,,,Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mencari dan menegakkan keadilan serta meneruskan perjuangan hidup sebagai insan yang berjaya di sisiMu,,,mencari tempat untuk meluahkan rasa hati,,,

Wednesday, October 6, 2021

KENANGAN PAHIT YANG KEKAL

 بالسم الله الرحمن الرحيم

السلم عليكم ورحمة الله وبركته


Alhamdulillah dengan izin Allah masih diberikan peluang dan ruang untuk bercerita setelah sekian lama menghilang. Biarpun coretan cuma sederhana harap dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca.


Ini adalah sebuah kisah benar yang dialami sewaktu zaman persekolah menengah. Kisah ini juga saya tidak pernah ceritakan pada sesiapa. Kisah ini terlalu panjang dan beremosi pada saya tapi saya ringkaskan tanpa meninggalkan sebarang perkara penting.


Saya bersekolah di sebuah sekolah agama kerajaan negeri yang mana nama sekolah tersebut akan saya rahsiakan. Peristiwa ini terjadi ketika saya berada di tingkatan 2 (2008). Satu kecurian berlaku dalam batch kami. Seingat saya ketika itu ada 2 orang yang mendapati wang belanja mereka dicuri. Mereka saya gelarkan A dan N.


Suatu malam kami diperintahkan oleh sekumpulan pengawas dari batch kami untuk berkumpul disebuah dorm sementara mereka membuat pemeriksaan menyeluruh keatas kami satu batch. Ketika sedang pemeriksaan dijalankan, N datang menghampiri saya dan berkata "Botak, aku dah jumpa duit aku dekat bawah bantal, macam mana aku nak bagitau dorang ni?". Saya terus bertanya samada duit tersebut beliau silap letak atau ada kemungkinan si pencuri memulangkannya. Si N menjawab bahawa pencuri memulangkannya. Akan tetapi saya tahu bahawa tiada keyakinan pada jawapannya. 


Jadi saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan si A dan memintanya untuk memeriksa dibawah bantal tempat tidurnya dan kawasan barangannya kerana si N telah menjumpai sejumlah wangnya y hilang. Kemudian saya tidur di dorm tempat berkumpul dan setelah saya sedar dari tidur pada keesokannya saya dapati mini beg pinggang saya sudah teralih dari cara biasa saya pakai. Oh ya! saya ada tabiat memakai sebuah mini beg pinggang pada ketika itu untuk meletakkan kad2 dan wang saku. Pada ketika itu saya berfikir ada sesorang cuba untuk mencuri sesuatu dari saya tetapi tiada apa yang hilang. Sekembalinya saya ke dorm saya sendiri, saya dapati gerobok baju saya sudah bersepah. Namun saya tak endahkan kerana tiada apa yang saya dapati hilang dan terus jalani kehidupan seorang pelajar asrama seperti biasa.


Kecurigaan mula timbul apabila ada yang memerli saya dengan ayat "mana kau simpan duit kau banyak2?", "makan duit haram jadi darah daging tau", "pulangkan lah balik hak orang" dan banyak lagi ayat yang seakan sama maksudnya. Ayat2 tersebut selalu saya dengar sehingga kan satu tahap saya rasa pelik dan tertanya kenapa ramai yang berkata begitu pada saya, jadi saya berjumpa dengan ketua batch kami ketika itu yang merupakan kenalan saya sejak sekolah rendah untuk bertanya apakah situasi sebenar yang terjadi dan beliau menceritakannya. Setelah itu baru saya sedar bahawa mereka telah salah tanggapan terhadap apa yang telah saya katakan kepada si A. Mereka beranggapan saya adalah pencuri yang telah memulangkan semula wang si N sebelum ini. Dan sejak dari itu juga saya cuba untuk terangkan sendiri secara peribadi kepada sesiapa saja yang mengeluarkan kenyataan tersebut pada saya. Percayalah ia bukan mudah dan sejujurnya saya berfikiran hampir 100% tiada yang percaya pada saya. Pernah saya bertanya pada si N yang menjumpai wangnya yang hilang sebelum ini untuk menceritakan hal sebenar kepada rakan satu batch yang lain dan dia menjawab "aku dah cuba cerita tapi takde siapa percaya". Oleh itu saya cuba untuk hidup dengan tuduhan tersebut. Mereka tiada bukti atas tuduhan itu dan saya yakin dan pasti mereka juga tidak tahu akan kebenaran yang sebenar ketika itu. Perit untuk ditelan tapi dipaksa juga.


Keperitan itu sentiasa terbayang diingatan sejak dulu sehingga sekarang. Secara jujurnya kenangan pahit ini berterusan dan tidak hilang dari ingatan dan bayangan bukan kerana saya tidak cuba untuk lupakan, tetapi ia memberi kesan sehingga kini kepada saya. Kerana hal itu saya tiada sahabat di zaman persekolahan, kerana hal itu juga saya tidak rapat dengan kawan2 serta tidak pandai berkawan ketika ini.


Kisah ini tak berakhir di sini kerana ia bersambung ketika saya berada di tingkatan 3. Saya akan sambung kisah ini di posting yang seterusnya.....


*maaf kisah tanpa gambar kerana ketika sekolah menengah saya tidak banyak bergambar juga kerana hal ini.


Sunday, October 18, 2015

AKU BERTANDING?

Assalamualaikum w.b.t

lama sudah rasanya aku tinggalkan dunia penceritaan kisah sendiri di alam maya ni. sehinggakan aku terasa teramat rindu untuk melakar coretan di sini. dan harini aku diberikan peluang untuk terus membuat coretan memulakan semula penulisan yang tidak lah seberapa baik tetapi tetap memberikan kepuasan kepada diri sendiri yang sememangnya suka mengarang karangan.

pada entri kali ini aku ingin menceritakan sedikit pengalaman dan perjalanan yang aku pilih untuk aku lalui tidak lama lagi iaitu esok hari (19/10/2015)

AKU BERTANDING??

ya, aku bertanding tetapi dalam kejohanan apa? balapan? bola sepak? taekwondo? hee.. semua jawapan tersebut salah. aku kini telah cuba untuk bertanding merebut kerusi dan menceburkan diri dalam dunia pengurusan dan politik walaupun bukan lah politik yang besar seperti yang semua sedia maklum di dunia luar.

aku kini bertanding merebut tempat daripada enam kerusi yang dipertandingkan bagi mengisi kekosongan yang di tinggalkan oleh SLC. untuk pengetahuan, SLC ni adalah satu badan kepimpinan yang mewakili suara dan pengurusan bagi pelajar-pelajar Fakulti Syariah Undang-undang, USIM.

bagaimana aku boleh menterjebakkan diri? pada asalnya aku bukan seorang yang teringin untuk bertanding, ceritanya bermula di sini. pada satu petang, salah seorang ahli SLC y latest telah datang ke rumah untuk memujuk salah seorang rakan aku untuk menyertai pilihan raya ini, namun beliau menolak dan dalam usahanya menolak, beliau telah memetik nama aku untuk menyertai pilihanraya fakulti tersebut. dari situ lah aku mula menjadi salah seorang calon yang akan bertanding bagi kerusi SLC.

esok merupakan hari pengundian dan pada sebelah petang akan keluar keputusan dari undian yang dilakukan. aku tidak mengharapkan kemenangan pada awalnya tetapi dengan mengenangkan nasib diri sendiri dan keluhan rakan-rakan, aku kini bertekad untuk menjadi salah seorang yang akan menduduki kerusi yang dipertandingkan sekaligus melaksanakan manifesto yang telah aku bentangkan pada khalayak ramai. manifesto tersebut ialah:

  1. aku akan berusaha dengan daya usaha aku bersama kepimpinan akan datang atau dengan cara aku sendiri untuk mewujudkan mesin fotostat sekurang-kurangnya sebuah bagi memudahkan para pelajar fsu.
  2. aku akan berusaha dengan perkara yang telah aku rancangkan untuk organisasi ocss sebelum ini iaitu mewujudkan satu pasukan prebet yang akan bergerak mejoritinya pada waktu pembelajaran dan pengajaran di fakulti yang mana pada waktu tersebut tidak ada pergerakan bas dari kolej kediaman mahupun prgerakan dalam kampus.


dengan manifesto yang tidak seberapa ini aku harapkan mereka mampu membeerikan mandat kepada aku untuk menerajui tampuk kepimpinan tersebut demi kemaslahatan para pelajar FSU sendiri. debaran kini aku rasakan dengan kempen yang tidak seberapa tetapi keinginan akan kejayaan menggunung tinggi.

dengan masa berbaki kini aku  ingin menyeru kepada mereka yang berkelayakan untuk mengundi memilih MT SLC pada esok hari, sila lah turun mengundi dan pilihlah calon yang berkelayakan bukan semata-mata kerana mereka rakan anda. saya MOHD ADZIMUDIN AFIQ BIN HISHAMUDIN, calon no 5, jika anda percaya dengan kredibiliti saya, undilah saya!



tawakal ini bukan sebarang tawakal tetapi tawakal dengan usaha menjamin pendapatan lumayan.

sekian, wassalam.

Wednesday, January 28, 2015

Pengalaman Menjadi Polis Hutan

Assalamualaikum w.b.t sahabat sekalian
agak lama rasanya tak update blog ni..berhabuk dah rasa ni..takpe, insyaAllah selepas ini, ia akan kembali aktif..tanak la muqaddimah panjang sgt sebab nanti ada yang dah start bosan..kan kan kan??

Jom kita lihat pada tajuk..Polis Hutan?? wujud lagi ke ?? haa..di sini sy nak bagitahu bahawa polis hutan ni sememangnya masih wujud namun pasukan ini telah bertukar nama kepada PASUKAN GERAKAN AM (PGA)..tugas masih sama dan ada sedikit penambahan..apa yang seronok dejgan pga ni ialah mereka boleh memakai semua jenis uniform..tak sama seperti polis² lain..

okey, nak cerita pengalaman aku menjadi polis hutan atau pga ni..sebenarnya bukan la aku bekerja seperti mereka, aku dan rakan sepasukan aku di bawah payung SUKSIS USIM dah pergi menjalankan kursus di sana..kami merasai bagaimana latihan mereka dan bagaimana situasi peperangan itu berlaku..


pengalaman yang kami terima sangat² menimbulkan kesan..kami dapat mengetahui bagaimana untuk mencari sesuatu kedudukan dengan hanya menggunakan kompas..kemudian belajar bagaimana cara mencari sesuatu kedudukan menggunakan GPS..dunia makin maju la katakan..



apa lagi yang best?? kami belajar KOMBAT TANPA SENJATA (KTS)..ia adalah hasil gabungan antara Taekwondo, Silat dan Karate..selain itu, kami juga didedahkan dengan cara berikhtiar hidup andai kami di timpa masalah..cara memasak dengan menggunakan kelengkapan yang sangat terhad..



apa yang lebih menarik ialah sewaktu enokulasi..sungguh aku tidak sangka kami sepasukan masing² berjaya melalui dan mengharungi tanpa gagal..bermain dengan lumpur, berlindung, merangkak, mengiring, menjerit memandu pasukan..mgkn sy cerita mcm xberapa menarik tapi ia menjadi sesuatu yang sgt menarik jika diri sendiri merasainya..

seterusnya pengalaman berjaga malam agar tidak diserang hendap oleh pihak musuh menjadi sesuatu yang sangat menakjubkan..mendengar satu bunyi letupan membuatkan satu pasukan terus bangun mengambil posisi masing² bersiap sedia untuk membalas serangan pihak musuh..namun jenaka yang timbul adalah berpunca dari seorang anggita yang tidak keluar dari kemah dan mengatakan "jaga orang sakit cik!" apabila ditanya sebab..hahaha....berdekah bakhang !!..



apa pon ia akan menjadi satu pengajaran dan pengalaman yang paling menyeronokkan buat kami sepasukan SKUAD8 SUKSIS USIM yang telah berkampung di kem PGA ULU KINTA, PERAK selama seminggu..