bismillah pembuka bicara, harap semua dalam keadaan baik belaka..banyak bende yang bole kita semua dpt dalam bulan yang barakah ni kan?. .amalan wajib payah cerita la. .mmg kene buat. .yang hendak di highlightkn di sini ialah amalan sunat. .korg mesti tau kan setiap amalan sunat yang dilakukan dalam bulan ramadhan ni pahala akan digandakan kepada pahala ibadah wajib pada hari biasa. .
ok la. .kat sini aq juz nk highlight satu amalan sunat yang memang susah nk lihat. .amalan tersebut ialah SEDEKAH. .kenapa aq kata susah nk lihat??. .haaa. .sebenarnya maksud susah kat sini bukan xramai yang sedekah. .tetapi susah kat sini bermaksud mereka yang bersedekah kebiasaannya akan sembunyi2. .dyorg xkn menunjuk. .btol x??
haha. .sedekah ni sememangnya satu amalan yang sukar hendak dilakukan oleh sesiapa pun walawpun seseorang tu banyak duit. .kat sini aq nak bawak satu kisah tentang sedekah. .kisah ni berlaku pada suatu zaman dahulu. .
pada malam hari, sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan. .tiba-tiba, pintu rumah mereka diketuk. .si isteri pun pergi mendapatkan pintu dan membukanya. .dia dapati seorang lelaki pengemis meminta makanan darinya walaupun seketul daging. .si isteri yang taat ini mendapatkan suaminya untuk meminta izin untuk memberikan sedikit makanan kepada pengemis tersebut. .tetapi si suami dengan angkuh berkata "kamu tutup sahaja pintu tu, jangan berikan dia apa-apa". .
selepas dari peristiwa itu, hidup mereka sekeluarga menjadi goyah. .ekonomi keluarga semakin merundum. .pekerjaan si suami muflis dan mereka sering bergaduh tanpa sebab yang penting. .dan akhirnya pasangan suami isteri tersebut berpisah. .si suami tidak kelihatan lagi selepas penceraian berlaku. .
tidak lama kemudian, si isteri tersebut berjumpa dengan seorang lelaki dan lelaki lelaki tersebut telah terpikat kepada perempuan tersebut. .akhirnya si isteri tadi berkahwin dengan lelaki yang dijumpainya tersebut selepas persetujuan mereka bersama. .kehidupan mereka sangat mewah dan senang. .tiada yang kurang. .malah bahagia sentiasa meliputi kehidupan mereka. .
di pendekkan cerita, pada suatu malam, ketika mereka sedang enak menikmati hidangan malam..tiba-tiba, pintu rumah mereka diketuk menandakan datang seseorang ke rumah mereka. .si isteri tanpa berlengah pergi mendapatkan siapa yang datang. .beberapa ketika kemudian, si isteri masuk semula dan meminta kebenaran daripada suaminya untuk memberikan makanan kepada seseorang yang datang meminta makanan kerana kelaparan. .si suami dengan lapang dada menyuruh isterinya mengambil makanan yang secukupnya untuk mengenyangkan lelaki tersebut. .si isteri menurut perintah dan tengkas memberi kepada lelaki yang di luar tersebut. .
setelah selesai, si isteri masok semula ke dalam rumah dengan membawa pinggan yang kosong tetapi dalam keadaan sedang menangis teresak-esak. .si suami pelik lalu bertanya "mengapa kamu menangis wahai isteriku?"..si isteri bertanya semula.."adakah kamu tahu siapa yang datang meminta makanan sebentar tadi?". .si suami menggeleng tanda tidak tahu. .maka si isteri memberitahu bahwa lelaki tersebut ialah bekas suaminya dahulu yang kedekut dan bertindak kejam tatkala seorang pengemis meminta sedekah kepada mereka dahulu. .seraya itu, si suami bersuara kepada isterinya "tidakkah kamu tahu bahawa lelaki yang meminta makanan pada malam itu adalah aku?". .si isteri terdiam seribu bahasa. .
baik la. .ape yang ingin aq sampaikan sebenarnya kat sini?. .sedekah ni bukan sahaja amalan yang mulia. .tetapi sedekah mampu mengekalkan rezaki seseorang bahkan Allah akan menambahkan sebagai ganjaran membantu sahabatnya yang dalam kesusahan. .
'tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah'
'tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima'
pelbagai manfaat yang yang bole kita dapat daripada amalan bersedekah ni. .kebaikan lebih banyak daripada kemudaratan. .
oleh itu, marilah sesama kita semua bersedekah untuk menambah pahala kita lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ni. .semoga setiap apa yang kita sedekahkan akan memberi kebaikan kepada diri kita semula dan membantu mereka yan memerlukan. .sedekah bukan mengurangkan harta, tetapi sedekah menambahkan rezeki dan keredhaan Allah kepada seseorang. .
selamat beramal ya kawan~
Wassalam....


















