,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Thursday, December 29, 2011

doa senjata mu'min

SALAM
lamakan ana x update blog..

hari ni ana nak kongsi sedikit ilmu dengan pembaca semua tentang doa..sememangnya doa ni membantu kita sebagai muslim memperoleh sesuatu selepas berusaha..doa ni kira macam tawakal kepada Ilahi la..so, mende ni mmg penting untuk mencapai sesuatu kejayaan..

apa yang dimaksudkan dengan doa ni sebenarnya?..ha!..doa ni sebenarnya bermaksud seruan, permohonan atau permintaan yang ditujukan semata-mata kepada Allah Taala bagi sesuatu hajat atau keperluan..ini adalah cara yang penting untuk berasa damping kpd Allah disamping zikir..Allah telah menggalakkan semua hambanya supaya berdoa kepada-Nya dengan rasa rendah diri dan mengakui kebesaran serta keagungan Allah mengikut cara yang ditentukan Al-Quran dan Hadis..

Allah berfirman maksud-Nya:"berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan doa permohonanmu"..(surah mu'min 40:60)


memohon dan berdoa bukan dengan cara sambil lewa tetapi berdoa juga mempunyai adab dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi menghormati Tuhan Yang Maha Esa..beberapa perbincangan para ulama' tentang waktu mustajab doa..waktu2 ini boleh diguna pakai sebagai panduan sekiranya hendak berdoa..

  • selepas azan
  • selepas solat
  • diantara dua khutbah
  • satu pertiga malam yang akhir
  • waktu hujan turun
  • selepas membaca al-Quran
  • ketika musafir
  • di dalam majlis ilmu
selain berdoa pada tiap masa dalam kehidupan untuk memohon sesuatu yang diingini daripada Allah..ana mencadangkan kalian untuk membaca SELAWAT pada setiap hari dan waktu lapang dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah..semoga apa yang ana sampaikan dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian dan disampaikan kepada saudara2 terdekat dan rakan2..

wassalam

No comments:

Post a Comment