin-angin yang sepoi bahasa, aq ketika itu sedang berada di dalam sebuah bilik kuliah bersama 78 orang pelajar lagi untuk menduduki quiz bhsa arab. .keadaan di bilik itu sangat dingin dek cengkaman air-cond yang sentiasa berkerja tanpa henti. .ketika itu aku sedang bermain dengan perasaanku sendiri. .aq sendiri tak tahu kenapa. .yang pasti aq akan kehilangan seorang kawan yang telah mula aq sayangi walaupun bru sbntar mengenalinya. .


aq telah menyediakan sesuatu untuk diberikan kepada beliau. .bg aq ia amat berharga kerana aq telah menyediakan dengan hati y ikhlas serta tujuan aq ialah untuk menjadikan peringatan buat dye kepada ku. .setelah aq memberikan kepadanya. .beliau berkata "ini jek??. .bg la yang merah. hihi". .aq pon berkata. ."klw aq bg yang merah tu skrg n aq amek biru tu semula, mane lg bharga??". .dengan selamba beliau berkata. ."aq xkn bg kaw balik warne biru ni sebab aq tau biru ni adalah lebih berharga n bermakna berbanding yang merah tu". .

kawan2 nak tau x pe yang telah aq sediakan untuk beliau sebagai kenangan daripada ku buat dirinya??. .ni lah dye. .



merah n biru

aq harap pemergiannya adalah yang terbaik. .semoga setiap yang dilalui beliau akan mendapat ganjaran n perlindungan dari Yang Maha Esa. .semoga beliau mencapai kejayaan yang hakiki iaitu cemerlang dalam urusan dunia dan akhirat. .aminn. .




wassalam

Wednesday, August 1, 2012

kehilangan sesuatu yang berharga

assalamualaikum. .
selamat sejahtera ye semua. .hari dah masok malam ke 14 ramadhan. .menandakan hanya tinggal setengah bulan sahaja untuk kita bersama bulan yang penuh dengan barakah ini. .so, jgn sia-siakan masa yang ada dengan benda yang sia-sia. .



arini aq dapat merasakan bahawa arini ialah hari yang paling muram dan penuh dengan kesedihan tetapi hanya di dalam hati sahaja. .kenapa??. .jawapan adalah tajuk di atas. .aq telah kehilangan sesuatu yang amat berharga. .dan dalam masa yang singkat, aq akan kehilangannya lagi. .benda ni amat berharga dan bermakana bagi aq. .benda ni ialah SAHABAT. .


sebelum ini aq telah kehilangan seorang sahabat yang sangat aq sayangi. .aq sangat rapat dengannya sejak dari sekolah menengah aq sentiasa bersamanya walau dalam apa jua pekerjaan sehingga aq ke MAAHAD JOHOR dan seterusnya ke USIM. .masalah, cerita, rahsia kami berkongsi bersama atas tujuan meringankan beban antara kami secara bekerjasama. .ia nampak lebih mudah di aplikasikan. .beliau adalah Muhammad Irsyad Atif bin Burhanuddin. .beliau telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. .Innalillah. .AKU TELAH KEHILANGAN SESUATU YANG BERHARGA. .aq sayang dia dan aq rindu dia. .aq amat sedih atas pemergiannya kerana tatkala beliau menghembuskan nafas yang terakhir aq tiada di sisinya kerana aq sedang berada di Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah, ,aq hanya mampu menitipkan doa kepada buatnya dari sana. .Alhamdulillah, aq juga sempat menghadiahkan ibadah umrah buatnya. .semoga diterima dan Allah rahmati kehidupannya. .

icad



kini aq berada di USIM tanpa bersama arwah. .namun setelah aq berkawan dengan sahabat-sahabat di sini, mereka semua boleh dijadikan rakan yang baik dalam pelbagai perkara. .dan di sini juga lah aq dapat mengenal seorang yang baik dengan diriku. .kami bersama walau kemana jua. .kami berkongsi cerita dan masalah. .rahsia juga tidak terlepas untuk dikongsikan antara kami berdua. .semakin masa menelan waktu, aq sudah mula menganggap dye adalah orang yang terbaik untuk menjadi pengganti kepada arwah Irsyad Atif. .tetapi itu semua hanyalah hayalan nyata kerana beliau juga akan pergi meninggalkan aq disini bersendirian. .AKU AKAN KEHILANGAN SESUATU YANG BERHARGA. .orang yang aq maksudkan di sini ialah Ahmad Basyir bin Rusli. .tidak mengapalah. .beliau pergi untuk melanjutkan pelajarannya di Jordan. .semoga pembelajarannya mudah dan sentiasa dibawah Payung Allah. .InsyaAllah. .

amak